Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Showing posts with label Terapi Diri. Show all posts
Showing posts with label Terapi Diri. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

Doa Semasa Menyikat Rambut

ASSALAMMUALAIKUM

Pastinya kita jarang mendengar doa ketika menyisir rambut kan? Kat google pun susah nak cari doa ketika menyisir rambut ni .. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak .. Aku cari pun sebab officemate aku tanya tentang doa sikat rambut .. Aku agak blur la .. So aku pun teringin jugak nak tau doa sikat rambut ni sebab tak pernah nak tau .. Insha Allah akan memberi manfaat kepada aku .. Tapi aku suka share kepada semua orang .. Dengan harapan ianya akan memberi manfaat walau tak banyak sikit pun jadi lah ..
Walaupun ianya remeh tapi bagi aku, remeh-remeh pun nanti sampai suatu masa ianya akan memberi faedah yang besar kepada kita insha Allah ..

Google
Do'a Ketika Menyikat Rambut : 


اَللّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِى وَبَشَرِى عَلىَ النَّارِ

ALLAHUMMA HARRIM SYA'RII WA BASYARII 'ALAN NAAR

" Ya Allah, halangilah rambut dan kulitku dari api neraka "

Ada beberapa kisah tentang menyisir rambut, berikut huraiannya:

Rasulullah S.A.W selalu berusaha tidak mengikuti kebiasaan non-muslim selama hal itu hal yang tidak membawa manfaat. Sebagaimana riwayat Imam Nasai bahwa Rasullullah S.A.W menyisir dengan belah tengah, maka para sahabat berkata bahwa orang Yahudi menyisir dengan belah tengah, maka Rasulullah S.A.W menyisir rambut beliau saw dari depan ke belakang, maka para sahabat berkata bahwa orang nasrani menyisir rambutnya dari depan kebelakang, maka Rasulullah S.A.W merubah lagi dg menyisir dari kiri ke kanan.

“Allahumma solli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

- SUMBER : http://alqudsiah.blogspot.com/2014/04/doa-menyisir-rambut.html


Saturday, 18 January 2014

DR INSPIRASI | Sumber Motivasi Hidup

Assalammualaikum | Berkenaan dengan tajuk diatas, pasti ramai yang mengenali Saiful Izzuan atau lebih dikenali dengan blog Dr Inspirasi ini kerana ianya merupakan salah satu blog yang memberi 1001 manfaat kepada semua pembaca disamping membantu pembaca dari segi memotivasikan diri untuk menghadapi masalah hidup serta mendidik diri untuk menjadi seorang yang berjaya. Terdapat banyak tips yang berguna seperti tips belajar, tips kesihatan, tips kejayaan dan banyak lagi dan menjadikan para pembaca untuk menjadi seorang yang positif.


Disamping itu, blog Dr Inspirasi ini amat simple serta mudah untuk dikunjungi dan menjadikan para pembaca berasa selesa untuk membaca setiap artikel yang ada didalam blog tersebut. Tidak perlu untuk menunggu lama dan tiada iklan yang membuatkan kita bosan serta tidak membuatkan kita merasa jemu - muak sehingga membuatkan para pembaca menjadi serik untuk terus singgah ke blog Dr Inspirasi ini.

Ini juga merupakan laman yang sesuai untuk mencari Tips Motivasi Pengurusan Masa kerana saya sendiri juga mempunyai masalah pengurusan masa dan setelah membaca artikel didalam blog Dr Inspirasi tersebut, terdapat pengajaran yang boleh saya diperolehi bahawa masa itu tidak akan boleh dikembalikan sekaligus membuatkan saya tersentak bahawa masa tidak akan boleh diulangi atau diganti. Namun, masa yang berbaki kini adalah satu-satunya ruang untuk saya melakukan perubahan diri supaya lebih menghargai masa kerana masa itu adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Akan tetapi, menurut pandangan saya, dari segi penambahbaikan blog ini saya mencadangkan supaya ditambahkan sedikit warna ceria didalam blog kerana blog kelihatan sangat pucat dan tiada keceriaan dari segi warna. Warna juga merupakan salah satu elemen penting dalam menarik perhatian para pengunjung untuk mengunjungi blog dan mampu membuatkan suatu pandangan yang indah dah membakar semangat para pembaca untuk membaca artikel di dalam blog tersebut. Selain itu, warna juga mampu memberikan suatu impak positif kepada para pembaca terutamanya warna keceriaan seperti warna cerah, tenang dan terang.


Oleh itu, saya berharap agar blog Dr Inspirasi akan terus memuatnaik artikel yang berguna dan berfaedah kepada masyarakat dan akan menjadi sebuah blog Sumber Inspirasi yang disegani serta berterusan untuk memberi motivasi dan manfaat kepada setiap para pembaca yang membacanya. In Sha Allah .


Friday, 17 January 2014

FAKTA | 20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita

Assalammualaikum ..

Pasti lelaki tertanya-tanya camne la ciri-ciri lelaki idaman wanita ni .. Teringin nak jadi idaman wanita? Wanita pun sama nak juga jadi wanita idaman lelaki .. hikhik .. Meh Nina senaraikan ciri lelaki idaman ..

Google
  • Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.
  • Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".
  • Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.
  • Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.
  • Baik Hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.
  • Bukan Seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.
  • Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
  • Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.
  • Tidak Sombong/Tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
  • Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
  • Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
  • Bukan Mata Keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.
  • Bukan Playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. . Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
  • Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.
  • Terima Pasangan Seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.
  • Hormat Ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
  • Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.
  • Berjiwa Lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
  • Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.
  • Tak "Handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".

Ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi "idaman" wanita. Walaupun kadangkala wanita tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.



Thursday, 16 January 2014

Mengapa Wanita Haid Dilarang Solat

Assalammualaikum ..

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa wanita mengalami haid tidak boleh bersolat sedangkan solat itu adalah ibadah wabjib bagi umat islam .. Meh Nina kongsikan jawpannya ..

Google
Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.

Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.

Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?

Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah.

Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin.

Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.

Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid.

Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit.

Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.

Google
Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. "(Al-Baqarah: 222).

Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.

Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.

Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."

Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahu a'lam.



Tuesday, 14 January 2014

TIPS | Elakkan Rasa Riak !

Assalammualaikum..

"Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” ( HR Ahmad ).
Riak adalah rasa bangga di dalam hati yang membuatkan diri terasa hebat. Sifat ini sekeluarga dengan ‘ujub, sama'ah dan takabbur. Ujub lantunan rasa ajaib akan kehebatan diri, samaah buat supaya orang dengar-dengar kehebatan diri dan takabbur pula, membesar diri apabila bercakap. Senang cakap sifat-sifat ini adalah milikan orang-orang yang jahil dalam beragama atau golongan cetek ilmu.

“Tanda riak itu ada 3 perkara: Malas beramal jika sendirian, rajin beramal jika dalam ramai dan menambah amalan jika dipuji dan menguranginya bila dicela”.

7 TIPU DAYA SYAITAN


Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah.

Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah.

Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan.

Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.

Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: “Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu".

Keenam: Maka, Syaitan berbisik dalam hati manusia: “Bersungguh- sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas.”

Ketujuh: Syaitan mengatakan: “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka".

Untuk mengelakkan diri dari perkara sedemikian kita kena tahu apakah tipu daya syaitan supaya kita tidak terjerumus ke dalam hal yang sedemikian dan amal kebaikan yang kita lakukan menjadi sia-sia. Apabila kita sudah kenal akan tipu daya syaitan ini, maka mudahlah kita menewaskan dan mengelak daripada tipu daya tersebut.
Google

Ada beberapa tips atau kaedah yang boleh kita lakukan sekiranya penyakit hati seperti riak, bangga diri atau rasa bagus ini singgah di hati kita, antaranya :

  • Ucapkanlah “Astaghfirullahalazim allazi lailahailla huwalhaiyul qaiyum wa atubu ilaih”.
  • Sentiasalah berniat ikhlas di dalam hati apabila melakukan sesuatu perkara yang baik. Ikhlaskanlah kerana Allah Lillahi Taala.
  • Elakkan mengembar-gemburkan tentang kebaikan atau kejayaan yang kita capai samada berniat untuk berkongsi atau memberi motivasi dan semangat kepada orang lain, dikhuatiri niat asal akan berubah setelah kita mendapat banyak pujian kelak.
  • Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar dijauhkan dari sifat riak, takbur, bangga diri yang melampau dan sentiasa ingat akan azab Allah yang pedih.
  • Sentiasa membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW “ Ya Allah, Sesungguhnya kami berlindung kepada –Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon keampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang tidak kami mengetahuinya” (hadis riwayat Ahmad)

“Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran, ayat 29)

Sememangnya kita dijadikan Allah s.w.t makhluk yang hebat dimuka bumi. Segarang-garang binatang seperti singa mampu tunduk dengan manusia, sekuat-kuat binatang seperti gajah juga mampu direbahkan oleh kita namun biarlah kita saja yang tahu akan kehebatan kita yang dianugerahkan itu. Jadilah kita seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk kebumi.



Monday, 13 January 2014

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Assalammualaikum | Sempena Maulidur Rasul yang mulia ni, meh Nina share ilmu yang kita pernah pelajari dahulu .. Jom refresh otak kita ..

Google
  • Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  • Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  • Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  • Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  • Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Google
  • Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  • Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  • Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Saturday, 11 January 2014

FAKTA ! Mencuci Racun Otak Ketika Tidur

Assalammualaikum | "Otak menggunakan masa selama manusia tidur untuk mencuci racun- racun yang terkumpul setelah proses berfikir selama seharian" kata para penyelidik . Para pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat itu percaya bahawa sistem pembuangan racun adalah salah satu alasan dasar kenapa manusia perlu tidur.


Pengajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Science menunjukkan sel-sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antar neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak.

Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.

Sebelumnya telah terbukti tidur Klik berperanan besar dalam proses belajar dan memperbaiki daya ingat, tapi sebuah pasukan di University of Rochester Medical Centre percaya bahawa salah satu sebab utama tidur mungkin berkaitan dengan sebuah pekerjaan rumah yang harus dilakukan di dalam otak.

Berfikir atau tidur
Tidur juga meningkatkan aktiviti otak yang berkaitan dengan ingatan.

"Otak mempunyai tenaga yang terhad dan tampaknya bahawa ia harus memilih antara dua fungsi yang berbeza - terjaga dan sedar atau tidur dan membersihkan" kata penyelidik Dr Maiken Nedergaard .
"Anda boleh menganggap otak seperti halnya sebuah rumah untuk berpesta . Di sana anda boleh menghibur para tamu atau membersihkan rumah, tetapi anda tidak boleh benar-benar melakukan keduanya pada masa yang sama".

Sewaktu badan kita berada dalam keadaan rehat, 
otak bekerja keras mengeluarkan toksin yang dihasilkan
Kajian ini berdasar pada penemuan sebelumnya mengenai jaringan otak yang dikenali sebagai sistem glymphatic - yang membawa bahan-bahan buangan keluar dari otak.

Para saintis meneliti dengan menggunakan otak tikus. Kajian ini menunjukkan bahawa sistem glymphatic menjadi 10 kali lebih aktif ketika tikus sedang tidur.

Sel-sel dalam otak menyusut semasa tidur . Hal ini melebarkan saiz ruang antara jaringan otak sehingga lebih banyak cecair yang masuk dan mencuci racun-racun.

Dr Nedergaard mengatakan ini adalah fungsi penting untuk bertahan hidup, tetapi nampaknya tidak mungkin terjadi ketika fikiran terjaga.

Dia mengatakan kepada BBC: "Ini adalah murni spekulasi , tapi sepertinya otak kehilangan banyak tenaga semasa mengepam air dan itu mungkin tidak boleh dilakukan ketika proses pengolahan maklumat berlaku".



Petua Kecantikan

Assalammualaikum | Semua orang pun nak cantik kan? Sape taknak cantik .. Haha .. Meh Nina kongsikan serba sedikit petua mengenai kecantikan .. Tapi Nina tak jamin akan berhasil 100% .. Untuk perkongsian sahaja .. Meh baca sampai habis naa ..

Gambar Hiasan | Google

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

CARA ini memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

MELEBATKAN BULU MATA

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil, embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

1. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
2. Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah...

MENCANTIKKAN RAMBUT

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
* Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
* Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
* Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya.
Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

HINDARI RAMBUT GUGUR

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

MELEBATKAN RAMBUT

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

MEHILANGKAN KELIMUMUR

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

RAMBUT BERBUAH

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

MELURUSKAN RAMBUT

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

MENCANTIKKAN PAYU DARA

Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.

2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

PAYU DARA MEMBENGKAK

Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

MENEGANGKAN PAYU DARA

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

* Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
* Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
* Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
* Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

SELAMAT MENCUBA !



Friday, 10 January 2014

ALERT | Bahaya Dan Bahana Santau !

Assalammualaikum | Kali ni Nina nak share mengenai SANTAU .. Walaupun benda ni jarang berlaku tapi kita kena alert mengenai hal macam ni sebab kita tak tahu jika ada seseorang yang menaruh dendam dan dengki terhadap kita dalam diam lantas tanpa kita duga terjadinya perkara sebegini .. Nauzubillah .. Moga di jauhkan lah .. Jom Nina kenalkan apa itu SANTAU ..

Gambar Hiasan

APAKAH SANTAU ??


Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaiton. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan; di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dan/atau sebagainya; dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.

PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; atas kehendak amalan sihir berkenaan.

JENIS-JENIS SANTAU


Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT SANTAU


1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU


Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).


Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):

1) Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2) Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3) Demam dan/atau selsema.
4) Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5) Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6) Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7) Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8) Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9) Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.


Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:

1) Batuk berdarah.
2) Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3) Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4) Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5) Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6) Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7) Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8) Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

MERAWAT PENYAKIT SANTAU


1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syariyyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).

3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.


Thursday, 9 January 2014

KISAH SEDIH | Pengorbanan Seorang Ibu

Assalammualaikum ..

Google | Gambar Hiasan 
Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanyam khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya… “Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa… Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah S.A.W : "Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!"


Nota Jari | Hargailah ibu sementara mereka masih ada .. Amat besar pengorbanan mereka terhadap kita ..


Tuesday, 26 November 2013

Allah Dan Hati Manusia

Assalammualaikum...

Entah kenapa tiba-tiba je Nina rasa macam nak update satu entri di antara diri kita dan Dia .. Siapakah Dia yang dimaksudkan tu? Siapa lagi kalau bukan Allah S.W.T Yang Maha Penyayang .. Selalu sangat kita lalai dari mengingati-Nya tapi Dia tak pernah lalai untuk sentiasa memerhatikan kita .. Kita ni asyik ingat kat boyfriend je .. Asyik ingat nak shoppinglah itulah inilah ..

Tapi pernah tak kita stop dan berfikir sejenak dari mana datangnya rezeki yang kita dapat untuk bershopping? Pernahkah kita berfikir sejenak dari mana datangnya perasaan happy yang kita rasai? Pernahkah kita cuba untuk menimbulkan perasaan bersyukur tatkala kita berada dalam keadaan yang bersenang-lenang serta bergelak ketawa? Mengapa perlu kita mencari-Nya di kala kita berada dalam keadaan cemas dan kesusahan? Mengapa kita memerlukan keajaiban segera dari-Nya tatkala kita berada dalam keadaan kesempitan sedangkan kita lupa dan alpa dari mengingati-Nya dan berzikir ke atas Rasul-Nya di saat kita senang? Mengapa? Wajarkah kita menyalahi-Nya jika Dia lewat untuk memberi jalan penyelesaian dari setiap sudut permasalahan kita?

http://ts3.mm.bing.net/th?id=H.4523009784611166&pid=15.1
Credit | Google
Jangan salah faham dan jangan cepat melatah ketika kita ditimpa musibah, ujian serta dugaan yang mendatang .. Kita tidak mampu untuk berkomunikasi secara telus dengan Allah tetapi Allah adalah guru yang sentiasa mengawasi perbuatan kita tanpa batasan dan dari ujian itulah cara Allah berkomunikasi untuk mengajar dan menegur agar kita tidak tersalah langkah dan terjatuh pada kesalahan yang sama di kemudian hari .. Maka, jadilah khalifah yang bijak untuk mengambil ilmu untuk mempelajari atas segala musibah yang diturunkan oleh-Nya .. Hamba yang bijak adalah hamba yang akan memikirkan punca dan kedaifan diri di atas dugaan yang telah diberikan seterusnya bersifat sentiasa untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa ..

Tapi, mengapa Allah menurunkan ujian yang bertubi-tubi kepada kita sedangkan kita senantiasa melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Tanyalah pada hati kita sendiri sama ada kita benar-benar bertawakal dan berserah diri hanya pada Allah secara menyeluruh atau tidak .. Jika kita benar-benar bertawakal pada Allah secara menyeluruh nescaya kita tidak akan sekali-kali merasa tergugat atas segala ujian yang Allah berikan walau apa bentuk ujian sekalipun yang menimpa kita .. Dan orang yang tidak mengendahkan hikmah dari setiap dugaan yang mendatang, hanya tahu merengek, mengeluh dan mencari Allah ketika susah sahaja mereka perlu sedar betapa ruginya mereka .. Seandainya syurga dan neraka itu ditunjukkan kepada kita di hadapan mata kita pastinya apa yang kita lihat dan miliki di dunia ini tidak akan kita pedulikan .. Tidak akan ada istilah lalai, maksiat, hasad dengki, dendam dan sebagainya .. Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana kita sentiasa didatangi ujian kerana Allah ingin mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan memberikan sifat sabar kepada kita tanpa kita sedari ..

".. Allah Maha Mengetahui Akan Kemampuan Kita .."

Nota Jari | Jom kita sama-sama usaha untuk tawakal sepenuhnya kepada Allah sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya .. Sedih sangat masa buat entri ni
mengenangkan kejahilan diri sendiri .. Walaupun Nina juga tak sempurna
tapi Nina hanya berniat untuk memperbaiki diri dan menggalakkan 
kawan-kawan memikirkan kekuasaan ilahi .. Seminit pun
dah okayy  (^_^)