Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Friday 22 May 2015

Agrofarmstay Durian Tunggal Melaka

ASSALAMUALAIKUM


Tanggal 15hb May hingga 17 May lepas Nina bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari pergi ke Agrofarmstay Melaka untuk review .. Lokasi Agrofarmstay ni korang waze je kompom jumpa .. Dan kalau nak kira dari bandar melaka ke agrofarmstay ni hanya 7KM je bersamaan 15 minit .. Tempat ni memang sesuai betul kalau nak buat majlis perkahwinan dan yang paling bestnye tempat ni siap ada karaoke you ollsssss wey .. 

Tempat karaoke tu siap berbentuk kasut tau .. Haaa .. Dan paling best skali dorang memang dah sediakan 60,000 buah lagu untuk sedara sedari sekalian nyanyi, gelek dan enjoy .. Nina memang paling suka keluar masuk bilik tu .. Karok time orang bujang takdop .. Kalo pasangan yang dah kawen tu takde rasa segan sangat nak menyumbangkan suara yang memang tersedia sumbang seadanya .. kuikuikui ..

Bilik karaoke
Okay beralih pada kenduri kahwin atau apa apa majlis yang korang nak buat kat Agrofarmstay ni, ingin Nina mention bold dan italic kan, area swimming pool kat Agrofarmstay ni boleh muat sehingga 200 orang guest .. So korang tak perlu pening kepala kalau ter-invite guest reramai .. Pihak Agrofarmstay akan buat servis yang tiptop untuk anda dan itu sudah semestinya okay ..

Swimming Pool
Selain kawasan swimming pool, Agrofarmstay ni ada ala ala mini zoo tapi bukan zoo ea .. Ada kuda, kambing, itik, arnab dan haiwan yang lain .. Yang paling Nina terpikat tercuit sanubari bila staff melepaskan kambing dua ekor jantan betina berkeliaran kat kawasan Agrofarmstay tu, kambing kambing tu boleh pulak faham bahasa kita dan dengar kata .. Memang awkward moment jugak la tapi Ohsemmmm !! Nak je Ninak gomol kambing dua ekor tu .. Dahlah bersih cantik pulak tu warnanya .. Aduhai .. Suka tengok gelagat kekambing tu .. 

Dan selain tu, kawasan Agrofarmstay ni ada bilik dorm macam bilik student tu siap ada katil double decker dan single, ada villa dan villa ni khas untuk yang dah berkeluarga .. Jadi andaikata jemputan perkahwinan atau apa apa event tu guest ada masalah berkenaan tempat menginap, jangan risau sebab guest boleh menginap di Agrofarmstay ni .. Memang telah tersedia khas untuk anda ..


Seterusnya, kawasan agrofarmstay ni kalau bab tempat berselfie korang tak perlu risau sebab kawasan agrofarm ni lebih kepada kawasan penginapan yang berbentuk perkampungan .. Aman damai tenang dan harmoni .. Paling best kalau korang berselfie kat pokok buluh .. Memang ohsem dan natural kejadian tau .. Tak payah pegi china bergambar background pokok buluh .. hahaha ..

Selain mengadakan majlis perkahwinan, kawasan Agrofarmstay yang berkeluasan 30 ekar dan ni dah tersedia aktiviti untuk korang antaranya aktiviti kayak, berenang, memancing, ber-camping, explorace, treasure hunt, jungle trekking, lawatan ladang, sukaneka dan lain lain .. So kalau nak bawak rombongan sekolah pun kawasan ni memang terbaik untuk korang buat pelbagai aktiviti terutamanya pengakap kadet polis pandu puteri dan lain lain persatuan ..

Dan kalau pasal makanan, Ninak nak mention sekali lagi, kat sini tersedia catering untuk korang .. Acaner? Menarik kan .. Kalau nak tau lebih lanjut jom singgah ke :-

Email : pertanyaan@agrofarmstay.my