Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday 12 April 2015

12 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

ASSALAMUALAIKUM

Haa kalau mata dah tak boleh nak tahan sangat tu sampai tersengguk sengguk kan kan kan .. Apa kata kita excercise sikit .. Ikut langkah kat bawah ni ea .. 

AMARAN ! 18+ Keatas SAHAJA !

google

CARA 1



Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

CARA 2



Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

CARA 3



wa..wa..aaa

CARA 4



Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

CARA 5



tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

CARA 6



Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

CARA 7



Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

CARA 8



Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

CARA 9



Hilangkan semua tekanan…

CARA 10



pusingkan kepala…

CARA 11



tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

CARA 12



Akhir sekali lakukan joget kucing…

Nota Kuku } Buat jangan tak buat ! Kalau malu buat kat tempat tersorok .. CARA sangat~

Punca Dan Cara Mengatasi Jeragat Di Muka

ASSALAMUALAIKUM

Ramai jugak yang mengalami masalah jeragat .. Bukan mat salleh je ada masalah jeragat .. Kita orang mesia ni pun ramai yang ada masalah jeragat .. Jeragat ni lagi liat nak hilang jika dibandingkan dengan parut jerawat yang tetompok hitam tu .. Nak hilangkan jeragat ni memang tak dinafikan ramai yang sampai berputus asa dan mengabaikan .. Janji dapat sorok guna bedak yedok?

Sini Nina kongsi punca wujudnya jeragat dan cara untuk mengatasi masalah jeragat ni .. Jom scroll bawah ..

google

PUNCA JERAGAT


SINARAN MATAHARI

  • Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

PERUBAHAN HORMON

  • Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

KOSMETIK

  • Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

KETURUNAN

  • Akibat daripada genetik.

"Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya."

CARA MERAWAT JERAGAT


PENGELUPASAN KIMIA

  • Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Agak berkesan untuk jeragat tetapi anda harus melaksanakan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya lebih kurang 50 hingga 70% melasma akan kurang.

LASER

  • Cara ini adalah lebih berkesan kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh ke dalam Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
  • Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Sangat berkesan bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

KRIM DAN SUNBLOCK

  • Ini merupakan rawatan susulan kepada rawatan di atas. Ia tidak mencukupi dengan hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan jeragat di atas.

L-GLUTAHIONE

  • Anda juga boleh mencuba untuk menggunakan produk berasaskan homeopathy dan biochemic. Selain itu pengambilan Glutathione juga membantu menyingkirkan toksin di dalam hati dan badan akibat penggunaan ubat berasaskan kimia.

PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT


  • Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lim minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih
  • Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
  • Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
  • Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.
  • Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok seperti scrub dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
  • Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Nota Kuku } Selamat mencuba dan harap tips kat atas ni sedikit sebanyak boleh membantu korang menangani masalah jeragat kat muka .. GOODLUCK WEH !


Saturday 11 April 2015

Fakta Antara Wanita Dan Cermin

ASSALAMUALAIKUM

Macam tak biasa pulak bila tengok aweks keluarkan cermin dari beg yang macam 'poket doraemon' pastu membelek muka kat depan cermin .. Nina pun tak boleh berpisah dengan cermin  .. Kat rumah ada cermin besar satu cermin kecik satu .. Nak kata kecik tu tak la .. Kecik sangat tak puas nengok muka sendiri bhahaha ..

Kat opis pulak Nina ada 2 cermin .. Satu sederhana yang boleh berdiri tu dan satu lagi yang boleh lipat tu tapi sayangnya dah patah .. Kuikui .. Lantak la asal cermin nya tak pecah sudah la kann .. Haaa .. Lagi besar cermin lagi aweks suka .. Sebab apa .. Sebab dapat kepuasan bila boleh interframe dengan sepenuhnya kat cermin tu tanpa menjauhkan jarak antara cermin dengan muka semata-mata nak interframe penuh dalam cermin ..

Tapi kita semua kena tau kebaikkan dan keburukkan cermin .. Sebab cermin dengan kita sebagai perempuan ni tak kira la golongan peringkat umur memang tak boleh dipisahkan asalkan perempuan dan pondan lebih kurang je .. Kita bercermin selalunya bersebab walaupun kekadang memang tak bersebab, terus menjadi habit .. Jom baca kat bawah ni kebaikkan dan keburukkan cermin ..

Google

CERMIN DAN PENAMPILAN


 Dengan cermin wanita dapat memilih, mengatur dan menilai sejauh mana tahap penampilannya. Sebab itulah, pergi ke mana-mana sahaja, pastinya wanita akan melihat cermin untuk memastikan penampilannya kemas dan sesempurna yang diinginkan. Dengan cermin juga, wanita akan bertambah yakin untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.

 Namun, jika terlalu kemaruk dengan apa yang anda lihat di cermin, khuatir akan menyebabkan seseorang wanita jadi 'over' dengan penampilan yang dipilih biarpun sebenarnya kelihatan sangat pelik, tidak sesuai malah menjengkelkan. Sebagai saranan, mintalah pendapat orang sekeliling tentang penampilan anda juga, Jangan terlalu percayakan apa yang dilihat, kerana khuatir ada juga kelemahannya.


CERMIN DAN KEGEMBIRAAN


 Cermin memberi kepuasan kepada wanita. Kalau bersiap dan berdandan tanpa cermin, rasanya diri ini bagaikan serba tidak kena. Biarpun orang kata' ok', wanita tetap berasa ragu-ragu dengan dirinya. Apabila kepuasan diri wanita tercapai, secara tak langsung wanita akan lebih gembira dengan apa yang dilihatnya. Biarlah apa kata orang pun, janji sebelum ke mana-mana, cerminlah perkara terakhir yang perlu ditatap sebelum keluar rumah, semasa di pusat membeli belah mahupun di sepanjang jalan, cermin tetap menjadi tumpuan diri wanita.

 Tetapi, apabila cermin menjadi keperluan, sekali tiada cermin, mulalah wanita rasa gelisah. Kesannya, wanita jadi terlalu bergantung pada cermin, tak ada cermin, rasa tak yakin dengan diri, rasa mekap tak cantik, tudung tak kemas dan macam-macam lagi. Mulalah sikit-sikit tanya member sebelah 'ok' ke tak sampai member tu pun naik rimas. Itulah payahnya kalau asyik nak melekat dengan cermin je.


CERMIN DAN KERUNSINGAN


 Kadangkala, wanita akan menjadi kecewa selepas melihat dirinya di hadapan cermin. Masalah rupa paras, bentuk tubuh badan, cara berpakaian, cara merias wajah, masalah kecantikan dan sebagainya memberi kesan negatif wanita terhadap dirinya. Bayangkanlah apa perasaan seorang wanita apabila melihat terdapat kesan comot di baju, ataupun tumbuhnya jerawat di muka atau tubuh yang semakin berisi tanpa diduga, sudah pasti hati mereka tak senang duduk dibuatnya.

 Oleh itu, jika wanita terlalu obses dengan cermin, wanita juga akan merana kerana masalah mereka dengan diri sendiri. Sebagai saranan, apabila menyedari diri berhadapan masalah seperti tadi, kawal emosi dan kuatkan keyakinan untuk menerima diri seadanya. Lebih baik tengok cermin tu sekadar seadanya. Kalau tidak, semakin lama menatap depan cermin, semakin banyak kekurangan diri yang kita nampak. Akhirnya, cermin pula yang membuatkan diri semakin 'down'.


CERMIN DAN PENIPUAN


 Awas, cermin juga penuh muslihatnya. Kalau tidak kuat semangat dan tidak sedar diri, boleh goyah iman, runtuh keberanian, hilang keyakinan, malah memberi tekanan. Mana tidaknya, kerana cermin, wanita menjadi terlalu yakin apa yang dilihat, sedangkan kadang-kadang tidak nampak mana satu kenyataan, mana satu kebenaran. Cermin boleh memberi kesan yang mendalam terhadap psikologi dan emosi manusia. Contoh, apabila wanita merasakan dirinya terlalu gemuk di hadapan cermin, sehingga berasa risau dan tentu hala, sedangkan hakikatnya tak adalah seteruk mana.

 Lagi satu, cermin ini pun ada macam-macam 'pattern'. Ada yang nampak cermin tu kurus, tinggi, lebar. Kalau tersalah anggap boleh terpedaya. Kadang-kadang, cermin itu boleh buat wanita berkhayal, sehingga nampak benda yang tak ada. Perkara ini nyata terjadi dalam sebilangan besar wanita. Oleh sebab itu, janganlah suka membelek diri di hadapan cermin lama-lama, takut lain yang dipakai, lain pula yang dinampaknya.

Nota Kuku } Walaupun kita suka bercermin tapi jangan sampai tertipu dengan muslihat cermin tau .. Nampak je macam tak bersalah tapi cermin banyak kejahatan dari kebaikkan sebenarnya .. Berhati-hati oraite ! And so do i .. emm ..
Sumber

4 Tips Menjinakkan Ego Lelaki

ASSALAMUALAIKUM

Kali ni Nina nak share pasal ego lelaki yang memang semua tahu lelaki ni memang ego orangnya .. Tapi ego ego pun sebenarnya spesis lelaki ni caring dalam diam tau kat orang yang mereka sayang .. Nampak je macam tu acah acah tak kesah malas melayan buat muka toya bagai, ekcelli dalam hati ada taman kaktus .. 

Kenapa kaktus ? Haaa sebab luar je berduri, cer korang patahkan tengok dalam ada apa? Air .. Untuk apa? Untuk melegakan kehausan hidupan darat di tengah padang pasir .. Jangan memain .. Bhahahaha .. Dan spesis lelaki ni memang layak untuk jadi ketua keluarga sebab mereka bersifat melindungi dan kita ni spesis yang dilindungi .. Nak buat cano dah memang fitrah dan lumrah kita sebagai manusia memang gitu .. Kalo tak gitu tak datang la sweetnye yedok???

Jom scroll bawah cara nak jinakkan ego lelaki ni .. Tak susah pun .. Amek ati je .. Pastu simpan dalam poket .. Hahahahah :P


1. BUAT SI DIA CEMBURU

Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat si dia rasa cemburu sehingga membuatkannya meluahkan perasaannya kepada anda. Contohnya, anda boleh merancang dengan kawan lelaki anda untuk menunjukkan minat kepada anda di laman sosial dan pastikan si dia boleh membacanya. Oleh kerana rasa bimbang anda akan jatuh ke tangan lelaki lain, si dia pasti akan meluahkan perasaannya kepada anda.

2. CABAR SI DIA

Bukankah lebih baik sekiranya si dia menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkannya? Tidak mengapa jika si dia tidak gemar mengucapkan perkataan I Love You kepada anda jika si dia kerap bertanya khabar dan sanggup mengambil anda pulang dari kerja pada waktu malam kerana risau akan keselamatan anda. Cabar si dia untuk menunjukkan rasa sayang sekiranya susah untuknya mengucapkannya.

3. BERTERUS TERANG

Sekiranya si dia sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk kehebatannya, anda harus berterus-terang dengannya. Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan. Beritahu dengannya yang anda tidak suka caranya yang suka berlagak dengan apa yang dimilikinya dan sekiranya dia masih tidak berubah, anda boleh cuba membandingkannya dengan lelaki yang lebih hebat daripadanya.

4. KENALPASTI KELEMAHAN SI DIA

Kebanyakan lelaki yang berego tinggi mempunyai keyakinan yang melampaui batas. Mereka merasakan yang merekalah lelaki yang paling sempurna atau lebih mudah sekiranya kami klasifikasikan mereka sebagai ‘perasan bagus’. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari kelemahan mereka dan gunakannya untuk menewaskan ego mereka.

Nota Kuku } Wah wah kemahen Nina ni tuptup nak update pasal jejinak ego lelaki .. Hope info yang Nina share ni berguna buat awek awek yang membaca blog Nina ni eh eh .. Goodluck korang weyhhh ! Muahh manyak ~


Friday 10 April 2015

Dijangkiti Kulat Pada Anggota Badan ??

ASSALAMUALAIKUM

Semalam Nina rajin pulak meng-google pasal kesihatan diri sampai Nina terjumpa sejenis penyakit yang memang tak mustahil untuk berada kat anggota bada kita .. Geleman la weyy bila tengok gegambo kat google tu .. Bila dah tertarik mula la nak buat entri untuk di share kat member facebook honeyheart Nina .. Ingat kulat ni tumbuh kat pepokok dedaun tetanah je ke? Kulat pun boleh membiak kat badan kita tau .. Haaa jejaga .. Jom kita berkenalan dengan kulat ..

Google

Kenali Kulat

Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka.

Jenis Kulat

  • Tinea capitis (kulit kepala)
  • Tinea corporis ( badan)
  • Tinea manuum (tangan)
  • Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

Faktor Utama Jangkitan Kulat

  • Bersesak-sesak di kawasan yang panas dan lembab
  • Amalan cara hidup yang tidak bersih
-seperti berkongsi tuala, memakai pakaian lembab, memakai stokin yang sama berulang kali, kuku panjang, berjalan tanpa kasut.
  • Lain-lain masalah perubatan
-seperti Penyakit diabetis mellitus yang tidak terkawal, HIV atau masih dalam satu rawatan perubatan yang panjang yang mana ini melemahkan sistem immunisasi (cth: rawatan cancer)

Petanda Dijangkiti Kulat

  • Kuku menjadi rapuh
  • Kasar
  • Kusam
  • Herot benyot (bentuk)

Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

Terjadi di antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain.
Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah

Tinea capitis (kulit kepala)

Keadaan kemerahan di kulit kepala
Rambut menjadi rapuh
Boleh menyebabkan ada bahagian yang botak.

Tinea corporis ( badan)

Badan kemerahan dan bersisik di bahagian tengah kulit yang dijangkiti.
Mungkin juga menjadi ruam berbentuk bulat
Gatal-gatal.

Rasa gatal ini akan lebih ketara apabila berehat.

Cara Merawat Jangkitan Kulat

Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosa yang tepat supaya itu rawatan yang betul dapat diberi. Cara menguruskan penyakit ini termasuklah :

  • Menjaga kebersihan diri dengan baik
-Gunakan anti-septik seperti KMN04 (Potassium permanganate) untuk kulit basah.

  • Antikulat
-Ubat-ubatan yang diberi samada suntikan atau secara oral.
-Krim/Gel untuk disapu

Cara Pencegahan Dari Dijangkiti Kulat

  1. Amalkan jagaan kebersihan diri
  2. Jangan berkongsi tuala mandi, tukar stokin dengan kerap
  3. Pakai alas kaki bila berjalan/ bermain dan jaga kebersihan kuku.
  4. Basuh kaki dan jari-jari dengan bersih sekurangnya sekali sehari
  5. Jangan memakai kasut yang terlalu ketat.
  6. Keringkan kasut anda setiap malam
  7. Pakai pakaian longgar.

Nota Kuku : Jadi kalau nak elak daripada ditumbuhi, dijangkiti kulat kat anggota badan korang kebersihan memasing wajib dijaga .. Erghh (-_-)


Tuesday 7 April 2015

Berminat Dengan Kutu Babi ?

ASSALAMUALAIKUM

Google
Semalam masa tengah dok buat keje blog pukul 12 malam ke atas tetiba teringat pada gamba yang pernah pemes tentang kutu babi yang hinggap kat kepala ular tu .. Mak ai sumpah geli gila .. Dan semenjak tu Nina teringin nak tahu lebih lanjut pasal kutu babi ni .. Pernah dengar nama tapi tak pernah tahu pulak rupanya macam mana .. Ingatkan macam kutu biasa .. Bila dok tengok gambar ular tu baru terbeliak mata nasib tak tersembul je bila tengok kutu babi gila besar gemok belaka ..Yela yang Nina tau kutu tu kecik jer .. Tak tau pulak ada yang besar gedabak macam tu .. 

Kutu babi ni nama lainnya ialah cengkenit .. Tang ni pun penah dengar nama je rupa memang tak pernah tau .. Nina pun search la pasal kutu babi ni *maaf bos mengular kejap .. Dan Nina mula berkenalan dengan kutu ni ha kat google .. "Ya Allah, jangan lah kau dekatkan aku dengan haiwan perosak ni .. Sesungguhnya aku geli teramat"

Apa itu KUTU BABI / CENGKENIT

Dalam bahasa Inggeris, Kutu Babi ini dipanggil Tick. Ia berada di dalam keluarga Ixodidae bagi kutu babi yang berkulit keras, atau dalam keluarga Argasidae, bagi kutu babi yang berkulit lembut.

Terdapat lebih dari 700 spesis kutu babi dari jenis berkulit keras ini. Kulitnya agak keras jugak. Jika setakat pijak dengan kasut yang tak berapa keras tapaknya, belum pasti dapat melenyetkan kutu babi ini. Kecuali jika perutnya dah kembung dipenuhi darah, maka senanglah untuk melumatkan binatang atau serangga kecil tersebut.

Lokasi Kegemaran Kutu Babi

Kutu babi ini cukup sesuai membiak di kawasan yang tahap kelembapannya tinggi serta dalam keadaan suhu yang suam-suam kuku. Jika cuaca terlalu panas dan kering, mereka tidak dapat membiak dengan cergas.

Satu lagi keperluan hidup kutu babi adalah wujudnya host atau induk yang banyak untuk ditumpang oleh kutu babi. Induk yang biasanya kutu babi suka tumpang adalah terdiri daripada binatang mamalia atau burung. Kadangkala mereka juga menumpang pada reptilia dan juga amphibia tetapi amat jarang.

Oleh itu jika hanya anak-anak kampung saja yang biasanya menghadapi masalah kutu babi atau cengkenit ini, adalah perkara biasa. Kerana biasanya dikampunglah terkumpulnya tiga faktor utama yang menyeronokkan kutu babi membiak, iaitu, lembab, suhu sederhana dan banyak binatang untuk ditumpang dan dihisap darahnya.

Fungsi Dan Aktiviti Kutu Babi

Kutu babi bukan saja hisap darah lembu, kucing, babi hutan, kambing atau lain-lain binatang. Mereka juga gemar hisap darah manusia.

Jika kita merayau dalam belukar di mana ada kutu babi sedang bertenggek menunggu mangsanya, sebaik saja kita melalui berhampiran dengan kutu babi, dia akan terus mencangkukkan dirinya pada kita dan mula merayap.

Biasanya kutu babi akan merayap perlahan-lahan di atas badan kita dan mencari kawasan yang berkulit nipis. Ini untuk memudahkannya membelah kulit dan menghulurkan muncungnya bagi menghisap darah kita. Najis yang dikeluarkannya membantu darah menjadi cair dan tidak beku.

Sebab itu kita biasa melihat kutu babi sering bertapak di kawasan sensitif anggota badan kita seperti telinga, mata, kulit kemaluan, dan lain-lain bahagian yang berkulit nipis.

Bila disebut hisap darah sudah tentu semua orang tak suka. Salah satu masalah yang akan timbul bila ada serangga hisap darah kita ada masalah gatal. Ini disebabkan adanya bakteria pada kawasan gigitan kutu babi itu.

Kutu babi juga diketahui membawa beberapa penyakit yang merbahaya seperti penyakit yang dipanggil sebagai Lyme Disease.Penyakit ini boleh diubati dengan antibiotic jika dirawat awal. Jika ditangguhkan ianya agak merbahaya.

Cara Menangggalkan Kutu Babi Pada Anggota Badan

Bila kutu babi atau cengkenit ini sedang menggigit hisap darah kita, ia akan mencengkam dengan agak kuat. Bukan mudah untuk tanggalkannya. Apatah lagi jika ia sedang menghisap darah pada kawasan sensitif dan lembut pada kulit kita.

Biasanya orang kampung akan sapukan kapur sireh untuk memudahkan cengkenit ini menanggalkan dirinya. Formulanya adalah dengan lenyapukan benda yang panas. Oleh itu jika anda sapu minyak cap kapak atau seumpamanya, dapat membantu menanggalkan cengkenit tersebut.

Untuk memudahkan lagi usaha menanggal cengkenit anda boleh menggunakan bantuan penyepit. Sepit pada anggota badan cengkenit dan tarik perlahan-lahan.

Biasanya kita akan melenyet untuk menghancurkan cengkenit tersebut kerana geram. Tetapi oleh kerana ia merupakan salah satu faktor yang mungkin membawa penyakit seperti demam, elok disimpan dalam bekas telap udara (plastik dan lain-lain).

Simpan seketika antara 3 ke 30 hari untuk pastikan kita atau anak kita tidak menunjukkan apa-apa simtom demam atau lain-lain penyakit. Manalah tahu jika ia ada kena mengena dengan cengkenit yang menggigit, kita ada sample cengkenit untuk ditunjukkan pada pakar bagi mengenal pasti masalah utamanya.

Tips Hindarkan Hidup Anda Dari Pembiakan Kutu Babi

Google
Ada kajian yang mengatakan bahawa penyengat merupakan salah satu serangga yang boleh membunuh pembiakan kutu babi atau cengkenit ini. Oleh itu, jika anda ada bela kambing atau lembu, penyengat sebenarnya ada manfaat yang baik untuk masalah kutu babi ini.

Satu lagi cara mengawal pembiakan cengkenit adalah dengan membela sejenis ayam atau burung yang kita panggil ayam Guinea. Jika anda ada membela ayam guinea sebanyak dua ekor, ia mencukupi bagi menghapuskan kutu babi seluas kawasan 2 ekar dalam masa setahun. Oleh itu, pastikan orang kampung yang ada masalah kutu babi ada membela ayam guinea.

Nota Hujung Kuku | Baru tahu tentang bahayanya kutu babi ni .. Tak macam kutu biasa .. Kutu babi lagi upgrade rupanya .. Harap informasi kat atas boleh membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan korang .. Itchy itchy dah rasa .. Cakap kutu je gatal gatal .. Sinonim sangat .. Haahahahaha .. 

Sunday 5 April 2015

HIJABEY 2015 | IDCC MALL SEKSYEN 15 SHAH ALAM

ASSALAMUALAIKUM

Meriah baq ang IDCC Mall di Seksyen 15 Shah Alam sepanjang 3 hari berturut-turut .. Pelbagai jenis tudung yang ada dijual dengan harga umphhh memang tentu tentu korang akan rambang mata sama macam Nina .. Nina ni pun di kawal kawal nafsu shopping nye tapi tak terkawal bila ternampak aksesori tudung .. Allah .. Rambang mata teruih !!! Banyak kali berapa kali pusing satu dewan sambil sambil Nina snap beberapa gambar untuk korang tatap biar korang pun merasai bahang nya .. Hahaha kejam sungguh ayat den ..
























Bukan tudung je ada .. Makanan , Jubah , Make-up , Produk Kesihatan , Produk Kurus , Perfume Berjenama dan banyak lagi !

Harini last call untuk soping sakan di IDCC Mall Seksyen 15 Shah Alam bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 malam .. Dan LELONGAN dibuat pada HARI INI !!!!!

Ape lagi? WAZE dan SERBU CEPAT !!!