Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Monday 22 September 2014

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

ASSALAMMUALAIKUM

Click banner untuk join segmen
Wahhh .. Tak jadi parent lagi dah suka baca blog parenting .. Kenapa? Sebab blog parenting banyak tips-tips penjagaan baby .. Yela tak semua orang tau cara yang betul untuk menjaga baby terutamanya baby yang baru lahir, tips dalam pantang, dan cara penyusuan yang betul .. Kalau yang baru lahir tu memang nak kena jaga terutama tali pusat baby dan masalah penyakit kuning .. Tang tu memang ramai parents yang blur tak tahu nak buat ape lagi-lagi kalau baby dah kuning teruk .. Risau parents tak terkata ..

Kadang-kadang ubat hospital tak cukup untuk melegakan kesakitan baby jadi petua tradisional merupakan langkah terakhir .. Kat hospital tak dapat petua tradisional ni tapi kat blog parenting Insha Allah ada .. Dan blog parenting juga adalah salah satu rujukan utama bagi mereka yang baru berkahwin, mengandung dan melahirkan .. Yela, kalau tengah malam baby nangis macam-macam dah buat tapi tak tahu apa puncanya, nak pergi klinik lagi satu masalah .. So blog parenting satu-satunya tempat rujukan utama untuk mencari petua atau tips untuk anak-anak mereka ..

Bagi yang belum berkahwin blog parenting memang banyak membantu untuk persediaan selepas kahwin nanti .. Senang kata memang penting dalam kehidupan akan datang .. Kalau blogger update tentang anak-anak dorang terutamanya gambar, Subhanallah comel comel belaka ahli syurga ni .. Dan Nina memang suka baby .. Hahaha .. Boleh geram wooo .. *Ehh tetiba kona kelain plak haha

3 BLOG PARENTING KEGEMARAN









Click header untuk melawat ke blog ohsem mereka ^_^  Nina saja bagi extra sebab banyak blog parenting yang best2 sebenarnya :D

NOTA JARI | Nina memang suka stalk anak-anak blogger ni sebab memang comel-comel weyh ..

Wednesday 17 September 2014

PERSONAL | Habit Nina Nieyna

ASSALAMMUALAIKUM

Takde benda aku nak story tapi dah lama tak update personal ni .. Habit aku ni, aku jenis suka dok dalam bilik 24jam dan keluar bilik untuk keperluan je nak makan ke whatsoever la .. Nak ke ruang tamu memang susah ape lagi nak keluar merayap mana-mana .. Blog aku ni tak berupdate so kalau nak fokus pada info je memang payah aku nak cekau sebab menipu tak pernah kopipes ye dak? Aku dah malas nak buat keje tu kat blog aku ni ha .. Bek aku update pasal diri sendiri je .. Hahah ..

Rutin harian aku, pergi kerja dan balik kerja selagi takde hal yang membuatkan aku keluar dari bilik memang aku takkan kluar .. Nak kata pemalu pun tak jugak .. Segan ade la sikit .. Nak kata anak mithali jaga diri pun tidak .. Tapi sebenanrnya aku lebih suka melepak dengan gadget aku yang tunggu masa lagi tu nak arwah tu .. Gadget mana? Lappy la opkos .. Patah weh kaki skrin .. Tapi elok je hidup kadang kalo tercabut tu menggelabah jugak aku .. Aku ni kalo dah relax, relax sangat tapi kalo dah menggelabah siap la .. Haha ..

Kat opis lak aku sorang koje .. Opismate aku dah sambung study kat USIM .. Aku ni pulak nak sambung ke tak aku pun tak tau .. Memang aku keje sorang la citer dia .. Back to normal bak kata omputeh .. Tapi aku lagi suka blogging sebenarnya sebab tu aku detim dengan gadget 24jam .. Kelebihan ngadap gadget ni kalo dah ada pape hal emergency aku sentiasa ada so teramat mudah nak cari aku .. Contoh makcik aku nak call mak aku tak dapat dapat, macam biasa aku lah orang utama yang kedua makcik aku cari .. Haha ..

Eh panjang pulak karangan aku kali ni .. Jangan pelik dengan kata ganti diri yang aku guna .. Yela kejap NINA kejap AKU sampai biol dok pikiaq .. Bab personal aku lebih selesa ber 'aku' je dan kalau review aku lebih suka ber 'Nina' .. Tak tau la kenapa .. Masing-masing ada cara dan gaya tersendiri yedak? Jangan risau aku chill je orangnya kengkadang garang jugak .. Haha ..

Okaylah sampai sini je .. Kbai ..


Tuesday 16 September 2014

WEB KELAB BLOGGER BEN ASHAARI DIRASMIKAN

ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdullillah, walaupun Nina baru lagi dalam #KelabBloggerBenAshaari ni tapi Nina dah sedia maklum bahawa KELAB BLOGGER ping blog yang kini mempunyai seramai 23,152 ahli setakat ini telah lama ditubuhkan sejurus blog ABG BEN dilahirkan pada tahun 2009 .. Nina ni boleh dikatakan new babyborn lagi la dalam group tapi Nina nampak sendiri ikatan sesama ahli bagaikan adik beradik .. Bukan calang-calang blogger yang ada kat dalam group ni tau .. Tapi tiada istilah retis tiada istilah otai tiada istilah puak .. Jangan salah faham ..

Hashtag #KelabBloggerBenAshaari juga telah tersebar dengan luas macam yang kita nampak kat pesbuk ari-ari tu .. Tapi jangan salah faham lagi .. Bukan Abg Ben yang nak naik sensorang dengan bantuan blogger lain tapi kitorang yang minta tolong kat Abg Ben dan Abg Ben juga tak lokek curahkan ilmu biar sama-sama maju dalam dunia blogging .. Takdenye istilah pentingkan diri .. Kalau korang dah fikir negatif korang patut kecewa .. Bak kata KAK SUE IZZA, join kelab Abg Ben ni tiada istilah JOB, DUIT atau NAMA semata-mata .. Harap dihalalkan ilmu yang diajarkan kepada kami ye Abg Ben ..

Dan sekarang, laman web rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI telah pun dipublishkan .. Dan dikendalikan sepenuhnya oleh HAFIZ RAHIM ..

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
 KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
SINCE 2009
Click logo untuk masuk ke web rasmi ..

Selain itu, instagram rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari juga secara rasminya telahpun ditubuhkan selepas web dirasmikan ..

 INSTAGRAM KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
Click gambar untuk instagram @kelabbloggerbenashaari .. Jangan lupa untuk follow sekali ..



Click banner untuk join ping blog group KELAB BLOGGER bagi memudahkan anda ping artikel dan blog anda ..

" BUKAN SEKADAR BLOGGER "

Monday 15 September 2014

REVIEW | APLIKASI EDISI BLOG

ASSALAMMUALAIKUM

Kalau dulu payah nak bukak browser or lappy kalo nak nengok blog baca artikel kan .. Sekarang mudah dah .. Takpayah dah susah-susah nak bukak tu semua khas buat mereka yang menggunakan android phone .. Tapi aplikasi ni baru lagi .. Walaupun baru, tapi artikel demi artikel telah mula dimuatnaik ke dalam applikasi tersebut ..

Ehh aplikasi ape Nina dok sembang ni?? Haaa nak tahu ini lah dia .. Tapi masa korang nak search kat playstore tu taip com.edisi.blog tauuu .. Baru boleh jumpa ..







Dari sini korang boleh pilih blogger yang korang suka dan boleh pilih juga kategori artikel yang korang minat nak baca ..

Khas juga buat para blogger, install dan daftar je terus untuk ping entri korang kat sini ..

Mudah kan? Ape tunggu lagi? Jom install atau terjah je kat SINI untuk install terus dari lappy ke handphone korang .. 

Untuk pengetahuan semua terutamanya para blogger, aplikasi ni boleh digunakan untuk android 4.2 kebawah je sebab masih dalam BETA lagi .. Selamat mencuba !! ^_^

Thursday 11 September 2014

REVIEW | SAFI BALQIS WHITE TRILOGY

ASSALAMMUALAIKUM

Sepanjang Nina hidup ni Nina pakai sabun papaya je sebab masa sekolah dulu muka Nina memang teruk aa jerawat .. Sampai ruang kat pipi ni memang takde la dah kan .. Penuh je dengan jerawat .. Bila tengok muka kengkawan lain jeles lak rasa .. Tak tau nak buat cane lagi dah ngan muka ni ha .. Sentuh sikit tak sampai 10 minit sat g tumbuh la tu satu jerawat .. Tangan Nina ni memang gatal asek nak pegang muka je korek-korek jerawat ..

google

Haa ni lah dia produk yang Nina guna berzaman tu .. Nina boleh jamin jerawat insha Allah hilang .. Tapi sesapa yang kulit kering tu memang tak sesuai la guna yang ni sebab sabun ni khas untuk orang yang kulit berminyak je .. 

Bila Nina dah guna berzaman, Nina yakin la benda ni boleh hilangkan jerawat .. Tapi satu jela yang menjadi masalahnya .. Kulit kusam .. Yes .. Muka Nina dulu memang berminyak teruk la nak buat nasik goreng pon boleyy kalo berselera :v .. 

Sekarang Nina mengalami masalah kulit kering pulak dah .. Bila kering mudah la terbakauu sunburn .. Bila sunburn mula nak kusam dan kering .. Orang panggil Nina puan tu yang tak tahan tu .. Terusik jiwa aku tau tak .. Aku tak kawen lagi weh .. Sobs sobs ..

So baru-baru ni Nina nak try yang lain pulak .. Nina jarang try produk untuk muka sebab kulit Nina ni manja .. Sensitip teramat .. Kalo jerawat tumbuh tu maksudnya produk tu tak sesuai lah tu padahal baru pakai sehari .. Jenuh aku nak hilangkan jerawat tu balik .. Grr ! 

Skang Nina dengan memberanikan diri try produk ni pulak .. Dalam hati memang hope yang terbaik la nanti kan .. So ini lah dia yang Nina try setakat ni ..


Baru 2 minggu Nina try yang ni .. Setakat ni Alhamdulillah sesuai ngan kulit Nina .. Sedang-sedang, tak terlalu berminyak dan tak terlalu kering .. hope pasni takde la client nak panggil Puan dah kahkahkah ..

Yang bintik-bintik kecik kaler pink tu adalah minyak tea untuk menghalang pertumbuhan jerawat .. Nina ingatkan keras masa mula-mula pakai rupanya boleh dihancurkan .. Masa pakai tu berangin baq ang sebab pencuci muka ni sekali dengan penyegar so tak perlu pakai penyegar dah .. 

Yang putih tu pulak krim siang bagi mengawal sinaran UV dan pelembab muka yang sesuai untuk mengawal kulit berminyak .. Ok fine aku percaya tu ., Memang okay je .. Tapi kalau jari dah gatal dok pegang-pegang muka pakai la ape pun jerawat tetap tumbuh .. So Nina kena berpantang jangan suka pegang muka .. Disiplin la aku lepas ni .. 

Precious Giveaway

ASSALAMMUALAIKUM

Ini antara Give Away yang paling menguji ingatan untuk mengingatkan kembali perkara yang sangat suuwitt yang tak mampu dilupakan dalam hidup .. Btw, semoga berjaya dalam SPM buat Huda dan Zurnie Irmani selaku penganjur GiveAway ni .. Study Smart okay !! Jangan stress-stress (^_^)

Click Banner Untuk Join !!!!

Hadiah:

10 barang istimewa untuk 10 orang pemenang

Tarikh Tamat:

3hb Oktober 2014

PERKARA PALING BERHARGA DALAM HIDUP NINA NIEYNA

Antara perkara paling berharga dalam hidup Nina adalah boleh balik ke Sarawak 2 kali dalam 7 tahun Nina menetap kat semenanjung ni .. Seriously i really miss my dad, my siblings and my step mom :'( Hope next year boleh balik lagi insha Allah .. I miss Sarawak too .. Asal usul kelahiran ku :)

Wednesday 10 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI: IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER !

ASSALAMMUALAIKUM


LATAR BELAKANG NINA NIEYNA

Hai saya Nina Nieyna .. Boleh panggil Nina, Nenak, Nena or pape jelah asalkan ada bunyik Nina tu jangan panggil Sa'adiah sudah ler .. Nina adalah blogger Sarawakian dan menetap di semenanjung almost 7 years .. Berumur 22 tahun (2014) dan anak tunggal yang the one and only bak kata omputeh .. 

KELEBIHAN BLOG NINA NIEYNA

Nina pun tak tahu apa kelebihan blog Nina ni tapi Nina lebih suka kongsikan sesuatu yang menarik dalam kehidupan seharian seperti tips, fakta, isu semasa, product review dan sebagainya sebab blog Nina adalah random .. Tidak lupa juga untuk hal yang personal serta antara penggemar join contest give away atau segmen bagi memberi support hasil anjuran kengkawan blogger yang lain ..

IMPIAN NINA NIEYNA DALAM DUNIA BLOG

  • Impian Nina dalam berblogging adalah untuk kongsikan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka yang sudi singgah dan baca blog Nina ni ..
  • Mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan para pembaca serta blogger-blogger lain.
  • Seandainya diberi peluang untuk lebih dikenali, Nina nak ikut jejak Abg Ben .. Sama-sama naik sama-sama seronok dan saling membantu Insha Allah.
  • Ingin sedut segala ilmu blog yang diajari serta diberi peluang manfaatkannya sebaik mungkin.
  • Teringin nak membalas jasa dan menaikkan mereka-mereka yang banyak bantu Nina dalam arena blogging dan fanpage.

IMPIAN | Fesyen Rambut Idaman

ASSALAMMUALAIKUM

Dalam hidup kita mesti ada impian kan .. Walaupun kita tak boleh capai impian tu, ianya tetap impian .. Nina pun ada impian jugak .. Nina teringin sangat-sangat nak buat fesyen rambut Emo HairStyle .. Sumpah lawa *bagi Nina la .. Dari Nina sekolah menengah lagi Nina memang minat gila emo hairstyle ni .. Penah bagitau mak, tapi mak tak bagi sebab ada colour rambut .. Sobs Sobs .. Sedih beb .. Tapi tu la .. Mampu tengok je .. Bila dah berhijab ni, sorry la memang tak kuasa i nak jaga rambut .. Yang penting muka cute pakai tudung pakwe-pakwe usha pun cair tengok *cair ke? kahkah .. Dah boleh cari calon suami Hahaha .. Gurau je .. Meh layan gamba pesen rambut yang Nina adore sangat tu ..

Google

Google
Siyesly pesen rambut ni sesuai teramat dengan jiwa Nina .. Cane jiwa Nina Nieyna ni?? Haa Nina penah update entri 21 FAKTA TENTANG NINA NIEYNA .. Im rock okay .. Muka je jambu air .. Jangan tertipu haha .. Nak tacing-tacing lebih fefeling serta perasaan yang mudah terusik dan terluka tu jangan kawan dengan aku sebab aku jenis tak kesah, susah tacing dan troller .. Tak caya tanya DIA ni .. Haha ..

Okay tu je la .. Hope nanti ada jodoh untuk berkahwin, mintak-mintak future husband bagi Nina buat pesen ni .. Lawa-lawa pun untuk dia jugak kan .. Ekekekekeke .. Eh jauh melalut .. Okbai :v


Sunday 7 September 2014

Shawl Satin Dan Klip Comel

ASSALAMMUALAIKUM

Masa pergi Colmar aritu KAK UZU (EMAS PUTIH) ada bagi Nina satin shawl .. Nina tak sure reti pakai ke tak sebab ada satu satin shawl Nina, Nina tak pakai sampai sekarang sebab tak reti .. Licin .. So yang ni ada manik-manik memang lawa .. So Nina amek la .. Nanti try pakai dan malam ni Nina try pakai ..

Yang bestnye shawl Kak Uzu ni selesa dan senang bentuk tak macam shawl satin Nina yang Nina tak pakai tu .. Dan manik tu boleh centre kan yang mana nak kena belit so tak payah nak sukat sukat dah .. Haha .. Jom rabunkan mata layan gamba selpi Nina ni ..


Ceh acah-acah iklan syampu lak wakaka .. Shawl ni labuh, senang bentuk and i love it ! Thanks Kak Uzu (^_^)

Klip Comel Dari Zawiyah

Klip comel ni Nina menang GA ZAWIYAH .. Abang posmen tolong hantar kan siang tadi .. Haha memang comel ..


Nina tak tau mana atas mana bawah .. Huhu .. Maaf la kalau terbalik (T_T) Thanks Zawiyah :D


Saturday 6 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

PANTUN | Kipas Kesayangan Hamba

ASSALAMMUALAIKUM

Bhahaha siang-siang buta ni Nina rasa macam nak berpantun pasal kipas kesayangan Nina ..  Jom Baca ..

Kipas kesayangan Hamba
Kipas kesayangan hamba nama diberi,
Ketika blackout kaulah yang aku cari;
Tiada apa yang boleh ganti,
Ketika ku panas kau menabur bakti.

Kipas kesayangan hamba milik Nina Nieyna,
Warna merah warna utama;
Ketika kipas letrik hilang fungsinya,
Kau lah harta pertama yang aku raba.

Kipas kesayangan hamba berpolka dot putih,
Satu kelemahan yang aku tak boleh;
Ketika mengipas aku mudah letih,
Inilah moment yang buat aku sememeh.

Kipas kesayangan hamba material nya kayu,
Di atasnya di hiasi dengan kain bling-bling;
Masa aku susah memang la aku iloveyou,
Masa aku senang terlipat kau aku baling.

Nota Jari | Jangan ganas-ganas pakai barang kang rosak masa perlu tercari-cari .. hee

Friday 5 September 2014

21 Fakta tentang Nina Nieyna (INSTAGRAM)

ASSALAMMUALAIKUM

Haha kat instagram kemahen FATHIN cousin Nina ngan KAK UZU tag Nina 21 fakta tentang diri .. Wahh .. MalaS nak update kat insta sebab enset ni asek typo manjang last-last memang tak jadi lah citer dia kan .. So senang citer Nina update kat blog jela . Senang sikit nak pikir dan masalah typo pun kurang hahahahaa ..

Okayy ni la dia 21 fakta tentang Nina Nieyna :


  1. Kaki Jalan
  2. Laughing Machine
  3. Suka Aksesori 
  4. Selalu Kecewa Dalam Bercinta (skang heartless)
  5. Love Friends (jangan kacau please)
  6. Spesis Tak Kesah (gaduh skang baik skang with no heart feelings seriously)
  7. Open Minded
  8. Mudah Simpati
  9. Nakal
  10. Kaki Karok Weyy (depan orang bisu pulak -_- )
  11. Kuat Berangan
  12. Not A Food Lover (yang tengah diet tu boleh la kawan ngan aku hahaha)
  13. Sempoi / Chillex
  14. Cepat Tacing (kejap je)
  15. Gila Gadget
  16. Suka Mekap
  17. Kaki Selfie Of Course
  18. Benci Jerawat
  19. Benci Stress
  20. Animals Lover (kecuali labah-labah)
  21. Enjoy (travelling of course)
Lepas tu nak kena tag someone kan? Haaa .. Okay .. i tag you TYA SALMID, MAWAR BIRU, LENNY ZALINA .. Write it on INSTAGRAM :D


Monday 1 September 2014

Jom Join Give Away Mawar Biru

ASSALAMMUALAIKUM

Wah wahhh .. Ini lah kali pertama Kak Lisak ( Mawar Biru ) buat GA .. Hadiah pun memang best antaranya adalah wang tunai, T-Shirt Hardrock Cafe, tudung, topup dan souvenir .. 

GA ini telah pun berlangsung dari 31hb OGOS 2014 hingga 13hb SEPTEMBER 2014 sempena HARI KEMERDEKAAN dan HARI MALAYSIA ..


Haaa !!! Apa tunggu lagi ??? Meh join .. Click Banner di atas (^_^)