ASSALAMUALAIKUM
Semalam masa tengah dok buat keje blog pukul 12 malam ke atas tetiba teringat pada gamba yang pernah pemes tentang kutu babi yang hinggap kat kepala ular tu .. Mak ai sumpah geli gila .. Dan semenjak tu Nina teringin nak tahu lebih lanjut pasal kutu babi ni .. Pernah dengar nama tapi tak pernah tahu pulak rupanya macam mana .. Ingatkan macam kutu biasa .. Bila dok tengok gambar ular tu baru terbeliak mata nasib tak tersembul je bila tengok kutu babi gila besar gemok belaka ..Yela yang Nina tau kutu tu kecik jer .. Tak tau pulak ada yang besar gedabak macam tu ..
Kutu babi ni nama lainnya ialah cengkenit .. Tang ni pun penah dengar nama je rupa memang tak pernah tau .. Nina pun search la pasal kutu babi ni *maaf bos mengular kejap .. Dan Nina mula berkenalan dengan kutu ni ha kat google .. "Ya Allah, jangan lah kau dekatkan aku dengan haiwan perosak ni .. Sesungguhnya aku geli teramat"
Apa itu KUTU BABI / CENGKENIT
Dalam bahasa Inggeris, Kutu Babi ini dipanggil Tick. Ia berada di dalam keluarga Ixodidae bagi kutu babi yang berkulit keras, atau dalam keluarga Argasidae, bagi kutu babi yang berkulit lembut.
Terdapat lebih dari 700 spesis kutu babi dari jenis berkulit keras ini. Kulitnya agak keras jugak. Jika setakat pijak dengan kasut yang tak berapa keras tapaknya, belum pasti dapat melenyetkan kutu babi ini. Kecuali jika perutnya dah kembung dipenuhi darah, maka senanglah untuk melumatkan binatang atau serangga kecil tersebut.
Lokasi Kegemaran Kutu Babi
Kutu babi ini cukup sesuai membiak di kawasan yang tahap kelembapannya tinggi serta dalam keadaan suhu yang suam-suam kuku. Jika cuaca terlalu panas dan kering, mereka tidak dapat membiak dengan cergas.
Satu lagi keperluan hidup kutu babi adalah wujudnya host atau induk yang banyak untuk ditumpang oleh kutu babi. Induk yang biasanya kutu babi suka tumpang adalah terdiri daripada binatang mamalia atau burung. Kadangkala mereka juga menumpang pada reptilia dan juga amphibia tetapi amat jarang.
Oleh itu jika hanya anak-anak kampung saja yang biasanya menghadapi masalah kutu babi atau cengkenit ini, adalah perkara biasa. Kerana biasanya dikampunglah terkumpulnya tiga faktor utama yang menyeronokkan kutu babi membiak, iaitu, lembab, suhu sederhana dan banyak binatang untuk ditumpang dan dihisap darahnya.
Fungsi Dan Aktiviti Kutu Babi
Kutu babi bukan saja hisap darah lembu, kucing, babi hutan, kambing atau lain-lain binatang. Mereka juga gemar hisap darah manusia.
Jika kita merayau dalam belukar di mana ada kutu babi sedang bertenggek menunggu mangsanya, sebaik saja kita melalui berhampiran dengan kutu babi, dia akan terus mencangkukkan dirinya pada kita dan mula merayap.
Biasanya kutu babi akan merayap perlahan-lahan di atas badan kita dan mencari kawasan yang berkulit nipis. Ini untuk memudahkannya membelah kulit dan menghulurkan muncungnya bagi menghisap darah kita. Najis yang dikeluarkannya membantu darah menjadi cair dan tidak beku.
Sebab itu kita biasa melihat kutu babi sering bertapak di kawasan sensitif anggota badan kita seperti telinga, mata, kulit kemaluan, dan lain-lain bahagian yang berkulit nipis.
Bila disebut hisap darah sudah tentu semua orang tak suka. Salah satu masalah yang akan timbul bila ada serangga hisap darah kita ada masalah gatal. Ini disebabkan adanya bakteria pada kawasan gigitan kutu babi itu.
Kutu babi juga diketahui membawa beberapa penyakit yang merbahaya seperti penyakit yang dipanggil sebagai Lyme Disease.Penyakit ini boleh diubati dengan antibiotic jika dirawat awal. Jika ditangguhkan ianya agak merbahaya.
Cara Menangggalkan Kutu Babi Pada Anggota Badan
Bila kutu babi atau cengkenit ini sedang menggigit hisap darah kita, ia akan mencengkam dengan agak kuat. Bukan mudah untuk tanggalkannya. Apatah lagi jika ia sedang menghisap darah pada kawasan sensitif dan lembut pada kulit kita.
Biasanya orang kampung akan sapukan kapur sireh untuk memudahkan cengkenit ini menanggalkan dirinya. Formulanya adalah dengan lenyapukan benda yang panas. Oleh itu jika anda sapu minyak cap kapak atau seumpamanya, dapat membantu menanggalkan cengkenit tersebut.
Untuk memudahkan lagi usaha menanggal cengkenit anda boleh menggunakan bantuan penyepit. Sepit pada anggota badan cengkenit dan tarik perlahan-lahan.
Biasanya kita akan melenyet untuk menghancurkan cengkenit tersebut kerana geram. Tetapi oleh kerana ia merupakan salah satu faktor yang mungkin membawa penyakit seperti demam, elok disimpan dalam bekas telap udara (plastik dan lain-lain).
Simpan seketika antara 3 ke 30 hari untuk pastikan kita atau anak kita tidak menunjukkan apa-apa simtom demam atau lain-lain penyakit. Manalah tahu jika ia ada kena mengena dengan cengkenit yang menggigit, kita ada sample cengkenit untuk ditunjukkan pada pakar bagi mengenal pasti masalah utamanya.
Tips Hindarkan Hidup Anda Dari Pembiakan Kutu Babi
Ada kajian yang mengatakan bahawa penyengat merupakan salah satu serangga yang boleh membunuh pembiakan kutu babi atau cengkenit ini. Oleh itu, jika anda ada bela kambing atau lembu, penyengat sebenarnya ada manfaat yang baik untuk masalah kutu babi ini.
Satu lagi cara mengawal pembiakan cengkenit adalah dengan membela sejenis ayam atau burung yang kita panggil ayam Guinea. Jika anda ada membela ayam guinea sebanyak dua ekor, ia mencukupi bagi menghapuskan kutu babi seluas kawasan 2 ekar dalam masa setahun. Oleh itu, pastikan orang kampung yang ada masalah kutu babi ada membela ayam guinea.
Nota Hujung Kuku | Baru tahu tentang bahayanya kutu babi ni .. Tak macam kutu biasa .. Kutu babi lagi upgrade rupanya .. Harap informasi kat atas boleh membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan korang .. Itchy itchy dah rasa .. Cakap kutu je gatal gatal .. Sinonim sangat .. Haahahahaha ..
Suka cabut kutu babi ni kat telinga kucing. Hahahaha. Even rasa kotor tapi geram tengok beranak pinak kat telinga kucing
ReplyDeleteGeram ngan spesis2 ni tapii geliii..
ReplyDeletegoliiiii
ReplyDeleteAina pernah kena, dekat mata. Menangis2 nak tarik, doktor siap offer bg pengsan huhuhu...
ReplyDeleteWithin this week, my mom was bitten at her elbow,armpit,and thigh. My dad was bitten at his stomach, my younger sister at her back, and me at my breast. It's sore and painful. The pain can even lasts for years. you will get itchy if the tick's leg or antenna left behind during separation process. No one in my family dare to touch our pet anymore.
ReplyDelete