ASSALAMUALAIKUM
Kali ni Nina nak share pasal ego lelaki yang memang semua tahu lelaki ni memang ego orangnya .. Tapi ego ego pun sebenarnya spesis lelaki ni caring dalam diam tau kat orang yang mereka sayang .. Nampak je macam tu acah acah tak kesah malas melayan buat muka toya bagai, ekcelli dalam hati ada taman kaktus ..
Kenapa kaktus ? Haaa sebab luar je berduri, cer korang patahkan tengok dalam ada apa? Air .. Untuk apa? Untuk melegakan kehausan hidupan darat di tengah padang pasir .. Jangan memain .. Bhahahaha .. Dan spesis lelaki ni memang layak untuk jadi ketua keluarga sebab mereka bersifat melindungi dan kita ni spesis yang dilindungi .. Nak buat cano dah memang fitrah dan lumrah kita sebagai manusia memang gitu .. Kalo tak gitu tak datang la sweetnye yedok???
Jom scroll bawah cara nak jinakkan ego lelaki ni .. Tak susah pun .. Amek ati je .. Pastu simpan dalam poket .. Hahahahah :P
1. BUAT SI DIA CEMBURU
Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat si dia rasa cemburu sehingga membuatkannya meluahkan perasaannya kepada anda. Contohnya, anda boleh merancang dengan kawan lelaki anda untuk menunjukkan minat kepada anda di laman sosial dan pastikan si dia boleh membacanya. Oleh kerana rasa bimbang anda akan jatuh ke tangan lelaki lain, si dia pasti akan meluahkan perasaannya kepada anda.
2. CABAR SI DIA
Bukankah lebih baik sekiranya si dia menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkannya? Tidak mengapa jika si dia tidak gemar mengucapkan perkataan I Love You kepada anda jika si dia kerap bertanya khabar dan sanggup mengambil anda pulang dari kerja pada waktu malam kerana risau akan keselamatan anda. Cabar si dia untuk menunjukkan rasa sayang sekiranya susah untuknya mengucapkannya.
3. BERTERUS TERANG
Sekiranya si dia sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk kehebatannya, anda harus berterus-terang dengannya. Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan. Beritahu dengannya yang anda tidak suka caranya yang suka berlagak dengan apa yang dimilikinya dan sekiranya dia masih tidak berubah, anda boleh cuba membandingkannya dengan lelaki yang lebih hebat daripadanya.
4. KENALPASTI KELEMAHAN SI DIA
Kebanyakan lelaki yang berego tinggi mempunyai keyakinan yang melampaui batas. Mereka merasakan yang merekalah lelaki yang paling sempurna atau lebih mudah sekiranya kami klasifikasikan mereka sebagai ‘perasan bagus’. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari kelemahan mereka dan gunakannya untuk menewaskan ego mereka.
Nota Kuku } Wah wah kemahen Nina ni tuptup nak update pasal jejinak ego lelaki .. Hope info yang Nina share ni berguna buat awek awek yang membaca blog Nina ni eh eh .. Goodluck korang weyhhh ! Muahh manyak ~
Nice tips nina.
ReplyDelete