Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts

Monday, 21 July 2014

FAKTA | Makanan Serta Khasiatnya Menurut Islam

ASSALAMMUALAIKUM

Setiap makanan pasti ada khasiatnya yang tertentu .. Dari yang halal hinggalah yang haram pasti ada sebab musababnya yang kadangkala kita ambil mudah dan hanya menikmati kelazatan sambil melihat label sama ada makanan tersebut halal atau tidak .. Namun tahukah anda bahawa ada diantara makanan yang mampu mengubati sebahagian penyakit dan memberi manfaat yang besar buat kita disebalik rasa yang sedap dan nikmat? Jom baca senarai makanan serta khasiatnya dibawah ..

Roti (Khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (Anisun)


Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (Tuffah)


Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (Hiyawn)


Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (Mawz)


Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Ada juga yang mengatakan sarapan pagi dengan makan pisang boleh mengelakkan banyak penyakit dan memudahkan lawas.

Barli (Sya’ir)


Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (Manis Rayhan)


Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (Zubdah)


Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Chamomile (Babunaj)


Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.Lobak merahKegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji Kopi (Qahwah)


Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.Biji hitam (habb al sauda)Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (Dajaj)


Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (Darchini)


Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat,kurang mengandungi asid (Utrujj)


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (Qitta’)


Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. 

Jintan Putih (Kammun)


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar Kering (Tamr)


Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (Badhijan)


Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (Baydah)


Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (Hindiba)


Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)


Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara Fig (Fin)


Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (Samak)


Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang Putih (Thum)


Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak Sapi (Samn)


Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (Zanjabil)


Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (Henna)


Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu Lebah (A’sl)


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (A’das)


Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (Khass)


Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (Lahm)


Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

*NOTA JARI | Walau apapun , makanlah secara bersederhana .. Tak perlu terlalu kenyang dan tak perlu terlalu lapar .. 

-Sumber : RAHMAN88′S WEBLOG
- Gambar : Google


Wednesday, 21 May 2014

Tips Hilangkan Jerawat Secara Tradisional

ASSALAMMUALAIKUM

Ramai yang mengalami masalah pertumbuhan jerawat ni .. Kadang-kadang kita beli produk hilang jerawat, bukan makin berkurang malah makin bertambah jerawatnye .. So apa kata kita try cara tradisional pulak tapi kena istiqomah dan rajin la .. Kalo Nina sendiri pun buat okay je tapi nak amalkan tu alahai .. Mula-mula je buat lepas tu malas dah .. Haha .. Jom Nina kongsikan tips untuk hilangkan jerawat secara tradisional ..

Tuesday, 20 May 2014

AKSESORI | Tutorial Nama Pada Bintang Kertas

ASSALAMMUALAIKUM

Haa .. Masa dekat opis tadi titew tak tahu nak buat ape so titew borak punya borak dengan member satu opis sambil-sambil tu tangan titew tak payah cakap la memang tak reti nak dok diam .. Titew potong-potong kertas pastu lipat kertas tu jadi bintang .. Titew buat tak banyak sangat .. Habiskan satu kertas A4 je .. Bila dah habis, titew pun terfikir nak buat susunan abjad kat setiap satu bintng tu so titew buat la nama titew .. Mula-mula titew tampal je dengan sellotape .. Pastu lekatkan dekat screen monitor opis ..


Inilah jadinye .. Keesokkan harinya pulak, titew sampai opis tau-tau sellotape tu macam nak tercabut so titew pun tekan-tekan bagi tak jatuh .. Then titew potong lagi satu kertas A4 warna kuning titew lipat bintang .. Tapi titew blur tak tahu nak buat nama sapa sebab titew punya dah ada (gambar atas) .. Then terfikir nak buat nama pastu buat bintang ni jadi flexible .. Titew pun cari la benang tapi tak ada pulak .. Titew nak guna klip kertas memang mustahil sebab bintang ni kecik je titew buat .. Jadi tetiba terpop-out lak satu cara yang memerlukan ketekunan dan kerajinan .. Titew memang suka benda macam ni .. hikhikhik .. Meh titew tunjukkan caranya ..

Bahan-Bahan


Mula-mula kena ada bahan-bahan seperti berikut:


  • Bintang Kertas
  • Stapler
  • Markerpen Warna Warni
  • Ubat Stapler
  • Jarum


Langkah 1


Tulis huruf pada setiap bintang kertas anda ..

Langkah 2


Tebuk dan buat lubang belah kanan bintang kertas menggunakan jarum ..

Langkah 3


Tekan stapler anda bagi memudahkan ubat stapler terpisah, jangan kepil dan bengkokkan ubat stapler tersebut .. Masukkan ubat stapler tadi pada lubang yang telah ditebuk pada bintang kertas ..

Langkah 4


Bengkokkan dan kepil rapat ubat stapler tadi ..

Langkah 5


Tebuk bintang kertas yang kedua dan lakukannya berulang kali sehingga siap satu nama anda ..

DAN HASILNYA


Comel je .. Bintang kertas ni sangat flexible boleh dibengkokkan mengikut citarasa anda dan boleh tambah sedikit aksesori lagi kalau nak buat yang lebih cantik .. Boleh letak dimana-mana yang anda suka .. Tapi ini baru setingkat je titew buat .. Tak siap lagi ..


Ni titew main taram je .. So inilah hasilnya .. Maaf buruk .. Huhu .. Tangan tak kretip sangat tapi imaginasi tinggi melangit tak padan dengan kemampuan diri .. Sobs sobs ..

Selamat Mencuba (^_^)


Monday, 19 May 2014

Review | TOTAL IMAGE SMELLY-NO-MORE

ASSALAMMUALAIKUM

Dalam pelbagai masalah yang terjadi, salah satu diantaranya apabila permasalahan tersebut melibatkan ahli keluarga .. Sehingga ada jenis manusia yang terencat akal lebih memilih pasangan dari keluarga yang jauh lebih menyayangi diri mereka serta membesarkan mereka .. Dulu aku juga seperti itu tapi aku bukan type yang hardcore sampai nak memberontak gila piggy .. Now aku lebih celik bahawa apapun yang terjadi kita tidak berseorangan , kita ada ahli keluarga especially ibubapa yang akan menjadi insan pertama yang akan menghulurkan bantuan kepada kita seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan asalkan kita bahagia, aman, sihat dan sejahtera .. Kita sebagai anak memang kepala tau nak enjoy je nak happy je sedangkan setiap gerak geri kita derhaka mana pun kita ibulah insan yang pertama akan memaafkan kita .. Dan bapalah yang akan berusaha mencari jalan untuk membantu kita ..

Google
Tapi aku nak bagitau apa yang aku cakap ni takde kena mengena dengan entri yang aku nak tulis .. Haha .. Actually aku nak buat review pasal deodoran TOTAL IMAGE SMELLY-NO-MORE  yang Blogger Muja pernah promo suatu ketika dahulu .. So aku pun try la nak tengok sejauh mana keberkesanannya tu .. Lagipun aku jenis tak berpeluh sangat so bagi aku so far so good la ..


Inilah dia deodoran garam mineral semulajadi berbentuk kristal .. Cara penggunaan, kalau aku, aku celup dalam air pastu pakai je terus .. Haha .. Yang penting kena basahkan atas tu then roll kat tiyak korang .. Kalo nak senang lepas mandi terus pakai .. Tak melekit tak berbau dan cepat kering .. Sambil-sambil tu ianya akan menghilangkan terus bau tiyak korang .. Bagi yang ada masalah bau badan tu boleh try .. Untuk aku memang berkesan la setakat ni .. Deodoran aku melambak lambak aku rasa dah boleh bukak kedai deodoran agaknya tapi yang ni memang nombor 1 la .. Senang nak bawak ke mana-mana sebab benda ni kecik je .. Tapi satu je persoalan yang sering bermain di fikiran aku .. Benda ni memang tak reti nak habis ke? Aku  pakai hari-hari turun kerja memang tak pendek-pendek benda ni .. Maintain je sama macam mula-mula aku beli kat Watsons dulu .. Dah lah tinggal satu je masa tu .. Laku bebenor .. 

Tapi kann .. Satu je nak bagitau, lepas cukur tu kalo korang pakai terus deodoran ni insha Allah cepat sembuh .. Pedih tu memang lah kan .. Relax la .. Haha .. Malu lak rasa tapi tu lah hakikatnya .. Cepat sembuh mungkin sebab garam kot .. 

Ini adalah testimoni dari aku sendiri .. Aku hanya mampu menyatakan So Far So Good .. Tak ada masalah untuk aku .. Memang puas ati .. Tak silap harga masa beli tu dalam RM16 mcm tu la . Berapa posen tu tak ingat .. Tapi berbaloi-baloi .. Hehehe .. Selamat mencuba ~


Tuesday, 14 January 2014

10 Khasiat Kangkung Yang Perlu Kita Ketahui

Assalammualaikum ..

 Bukan main kecoh lagi orang dok update pasal kangkung kangkung kangkung sampai Nina pon terikut-ikut trend kangkung tu .. Haha .. Sebenarnya ada khasiat disebalik sayur kangkung ni selain diturunkan harga .. Nah tahu? Meh baca sampai habis ..

Google

  • Mengurangkan haid

Bahan: 1/2kg daun kangkung segar. Pemakaian: Daun kangkung dicuci, tumbuk halus. Lalu, tuangkan air 1/2 gelas, berikutnya saring dan tuangkan 1 sendok makan madu. Minum 1 kali sehari sekaligus.

  • Panas Dalaman

Bahan: Seikat daun kangkung segar. Pemakaian: Daun kangkung dicuci, tumbuk halus. Tambahkan sedikit gula, seduh dengan segelas air panas. Setelah dingin, saring, minum 2 kali sehari.

  • Sakit kepala

Bahan: Seikat daun kangkung segar. Pemakaian: Daun segar direbus dengan 2 gelas air hingga 1 gelas. Minum air hasil rebusan.

  • Buasir

Bahan: Segenggam akar kangkung. Pemakaian: Akar kangkung dicuci, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa setengahnya. Setelah dingin, minum 2 x 1/2 gelas.

  • Insomnia

Bahan: Daun kangkung. Pemakaian: Sering-sering makan tumis kangkung tanpa batang.

CLICK SINI !!!!

  • Sakit gigi

Bahan: Segenggam akar kangkung, 1/2 sendok teh cuka. Pemakaian: Rebus akar kangkung dengan 1 gelas air. Gunakan air rebusannya sekaligus 1 kali sehari.

  • Melancarkan air kencing

Bahan: Segenggam akar kangkung. Pemakaian: Akar kangkung direbus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusannya sekaligus 1 kali sehari.

  • Kelemumur

Bahan: Seikat daun kangkung. Pemakaian: Rendam daun kangkung semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, keramas dengan air rendaman. Lakukan setiap hari.

  • Sembelit Dan Mual Untuk Ibu Mengandung

Bahan: Seikat daun kangkung. Pemakaian: Makan tumisan sayur kangkung.

  • Gusi bengkak

Bahan: 200 gr akar kangkung. Pemakaian: Akar kangkung dicuci bersih, lalu direbus dengan 200 cc air dan 200 cc cuka. Setelah hangat, air rebusan digunakan untuk kumur-kumur. Lakukan berulang-ulang.

"Haa .. Makan lah kangkung sementara harga masih turun ni .. Nanti kangkung naik harga kita nak makan ape pulak ye??"



Saturday, 11 January 2014

Petua Kecantikan

Assalammualaikum | Semua orang pun nak cantik kan? Sape taknak cantik .. Haha .. Meh Nina kongsikan serba sedikit petua mengenai kecantikan .. Tapi Nina tak jamin akan berhasil 100% .. Untuk perkongsian sahaja .. Meh baca sampai habis naa ..

Gambar Hiasan | Google

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

CARA ini memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

MELEBATKAN BULU MATA

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil, embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

1. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
2. Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah...

MENCANTIKKAN RAMBUT

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
* Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
* Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
* Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya.
Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

HINDARI RAMBUT GUGUR

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

MELEBATKAN RAMBUT

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

MEHILANGKAN KELIMUMUR

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

RAMBUT BERBUAH

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

MELURUSKAN RAMBUT

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

MENCANTIKKAN PAYU DARA

Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.

2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

PAYU DARA MEMBENGKAK

Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

MENEGANGKAN PAYU DARA

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

* Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
* Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
* Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
* Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

SELAMAT MENCUBA !