Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Monday 21 July 2014

FAKTA | Makanan Serta Khasiatnya Menurut Islam

ASSALAMMUALAIKUM

Setiap makanan pasti ada khasiatnya yang tertentu .. Dari yang halal hinggalah yang haram pasti ada sebab musababnya yang kadangkala kita ambil mudah dan hanya menikmati kelazatan sambil melihat label sama ada makanan tersebut halal atau tidak .. Namun tahukah anda bahawa ada diantara makanan yang mampu mengubati sebahagian penyakit dan memberi manfaat yang besar buat kita disebalik rasa yang sedap dan nikmat? Jom baca senarai makanan serta khasiatnya dibawah ..

Roti (Khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (Anisun)


Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (Tuffah)


Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (Hiyawn)


Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (Mawz)


Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Ada juga yang mengatakan sarapan pagi dengan makan pisang boleh mengelakkan banyak penyakit dan memudahkan lawas.

Barli (Sya’ir)


Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (Manis Rayhan)


Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (Zubdah)


Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Chamomile (Babunaj)


Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.Lobak merahKegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji Kopi (Qahwah)


Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.Biji hitam (habb al sauda)Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (Dajaj)


Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (Darchini)


Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat,kurang mengandungi asid (Utrujj)


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (Qitta’)


Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. 

Jintan Putih (Kammun)


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar Kering (Tamr)


Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (Badhijan)


Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (Baydah)


Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (Hindiba)


Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)


Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara Fig (Fin)


Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (Samak)


Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang Putih (Thum)


Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak Sapi (Samn)


Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (Zanjabil)


Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (Henna)


Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu Lebah (A’sl)


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (A’das)


Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (Khass)


Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (Lahm)


Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

*NOTA JARI | Walau apapun , makanlah secara bersederhana .. Tak perlu terlalu kenyang dan tak perlu terlalu lapar .. 

-Sumber : RAHMAN88′S WEBLOG
- Gambar : Google


Sunday 20 July 2014

MISTERI GAZA | Tentera Jubah Putih

ASSALAMMUALAIKUM

Perang di Gaza dan penindasan terhadap rakyat Palestin sekian lama di lakukan Israel, namun sehingga kini rejim Zoinis itu masih gagal menakluki Tanah Suci umat Islam itu walaupun menggunakan pelbagai senjata serba canggih berbanding para mujahidin Palestin. Sebenarnya, banyak kisah berkaitan kebesaran Allah yang berlaku di bumi Gaza yang tidak pernah diketahui umum kecuali setelah sukarelawan bertemu sendiri para pejuang berkenaan serta para keluarga mereka yang terlibat.

Google
Peliknya, pelbagai kejadian aneh dan ajaib ini diakui sendiri oleh tentera Israel sehingga ada yang mengatakan terdapat pasukan ghaib berbaju putih atau ‘halimunan’ di Gaza. Dikatakan ada pasukan ghaib membantu para mujahidin Palestin dan ia turut diakui oleh pasukan Israel. 

Pada Januari 2009, askar Israel menerobos masuk ke sebuah rumah keluarga Palestin di Gaza. Anak lelaki keluarga itu ditahan. Askar Israel bertanyakan tentang ciri pakaian para pejuang al-Qassam, salah satu kumpulan mujahidin di Palestin. Lelaki itu menjawab jujur bahawa pejuang al-Qassam mengenakan pakaian serba hitam. Jawapannya itu membuatkan tentera Israel marah dan menuduhnya penipu. Lalu lelaki itu dipukul bertalu-talu sehingga pengsan. Selama tiga hari berturut-turut lelaki itu akan ditanya soalan yang sama dan lelaki itu tetap jujur memberi jawapan yang sama. Dan setiap kali itu juga dia akan dipukul sehinggalah akhirnya tentera Israel mengalah dengan lelaki itu dan menjerit memberitahu: “Engkau penipu!” (merujuk kepada mujahidin al-Qassam yang dilihat tentera Israel).

Google
Dalam satu kisah lain pula, sebuah van ambulans dalam perjalanan ke hospital. Sekumpulan tentera Israel telah menghentikan van itu lantas bertanya kepada pemandunya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah?“Aku bukan dari kelompok mana-mana pun. Aku seorang pemandu ambulans,” jawab pemandu itu. Lantas tentera Israel itu bertanya: “Jika begitu, siapakah pasukan berpakaian serba putih yang mengikuti kamu tadi?” Pertanyaan tentera Israel itu membuatkan si pemandu tersebut kebingungan kerana hakikatnya, dia hanya memandu van itu berseorangan tanpa diiringi sesiapa pun.

Google
Kisah ini turut disampaikan oleh khatib yang memberi ceramah di masjid dalam Wilayah Nashirat di Gaza. Ceritanya, seorang mujahidin Palestin telah menanam seunit ranjau peledak untuk menghalang kemasukan tentera Zionis Israel. Lalu dia bersembunyi untuk menjaga kawasan tersebut. Datang beberapa helikopter Israel dan menurunkan sejumlah besar pasukannya beserta kereta kebal yang berisi pelbagai senjata hebat.

Melihat jumlah pasukan Israel yang besar itu, mujahidin itu merasakan ranjau yang ditanamnya tidak akan mampu memusnahkan pasukan tersebut. Impak ranjau itu terlalu kecil untuk pasukan sebesar itu. Maka dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke markasnya. Tetapi sebaik saja mujahidin itu mahu bangun, dia terdengar satu suara berkata: “Utsbut tsabatkallah.” Maknanya, tetapkanlah di tempatmu, maka Allah akan membantumu. Ucapan itu kedengaran sebanyak tiga kali. Puas mujahidin itu mencari dari mana datangnya suara itu. Anehnya tiada sesiapa di sekelilingnya. Jadi siapa yang bersuara itu?

Kerana kata-kata itu, mujahidin itu duduk semula di tempat persembunyiannya. Dan ketika itulah dia melihat apabila pasukan Israel itu melalui perangkap ranjau yang dipasangnya, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Peledak yang dipasangnya meletup dan kesan letupannya amat dahsyat, ibarat berpuluh peledak diletupkan sekaligus. Akibatnya, seluruh pasukan zionis itu terjejas teruk dan terpaksa pulang semula ke pengkalan mereka. Bagaimana peledak biasa yang ditanamnya boleh berfungsi sedemikian rupa? Itulah pertolongan Allah!

Di daerah selatan Gaza, para mujahidin memasang peledak. Tetapi, belum sempat kabel ranjau peledak itu disiapkan, muncul beberapa pesawat peninjau Israel di udara menyebabkan para mujahidin segera bersembunyi. Tidak lama kemudian, muncul kereta perisai dan tentera Israel. Pasukan Zionis itu berhenti di kawasan tempat para mujahidin memasang peledak tadi. Sayangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana peledak itu tidak boleh berfungsi berikutan wayarnya yang belum disambung.

Mujahidin itu sekadar mampu berdoa yang bermaksud: Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberi kesempatan kepada kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan yang serupa! Dan tidak lama kemudian, berlaku keajaiban. Berlaku satu letupan dahsyat di kawasan pasukan Israel itu yang mengorbankan ramai tenteranya hingga memaksa mereka berundur dari kawasan itu.
Setelah itu , para mujahidin datang semula kelokasi tersebut. Mereka terkejut, peledak yang mereka pasang masih utuh tidak meletup. Jadi, dari mana datangnya letupan yang berjaya mengundurkan tentera Israel tersebut?

Google
Seorang lagi pejuang bercerita sewaktu dia melakukan kawalan di sempadan Gaza berseorangan. Ketika itu, dia terdengar sayup-sayup suara orang yang sedang berzikir dan beristighfar. Puas dia mencari di sekelilingnya untuk mencari dari mana datangnya suara itu sedangkan tiada sesiapa di sekelilingnya. Dan seketika barulah dia tersedar, suara-suara itu datangnya dari celah-celah batu dan pasir di sekitar nya. Subhanallah!

Google
Di sebuah kawasan perumahan di Wilayah Tal islam pula, beberapa pejuang Palestin yang cedera kelihatan menangis di tepi rumah-rumah penduduk. Lantas mereka bertanya, “Mengapa kalian menangis?” Dan jawab mujahidin itu, “Kami menangis bukan kerana kami takut dengan musuh, sebaliknya kerana, bukan kami yang bertempur, ada ‘pasukan’ lain yang sedang menentang musuh kita dan kami tidak tahu dari mana mereka datang".

Ada juga kisah yang diceritakan sendiri oleh tentera Israel dan disiarkan di saluran televisyen Negara Yahudi tersebut. Menurut seorang bekas tenteranya, sewaktu dia sedang melakukan kawasalan di Gaza, entah dari mana muncul seorang tentera berpakaian serba putih lalu membaling pasir ke wajahnya, ketika itu juga matanya jadi buta sehingga kini.

Di kawasan lain di Gaza, ada tentera Israel juga bercerita, mereka berperang dengan sekumpulan pejuang berpakaian serba putih dan berjanggut panjang. Anehnya, bila ditembak, pejuang serba putih itu sedikit pun tidak cedera hingga tentera Israel menggelar pejuang itu sebagai ‘halimunan’. Siapakah tentera berbaju putih yang dimaksudkan Israel itu.

Jenazah seorang mujahidin bernama Musa Hasan yang syahid kerana serangan udara Israel. Sepotong kain yang terkena darah mujahidin itu masih berbau harum walaupun telah dicuci berulangkali.

Antara bulan Disember 2008 hingga Januari 2009, Israel melakukan pelbagai serangan yang menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak dengan tujuan akan berkurangnya generasi Palestin dimasa akan datang. Dalam tempoh itu, hampir seribu lima ratus nyawa terkorban. Ajaibnya, mengikut takrif yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, 3,700 bayi lahir dalam tempoh tersebut. Ibaratnya dua ribu nyawa yang dikorbankan Israel, Allah memberi empat ribu nyawa baru sebagai gantinya.

Apakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al-Quran?

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu:” Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut “. (QS. 8: 9)

- SUMBER : Mastika

*Nota Jari | Gambar yang terdapat dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata ..


Saturday 19 July 2014

YAHUDI | Pokok Gharqad Dan Tembok Ghetto

ASSALAMMUALAIKUM

Google
Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi S.A.W. Keegoan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

Google
Pokok inilah yang dikatakan akan bersekongkol dengan Yahudi dan berdiam diri ketika Yahudi bersembunyi disebaliknya ..

Google
Kaum Yahudi percaya pokok inilah yang akan melindungi mereka kelak.

Google
Di dalam laman web Jewish National Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Inilah buah Gharqad pokok yahudi.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)


Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.

Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel - Palestin ini?

 

" Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( al-Hasyr : 14 )

Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.

- SUMBER : AlamCyber

Sunday 13 July 2014

HOT STUFF | ORI & CRUNCHY CHOCOLETTO !!

ASSALAMMUALAIKUM

WOW ! Baca title pun tertanya-tanya ape bendenye tu? Haa inilah dia CHOCOLETTO home made by Kak Ieta .. Diyakini halal dan bersih serta bebas dari DNA piggy termasuk piggy snail .. Kali ni nina berkesempatan membuat review pasal coklat yang tengah meletup letap sekarang ni .. Coklat jenis apa la yg nina ni cakap .. Haaa nak tau? Meh nina tunjuk ..

CHOCOLETTO



Taraaaaa !! Ini lah dia coklat yang nina cakapkan tu .. Dengan harga semurah dan serendah RM18.00 RM13.00 untuk balang kecik termasuk postage dan RM 20.00 termasuk postage bagi balang besar, memang berbaloi-baloii .. Sekali makan nak nak nak lagi baq angggg .. Rugi tak try .. Sedapp weyhh .. Ehh asek tunjuk tang luar je mesti korang nak tengok kat dalam balang ni macam mana rupa coklat ni kan .. 


Haa ni masa nina dok beriya iya selpa selpi selpot sampai berpeluh-peluh, bila bukak je perghh nak makan tak sampai hati tapi dalam masa sama memang tak sabar nak membaham .. Hahaha .. Bila kunyah tu bunyi krup krap krup krap je .. Nina tak nak pakai sudu besar sebab sayang nak habiskan so masa dok kaut tu nina pakai sudu teh je sambil-sambil boleh excercise gigi dan gusi lebih lama .. Actually bagi nina guna sudu teh lagi selesa sebab senang nak kikis coklat kat tepi balang tu sampai licin .. Bila dah habis je memang rasa nak lagi .. Kunyah punya kunyah tak sedar tetau dah abis .. Alahaii ..

SELFIE WITH CHOCOLETTO

Ni antara gamba selpi nina sebelum membaham chocoletto ni .. Yang nina pegang tu adalah balang kecik .. Muat-muat tangan je .. Tapi balang kecik memang tak puas makan so nina prefer korang beli balang besar dan harga memang sangat berpatutan dan masa bungkusan poslaju sampai kat rumah, chocoletto ni dibungkus dalam keadaan yang sangat baik, rapi dan tebal .. Nina jamin insha Allah selamat dan takkan pecah .. Jangan risau ..


Nak story tentang lemau tak lemau tu korang patut kecewa sebab bubble rice tu TAK LEMAU .. Takleh nak diakui pasal lemau sebab memang rangup dan sangat-sangat best .. Fresh woo ! Feel je dok mengunyah sampai tak sedar habis satu balang .. Sobs sobs (T_T)

DAPATKAN CHOCOLETTO

Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak order chocoletto ni? Haa senang je .. Korang bolehlah
SMS/Whatsapp ke nombor 019-2586141 (Kak Ieta) dan kalau korang nak tau lebih lanjut boleh stalk blogshop Kak Ieta di >> SINI  .. Setakat ni ada 2 perisa iaitu Original (chocolate rice + bubble rice + coco crunch) dan Crunchy (chocolate + bubble rice + coco crunch + biscuit chipsmore) .. Dan kalau korang ingin memborong chocoletto ni, korang akan dapat the best price .. Ehh berapa agak-agak the best price tu ea? Haa kalau nak tau pm Kak Ieta cecepatt sementara stok masih ada .. Siyesly chocoletto ni memang hot stuff .. Rugi tak order .. Kang habis menyesal .. Memang sedapp !!!!!! Kalau borong takde istilah rugi, jangan risau ianya tak lemau .. Feel tu tetap maintain serta rasai letupan di celah gigi .. Juga sesuai untuk dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri !!!


APE TUNGGU LAGI? JOM BORONG !!!  

Tuesday 8 July 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

ASSALAMMUALAIKUM


Wahh kemahen GA sakan aku kali ni .. Wakakaa.. So jom meriahkan GA di bulan ramadhan 2014 .. Click banner kat atas untuk join ..

Hadiah yang menarik akan menanti anda. Diantaranya adalah :
1) Duit Raya bernilai RM50 
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20
4) Duit Raya bernilai RM 10 x 2 pemenang
5) Duit Raya benilai RM5 x 8 pemenang

Tempoh berlangsung : 4hb Julai - 21hb Julai 2014 ..

Pemenang akan dipilih melalui cabutan random.org ..


GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera

ASSALAMMUALAIKUM


Wah macam best je GA yang Jaja anjurkan ni .. Syarat-syaratnye senang je .. 

WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA

1. Buat Entry bertajuk GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera

2. Follow blog Jaja : Jaja Sutera

4. Like Page FB Jaja : Jaja Sutera | Sutera Online Shoppe

5. Letakkan blog http://jajasutera.blogspot.com/ di bloglist korang

Simple kan? So tunggu apa lagi? Meh la Join .. Click banner di atas okayy (^_^)