Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Saturday 24 May 2014

FAKTA | Panda Haiwan Yang Unik !

ASSALAMMUALAIKUM

Sekarang haiwan comel yang digelar panda ni semakin pemes .. Haha memang cute sangat panda ni sebenarnya .. Tapi disebalik kecomelan tu meh Nina kongsikan 17 fakta menarik mengenai panda ni ..

Wednesday 21 May 2014

Tips Hilangkan Jerawat Secara Tradisional

ASSALAMMUALAIKUM

Ramai yang mengalami masalah pertumbuhan jerawat ni .. Kadang-kadang kita beli produk hilang jerawat, bukan makin berkurang malah makin bertambah jerawatnye .. So apa kata kita try cara tradisional pulak tapi kena istiqomah dan rajin la .. Kalo Nina sendiri pun buat okay je tapi nak amalkan tu alahai .. Mula-mula je buat lepas tu malas dah .. Haha .. Jom Nina kongsikan tips untuk hilangkan jerawat secara tradisional ..

10 Ciri Calon Suami Idaman

ASSALAMMUALAIKUM

Wahh .. Kemahen lagi title tu kan .. Ehemm .. Sape taknak suami mithali .. Kadangkala awek / wanita suka berimaginasi tentang lelaki idaman .. Meh Nina senaraikan antara ciri-ciri lelaki yang wanita imaginasikan tu (^_^)

Google

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Nota Jari | Jangan berkecik hati wahai lelaki .. Setiap ciptaan Allah adalah berpasang-pasangan .. Bagi Nina, gurau kasar tu tak perlu kot :) Insha Allah silaturrahim antara pasangan akan terjaga dengan baik ..

Tuesday 20 May 2014

AKSESORI | Tutorial Nama Pada Bintang Kertas

ASSALAMMUALAIKUM

Haa .. Masa dekat opis tadi titew tak tahu nak buat ape so titew borak punya borak dengan member satu opis sambil-sambil tu tangan titew tak payah cakap la memang tak reti nak dok diam .. Titew potong-potong kertas pastu lipat kertas tu jadi bintang .. Titew buat tak banyak sangat .. Habiskan satu kertas A4 je .. Bila dah habis, titew pun terfikir nak buat susunan abjad kat setiap satu bintng tu so titew buat la nama titew .. Mula-mula titew tampal je dengan sellotape .. Pastu lekatkan dekat screen monitor opis ..


Inilah jadinye .. Keesokkan harinya pulak, titew sampai opis tau-tau sellotape tu macam nak tercabut so titew pun tekan-tekan bagi tak jatuh .. Then titew potong lagi satu kertas A4 warna kuning titew lipat bintang .. Tapi titew blur tak tahu nak buat nama sapa sebab titew punya dah ada (gambar atas) .. Then terfikir nak buat nama pastu buat bintang ni jadi flexible .. Titew pun cari la benang tapi tak ada pulak .. Titew nak guna klip kertas memang mustahil sebab bintang ni kecik je titew buat .. Jadi tetiba terpop-out lak satu cara yang memerlukan ketekunan dan kerajinan .. Titew memang suka benda macam ni .. hikhikhik .. Meh titew tunjukkan caranya ..

Bahan-Bahan


Mula-mula kena ada bahan-bahan seperti berikut:


  • Bintang Kertas
  • Stapler
  • Markerpen Warna Warni
  • Ubat Stapler
  • Jarum


Langkah 1


Tulis huruf pada setiap bintang kertas anda ..

Langkah 2


Tebuk dan buat lubang belah kanan bintang kertas menggunakan jarum ..

Langkah 3


Tekan stapler anda bagi memudahkan ubat stapler terpisah, jangan kepil dan bengkokkan ubat stapler tersebut .. Masukkan ubat stapler tadi pada lubang yang telah ditebuk pada bintang kertas ..

Langkah 4


Bengkokkan dan kepil rapat ubat stapler tadi ..

Langkah 5


Tebuk bintang kertas yang kedua dan lakukannya berulang kali sehingga siap satu nama anda ..

DAN HASILNYA


Comel je .. Bintang kertas ni sangat flexible boleh dibengkokkan mengikut citarasa anda dan boleh tambah sedikit aksesori lagi kalau nak buat yang lebih cantik .. Boleh letak dimana-mana yang anda suka .. Tapi ini baru setingkat je titew buat .. Tak siap lagi ..


Ni titew main taram je .. So inilah hasilnya .. Maaf buruk .. Huhu .. Tangan tak kretip sangat tapi imaginasi tinggi melangit tak padan dengan kemampuan diri .. Sobs sobs ..

Selamat Mencuba (^_^)


Monday 19 May 2014

Review | TOTAL IMAGE SMELLY-NO-MORE

ASSALAMMUALAIKUM

Dalam pelbagai masalah yang terjadi, salah satu diantaranya apabila permasalahan tersebut melibatkan ahli keluarga .. Sehingga ada jenis manusia yang terencat akal lebih memilih pasangan dari keluarga yang jauh lebih menyayangi diri mereka serta membesarkan mereka .. Dulu aku juga seperti itu tapi aku bukan type yang hardcore sampai nak memberontak gila piggy .. Now aku lebih celik bahawa apapun yang terjadi kita tidak berseorangan , kita ada ahli keluarga especially ibubapa yang akan menjadi insan pertama yang akan menghulurkan bantuan kepada kita seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan asalkan kita bahagia, aman, sihat dan sejahtera .. Kita sebagai anak memang kepala tau nak enjoy je nak happy je sedangkan setiap gerak geri kita derhaka mana pun kita ibulah insan yang pertama akan memaafkan kita .. Dan bapalah yang akan berusaha mencari jalan untuk membantu kita ..

Google
Tapi aku nak bagitau apa yang aku cakap ni takde kena mengena dengan entri yang aku nak tulis .. Haha .. Actually aku nak buat review pasal deodoran TOTAL IMAGE SMELLY-NO-MORE  yang Blogger Muja pernah promo suatu ketika dahulu .. So aku pun try la nak tengok sejauh mana keberkesanannya tu .. Lagipun aku jenis tak berpeluh sangat so bagi aku so far so good la ..


Inilah dia deodoran garam mineral semulajadi berbentuk kristal .. Cara penggunaan, kalau aku, aku celup dalam air pastu pakai je terus .. Haha .. Yang penting kena basahkan atas tu then roll kat tiyak korang .. Kalo nak senang lepas mandi terus pakai .. Tak melekit tak berbau dan cepat kering .. Sambil-sambil tu ianya akan menghilangkan terus bau tiyak korang .. Bagi yang ada masalah bau badan tu boleh try .. Untuk aku memang berkesan la setakat ni .. Deodoran aku melambak lambak aku rasa dah boleh bukak kedai deodoran agaknya tapi yang ni memang nombor 1 la .. Senang nak bawak ke mana-mana sebab benda ni kecik je .. Tapi satu je persoalan yang sering bermain di fikiran aku .. Benda ni memang tak reti nak habis ke? Aku  pakai hari-hari turun kerja memang tak pendek-pendek benda ni .. Maintain je sama macam mula-mula aku beli kat Watsons dulu .. Dah lah tinggal satu je masa tu .. Laku bebenor .. 

Tapi kann .. Satu je nak bagitau, lepas cukur tu kalo korang pakai terus deodoran ni insha Allah cepat sembuh .. Pedih tu memang lah kan .. Relax la .. Haha .. Malu lak rasa tapi tu lah hakikatnya .. Cepat sembuh mungkin sebab garam kot .. 

Ini adalah testimoni dari aku sendiri .. Aku hanya mampu menyatakan So Far So Good .. Tak ada masalah untuk aku .. Memang puas ati .. Tak silap harga masa beli tu dalam RM16 mcm tu la . Berapa posen tu tak ingat .. Tapi berbaloi-baloi .. Hehehe .. Selamat mencuba ~


Saturday 17 May 2014

Peribadiku ..

Assalammualaikum ..

Wah dah lama aku tak update blog .. Pada mulanya aku memang nak stop blogging tapi blogging ni salah satu dalam banyak-banyak hobi aku tapi aku bukanlah serius blogger sebenarnya .. Just for fun .. Setakat ni aku tak terfikir nak serius sebab aku lebih fokus pada kehidupan realiti .. Aku suka dengan sweet couple Muja & Nik Nashram .. Homai dorang sangat sangat sweet <3

Now aku nak ceritakan kisah aku pula .. Actually jarang sangat aku update tentang personal sebab walaupun aku bukan retis macam blogger lain tapi orang kenal lah jugak sikit sikit .. Segan aku .. Sebelum aku tubuhkan blog Nieyna Zainal ni aku ada satu blog memang total peribadi aku je kat situ sebab itu lah satu satunya tempat aku luah segala macam perasaan .. Tapi now kena kalis sikit lah kang tak masal aku kena bash lak nanti ..

Balik kepada kisah asal .. Aku berkenalan dengan someone kat kedai kopi yahudi (Starbuck) Midvalley pada bulan Disember 2013 .. Masa tu beliau aku memang tak kenal langsung .. Yang aku kenal member yang aku selalu chat jela .. Kumpulan trio ala-ala KRU ( Fuh , Gempak & Pokcik Pesal ) , Kak Uzu (Emas Putih) , Tya , Mukmin (aku kenal dia sebab dia pemes) .. Ada dua orang yang aku tak kenal termasuklah si dia tu .. Tu pun Kak Uzu yang kenalkan .. Aku blur sebab aku terlalu newbie + noobie .. 

Nak dijadikan cerita , suatu hari member tanya mana satu yang aku minat adakah yang ala-ala kpop or ala-ala Khairi Jamaluddin .. Aku kata kalau rupa semua org suka yang cute .. Tapi aku minat dengan yang ala-ala gaya Khairi tu .. Bukan jatuh cinta .. Tapi suka pada cara beliau yang ramah pandai berkomunikasi walaupun baru kenal .. So dengan itu terus terjadi satu tragedi yang klakar bagi aku di Facebook .. Mula-mula memang layanan beliau kat aku agak teruk .. Gurau sikit terus aku kena marah macam dosa aku ni se-level membunuh kuda pulak .. Aku okay je sebab bagi aku kawan biar beribu .. So sabar jelah .. Kerek2 pun nak kemana yedak? Start dari tu la kitorang meet .. Klcc , Midvalley sampai terkantoi dengan kak uzu .. Beliau kenalkan kat aku mee ganja tu apa benda .. Aku tak berani try sebab aku tak makan pedas .. Tapi mee tu memang berganja gila .. Ganja pedas bukan ganja dadah tau .. Aku tengok beliau makan mak aii .. Berpeluh baq ang dah macam mandi dah betapa pedas nye mee tu .. Lagi la aku tak berani nak makan .. Berkerut muka aku .. Dan destinasi seterusnya Tanjung Emas Muar Johor dan datangnya beliau bukan sebagai kawan tapi sebagai suatu lamaran .. Memang sooo sweet sebab beliau berjaya membuatkan aku tak syak apa-apa masa tu .. Kahkah aku takleh lupa .. Beruk pun tak terkejut macam aku .. Aku fikir nye fikir aku angguk jela tapi aku tak bawak la jumpa family dulu .. Slow-slow bagitahu family then set time Alhamdulillah kitorang selamat bertunang ..

Orang kata tunang ni dugaan kemahen .. Ha'a memang kemahen pon sampai aku pun naik terbengang, terspeechless terbuntu terdiam tergila tergendala dan segala macam ter aku dah rasa .. Sampai la aku rasa terheartless .. Tengah heartless lah ni .. Speechless dah aku ni ha .. Warna warni jenis masalah yang datang .. So siapa beliau tak perlu lah korang tau .. Doakan lah yang terbaik buat kami okay .. Tu je harapan yang aku mintak sangat .. Blog aku je yang privacy sikit sebab aku tak pemes .. Hehehe .. Thanks korang sebab sudi singgah teratak usang ni :D