Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Wednesday, 21 May 2014

10 Ciri Calon Suami Idaman

ASSALAMMUALAIKUM

Wahh .. Kemahen lagi title tu kan .. Ehemm .. Sape taknak suami mithali .. Kadangkala awek / wanita suka berimaginasi tentang lelaki idaman .. Meh Nina senaraikan antara ciri-ciri lelaki yang wanita imaginasikan tu (^_^)

Google

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Nota Jari | Jangan berkecik hati wahai lelaki .. Setiap ciptaan Allah adalah berpasang-pasangan .. Bagi Nina, gurau kasar tu tak perlu kot :) Insha Allah silaturrahim antara pasangan akan terjaga dengan baik ..

2 comments:

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)