Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Wednesday 28 August 2013

My Blogger Designer

Okay kali ni Nina nak story pasal Blogger Designer(CLICK) Nina yang sangat kreatif dan termasuklah HEADER blog Nina ni .. Cantik kan ?? Cara nak tempah senang je .. Hanya PM Sheda di Facebook(CLICK) atau di Blog(CLICK) milik Sheda .. Nina tersangat lah puas hati dengan hasil design Sheda ni dan harganya pun berbaloi-baloi berdasarkan design yang Sheda buat .. Ini adalah harga yang sesuai dan mampu milik bagi setiap blogger yang menginginkan kecantikkan blog dan timeline facebook banner ..

SILA PM/IM/INBOX MSG SHEDA DI FACEBOOK(CLICK) ATAU BLOG(CLICK) ..

*Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya .. Tak percaya?? Lihat lah hasil kreativiti Sheda di BLOG SHEDA-UCU .. Terbaekkk !!!


Friday 23 August 2013

♡ Sambutan Hari Raya 2013 ♡

Raya tahun ni bagi Nina tidak kurang meriahnya sama seperti raya-raya tahun yang lepas .. Tapi yang bezanya tahun ni baju raya berwarna-warni tak sedondon pun dengan family .. Haha .. Paling seronok bila Nina ikut family beraya di kampung-kampung dan semestinya Nina yang bermuka baby face ni akan dapat duit raya .. Haha .. Baby face kerr? Zzz.. 

Bila Nina dah berjumpa dengan cousin Nina lagi-lagi yang form 5 tu, habis laa .. Buat ape pun tak jadi sebab sekepala sangat kan .. Tergelak sana tergelak sini .. Dah tak pandang dah kiri kanan .. Walau apapun, beraya dengan family sendiri sangatlah seronok daripada beraya diperantauan .. 

.. Antara beberapa gambar raya Nina tahun 2013 ..

First raya .. Tahun ni takde tema .. Colourful .. Nina , mak ngan abah je colour orange .. hikhikhik..

Ini adalah insan-insan yang belum berkahwin dalam family ..  Ade yang berkenan tak? hehe..

Ini pulak family kandung Nina blah mak .. Blah abah Nina ade kat Sarawak .. Sobs Sobs ..

Ini cousin Nina yang sekepala .. Memang kalau dah jumpa cuit pun tak rasa agaknya (Wink Wink) .. Hahaha ..

Ini adik-beradik mak Nina .. Sangat happening kalau jumpa .. Seronok bukan main .. Pape pun , Nina tetap Si Gadis Wink Wink .. Haha ..

Suka Vs Duka

Antara perkara yang suka bila separuh family Nina memang menetap di Semenanjung .. So, bila cuti panjang ke ape ke Nina selalu turun Shah Alam melepak dirumah aunty Nina .. Bukan setakat melepak je, mak Nina pun dah bising-bising sebab Nina taknak balik Johor .. Haha .. Itu lah dia perempuan kalau dah berjumpa dengan cousin memang melekat aje sampai tak reti-reti nak balik ..

Cousin Nina yang membuat Nina tak ingat dunia .. Haha .. Kalau jumpa macam magnet .. Melekat terus .. Amacam ? Berkenan? HOHO ..

Tapi disebalik keseronokkan tu, separuh lagi family Nina ada kat Sarawak .. Abah , adik-adik , saudara mara dan sahabat-sahabat sepermainan Nina dari baby sampai besar panjang macam sekarang ni ha .. Dah lama Nina tak balik ke tempat asal usul Nina tu sampai adik-adik Nina merajuk tak kasi Nina balik dah .. Huhu .. Tapi jangan risau .. One day akak akan balik jugak .. In Sha Allah kalau takde aral melintang .. 

"Dah nak habis raya baru nak story pasal raya .. Haha .."

Thursday 22 August 2013

♡ Salam Perkenalan ♡

 ♡..Assalammualaikum..♡

Wah .. Wah .. Mesti ramai yang pelik macam mana tiba-tiba Nina boleh join Combination blogger-blogger hebat seperti Muja , Eyma Lydia , Emas Putih , Aina Roseberry , Irwan , Sheda , Wazy , JC dan Khairul Zamri.. Sedangkan Nina tak pernah muncul di mana-mana blogger pun dan tak dikenali la senang citer.. HaHa .. Tambahan pula, Nina bukan lah serius blogger .. Tapi ada cerita disebaliknya ..

 ..WeChat..♡

Disini lah bermulanya segala perkenalan di antara Nina dengan blogger-blogger otai seperti Bro Framestone , Emas Putih , Wazy , Sheda Ucu , Muja , Fuh , Pahlawan Merah , Siddiq , Farid Laham , Syukri Tahir , Faiz Rosli , Potia , Jc , Kairul Zamri , Eyma Lydia dan lain-lain .. Terima kasih juga kepada Boni Kacak kerana telah
meng-invite Nina ke dalam group Blogger Muda Mudi (BMM) WeChat ni .. 

 ♡..Combination..♡

Bila dah menggila dalam WeChat Group tu, tup tup timbul pulak idea untuk menubuhkan combination blog dan fanpage .. Nina dengan rasa rendah dirinya pun nak jugak join otai-otai untuk menjadi writer (test bakat yang tak seberapa ni) .. Dan muncullah blog Klinik Cinta serta fanpage Klinik Cinta Dot Com .. Nina mengucapkan terima kasih yang tersangat-sangat sebab Nina ni baru je lahir dalam dunia blogger tapi diberi amanah untuk manage blog serta fanpage bersama rakan-rakan blogger yang tidak kurang hebatnya .. Dan Nina diberi kepercayaan lagi sekali untuk manage blog Bloggirl's (All About Girl's) serta fanpage Bloggirl's Dot My .. Thank's sangat-sangat kat korang ! Lebiu guys (^_^)

 ♡..Finally..♡

Nina start aktif semula ber-blogging walaupun takde banyak masa tapi semua ni sangat seronok dan Nina dapat mengenali rakan-rakan yang baru .. Bak kata pepatah , berkawan biar beribu bercinta biar satu suami sayang selalu .. Chewahh pandai-pandai je tambah .. HaHa ..

Monday 19 August 2013

New Blog

Assalammualaikum .. Okehh ini second blog Nina sebab blog lama dah tak boleh guna .. al-maklumlah dah setahun tak aktif bila search terus tak boleh bukak .. Haha .. Tujuan blog ni di 'create' balik sebab Nina kena write lagi dua blog iaitu Bloggirl's dan Klinik Cinta .. Dan blog ini akan di 'design' kan oleh Sheda, merupakan salah seorang blogger designer ..

Nampak muka Nina ni? Garang tak? Hahaha~

"...Under Construction..."