Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday 29 November 2015

Selamat Tinggal KUIS





ASSALAMUALAIKUM

Dah kenapa nak say gudbai pulak?? Sebab seperti yang dijangka aku fail subjek yang memang aku da jangka la senang citer .. Hahaha .. Patut la agreement PTPTN 3 kali hantar 3 kali reject .. Tapi tu memang petanda baik la sebab andaikata PTPTN aku tu lulus, boleh pengsan aku kena bayar 7k cash kat PTPTN tau .. Dari mana aku tau? Sebab aku temankan sorang member ni .. Senasib dengan aku jugak bezanya PTPTN dia dah diluluskan sebelum final exam .. Yuran untuk sem 1 sememangnya PTPTN dah pun bayar kepada kuis sebanyak RM 5,585 .. Dan bila dia rasa course Law Syarie terlalu berat untuk dia sama la macam aku ni .. Dah nama pun kawan baik .. Memang kami 3 sekawan ada masalah yang sama .. Erghhh ~


Google

Kebaikkan KUIS?

Hokkay nak story pasal kebaikkan study di kuis memang aku salute spring tabik bermantul mantul lah sebab sistem pembelajaran kat situ memang terbaik .. Belajar kompom masuk otak punya .. Ini based on pengalaman aku selama 3 bulan bersamaan dengan 1 semester kat situ .. Tapi apesal kami boleh terbabas? Haa satu je penyebab nye .. Nak raih pointer 3.0 keatas terutamanya dekan sememangnya target idaman setiap student .. Tapi untuk course aku ni Bachelor in Syariah With Law (Honours) kemungkinan agak payah sebab korang kena pandai arab .. Dah ada basic arab sahaja memadai lah pointer korang 2.5 untuk 1st sem tu .. Dan kalau korang memang pandai arab tinggi 3.0 dalam tangan .. Subjek takde la payah mana .. Sonang joo tapi haku ni tak reti arab .. Pernah aku jawab midterm bahasa melayu .. Ustaz puji jawapan aku tapi? Takde markah sebab jawapan bahasa melayu untuk subjek berbahasa arab tidak boleh digunapakai dan diambil kira .. Arab tetap ARAB hokkay tiada kompromi .. Basic tak reti apetah lagi yang Tinggi .. Kelaut~

google

Keburukkan KUIS?

Selain daripada pengurusan mereka yang agak aku malas nak mencarut serta andaikata dijodohkan dengan naqibah haku tu (khas untuk perempuan) yang aku selalu memaki kat pesbuk aku tu ialah diri kau sendiri lah seandainya kau adalah seorang yang boros, taknak belajar, enjoy, ambil mudah, makan shawarma 8 kali sehari tak kenyang kenyang, lepak tasik berdua duaan serta berpakaian tak berapa nak labuh (istilah labuh di KUIS adalah kaki baju mencecah lutut) .. Tak payah nak nak menyalahkan orang lain yer~ Kau kena tahu kau dikelilingi oleh senior yang bijak pandai .. Takde yang bodoh kat situ semua student pulun study tambah ilmu dan cintakan ilmu belaka .. Jangan ikut perangai tak senonoh dan kalau korang sekuliyah dengan senior yang berasal dari asasi kuis tu korang akan tahu betapa hebatnya diorang belajar dan present kat depan kuliyah .. Ikut jejak dorang jangan bawak kepala sendiri hokkay .. Cara KUIS tak sama dengan kolej lain ..Nak jumpa Ustaz Don? Tak payah cari kompom jumpa .. Nak masuk astro? Tengok la banner astro merata rata disetiap tiang dan penjuru kuis tu sampai muak ..

Google

Sambung balik pasal member aku yang nak kena bayar 7k kat PTPTN tu, memang nak taknak kena bayar sekelepuk sampai terjelepuk bersimpuh atas lantai PTPTN dengan jumlah Ringgit Mesia7k takde ansuran dan tidak mengenali apa itu kompromi apetah lagi diskaun .. Diskaun kejadah nye bertambah 2k lagi ade ler nak ... Nasib la geng , aku mampu teman ko je .. Semoga tabah .. Di situ aku terasa ada hikmahnya aku punya PTPTN tak diluluskan tempoh hari .. Jadi aku perlu bayar kepada kuis RM 5,585 sahaja sebab 1k aku dah bayar semasa pendaftaran dan ingin dijelaskan disini 1k time pendaftaran tu adalah untuk hostel korang .. Macam aku dapat type B memang RM 1,020 lah .. Setiap bilik lain harga dan type A paling mahal tak hingat berapa .. Nak murah amek type D iaitu DORM .. Nak mandi payah la kenn dek kerana kamar mandinya diluar ya buk .. Itu sukar bagi cewek cewek kerana abang abang maintainence selalu naik turun .. Tapi jangan risau .. Sebelum dorang datang dorang tiup wisel / menjerit atau menyanyi (jarang berlaku) ..

Walau bagaimanapun, aku pada mulanya berfikir nak tukar course Broadcast atau HR tapi aku rasa sokongan yang aku perlukan tak mencukupi untuk menaikkan semangat aku yang tengah membara .. Erti kata lain aku mendapat kata kata pemusnah semangat lah senang cerita .. Ujian bagi aku kot yang terlalu mudah tersasar ke arah sifat peberet saitonnn dan konco konco nya iaitu PUTUS ASA atau GIVE UP ..

Jadi aku mengambil keputusan untuk teruskan bekerja tapi bukan di tempat yang sama lah .. Dimana ada rezeki aku grab je ..

Wish Me Luck you guys :)


9 comments:

  1. Orang kata, satu peluang tertutup, 999 pintu peluang lain terbuka. Yang penting, buang sifat putus asa. All the best Nyna.

    ReplyDelete
  2. insyaallah ada rezeki tempat lain tu.
    jgn give up jer.
    keep strong nina.

    ReplyDelete
  3. KUIS memang management hancus. Pengalaman akak la dengan KUIS, kakitangan front desk memang tak hormat pelanggan dan tak mesra pelanggan langsung. Even kita pakai tagging Penjawat Awam. Sorryla. Tiada respect untuk kita. Kau akan dilayan macam budak hingusan lepasan SPM! Memang hancus sikap management KUIS. Yuran cekik darah tu betul. Even kau belajar just 1 day only, Yuran tetap jalan even katanya dah takde. Nasiblah jadi kalangan marhaen... Sila bertabah.

    Yang boleh dipuji, Lecturer KUIS memang tip top dan terbaik.

    ReplyDelete
  4. Nina, akak doakan Nina success selalu. Lalui kehidupan dengan tenang dan yang paling penting, jangan mudah percaya orang na... ^__^

    ReplyDelete
  5. kalau itu yang terbaik.. insyaallah :) chaiyyok di tempat baru :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh senior saya

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)