Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Showing posts with label Klinik Cinta. Show all posts
Showing posts with label Klinik Cinta. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Peribadiku ..

Assalammualaikum ..

Wah dah lama aku tak update blog .. Pada mulanya aku memang nak stop blogging tapi blogging ni salah satu dalam banyak-banyak hobi aku tapi aku bukanlah serius blogger sebenarnya .. Just for fun .. Setakat ni aku tak terfikir nak serius sebab aku lebih fokus pada kehidupan realiti .. Aku suka dengan sweet couple Muja & Nik Nashram .. Homai dorang sangat sangat sweet <3

Now aku nak ceritakan kisah aku pula .. Actually jarang sangat aku update tentang personal sebab walaupun aku bukan retis macam blogger lain tapi orang kenal lah jugak sikit sikit .. Segan aku .. Sebelum aku tubuhkan blog Nieyna Zainal ni aku ada satu blog memang total peribadi aku je kat situ sebab itu lah satu satunya tempat aku luah segala macam perasaan .. Tapi now kena kalis sikit lah kang tak masal aku kena bash lak nanti ..

Balik kepada kisah asal .. Aku berkenalan dengan someone kat kedai kopi yahudi (Starbuck) Midvalley pada bulan Disember 2013 .. Masa tu beliau aku memang tak kenal langsung .. Yang aku kenal member yang aku selalu chat jela .. Kumpulan trio ala-ala KRU ( Fuh , Gempak & Pokcik Pesal ) , Kak Uzu (Emas Putih) , Tya , Mukmin (aku kenal dia sebab dia pemes) .. Ada dua orang yang aku tak kenal termasuklah si dia tu .. Tu pun Kak Uzu yang kenalkan .. Aku blur sebab aku terlalu newbie + noobie .. 

Nak dijadikan cerita , suatu hari member tanya mana satu yang aku minat adakah yang ala-ala kpop or ala-ala Khairi Jamaluddin .. Aku kata kalau rupa semua org suka yang cute .. Tapi aku minat dengan yang ala-ala gaya Khairi tu .. Bukan jatuh cinta .. Tapi suka pada cara beliau yang ramah pandai berkomunikasi walaupun baru kenal .. So dengan itu terus terjadi satu tragedi yang klakar bagi aku di Facebook .. Mula-mula memang layanan beliau kat aku agak teruk .. Gurau sikit terus aku kena marah macam dosa aku ni se-level membunuh kuda pulak .. Aku okay je sebab bagi aku kawan biar beribu .. So sabar jelah .. Kerek2 pun nak kemana yedak? Start dari tu la kitorang meet .. Klcc , Midvalley sampai terkantoi dengan kak uzu .. Beliau kenalkan kat aku mee ganja tu apa benda .. Aku tak berani try sebab aku tak makan pedas .. Tapi mee tu memang berganja gila .. Ganja pedas bukan ganja dadah tau .. Aku tengok beliau makan mak aii .. Berpeluh baq ang dah macam mandi dah betapa pedas nye mee tu .. Lagi la aku tak berani nak makan .. Berkerut muka aku .. Dan destinasi seterusnya Tanjung Emas Muar Johor dan datangnya beliau bukan sebagai kawan tapi sebagai suatu lamaran .. Memang sooo sweet sebab beliau berjaya membuatkan aku tak syak apa-apa masa tu .. Kahkah aku takleh lupa .. Beruk pun tak terkejut macam aku .. Aku fikir nye fikir aku angguk jela tapi aku tak bawak la jumpa family dulu .. Slow-slow bagitahu family then set time Alhamdulillah kitorang selamat bertunang ..

Orang kata tunang ni dugaan kemahen .. Ha'a memang kemahen pon sampai aku pun naik terbengang, terspeechless terbuntu terdiam tergila tergendala dan segala macam ter aku dah rasa .. Sampai la aku rasa terheartless .. Tengah heartless lah ni .. Speechless dah aku ni ha .. Warna warni jenis masalah yang datang .. So siapa beliau tak perlu lah korang tau .. Doakan lah yang terbaik buat kami okay .. Tu je harapan yang aku mintak sangat .. Blog aku je yang privacy sikit sebab aku tak pemes .. Hehehe .. Thanks korang sebab sudi singgah teratak usang ni :D


Wednesday, 2 April 2014

Riwayat Hidup Rabi'atul Adawiyah

ASSALAMMUALAIKUM

Rabiatul Adawiyah adalah seorang ahli ibadah / abid yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Google

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Google

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah ahli ibadah / abid. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.



Thursday, 10 October 2013

Hadiah RM700++ Untuk Dimenangi

Assalammualaikum .. Wah nama tajuk pun dah membuat kita terliur kan? Hahaha .. Hadiah yang Nina maksudkan adalah hadiah dari contest SEO dan REVIEW Klinik Cinta .. Bermakna ada 2 cara untuk memenangi hadiah dari Klinik Cinta ni .. WOW !! Sangat mudah ! Setiap contest pasti ada terma dan syarat kan .. Meh Nina kongsikan apakah terma dan syarat untuk menyertai contest Klinik Cinta ni ..


Syarat Penyertaan Kontes Review Klinik Cinta


  • Penulisan adalah mengenai pendapat yang positif, idea serta cadangan penambahbaikan di Klinik Cinta
  • Entri haruslah mempunyai ScreenShot/PrintScreen laman Klinik Cinta 
  • Minimum penulisan adalah 300 patah perkataan jika lebih lagi bagus
  • Wajib letak backlink kepada Klinik Cinta dalam entri penyertaan kontes
  • Hanya satu pernyertaan entri sahaja bagi setiap peserta kontes
  • Like Fanpage Klinik Cinta, bagi mengetahui update terbaru jika ada senarai penaja terbaru dan info-info mengenai kontes ini.
Like di sini | Klinik Cinta FanPage |

  • Add Google+ Klinik Cinta
Add Google+ disini | Klinik Cinta g+ |

  • Entri penulisan haruslah original tidak copy atau tiru daripada peserta lain
  • Di akhir penulisan anda wajib meletakkan senarai link penaja kontes - sila salin html code di bawah untuk senarai penaja.
  • Tidak dibenarakan copy sebarang ayat dalam entri ini ke dalam entri penyertaan kontes anda. Cukup sahaja tulis mengenai review.
Dan semestinya mereka mempunyai cara pengadilan bagi contest ini .. Jom lihat dibawah ni ..

"Cara pengadilan adalah berdasarkan entri paling kreatifbernas dan memberikan idea yang menarik.
Inilah masanya untuk anda mengetengahkan gaya penulisan anda tidak kira macam mana sekali pun asalkan maksud itu orang faham.
Entri juga akan diadili dengan keyword Kontes Review Klinik Cinta di Google.com.my pada tepat 12.01 tengah malam 23hb October 2013.
Ini bermakna kontes ini ada 2 kategori - peluang mudah untuk menang."

Semestinya korang nak tahu senarai hadiah bagi tempat-tempat untuk pemenang kan ? Meh Nina kongsikan senarai hadiah yang dimenangi bagi pemenang contest Klinik Cinta ni ..

Contest SEO
  • Pemenang tempat pertama = RM200
  • Pemenang tempat kedua = RM100
  • Pemenang tempat ketiga = RM50
Contest Review 
  • Pemenang tempat pertama = RM120
  • Pemenang tempat kedua = RM80
  • Pemenang tempat ketiga = RM50
  • Saguhati buat 4 peserta bertuah dengan 4x Hadiah Misteri
Ehemm .. Kalau dapat ni .. Haha .. Terliur .. Gulp~

Cara Untuk Menghantar Entri Contest Review Klinik Cinta

Hantar Link entri penyertaan contest korang kat borang contoh yang Nina letak dibawah dan tinggalkan komen korang kat ruangan komen.

Contoh
*p/s | DI LARANG meninggalkan link entri penyertaan di ruang komen.

Ha ! Mesti korang tertanya-tanya siapakah gerangan penaja bagi contest Klinik Cinta ni kan? Semestinya handsome-handsome dan cantik-cantik belaka .. Meh la Nina perkenalkan senarai penaja bagi contest Klinik Cinta ni ..

 " Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to VisitKongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok KecilHasrulHassan, Aku PenghiburNurmujahidah, Nabila Biela, Sheda-ucu, Irwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia,  Jejari Comel dan Mohd Ridzwan dot com "

So? Ape tunggu lagi ?? Jom la serbu ramai-ramai dan sertai contest Klinik Cinta ni .. Rugi tak join .. Hehehehe .. Masyukk tewww !! Tinggal 11 hari je lagi ni !! Cepat !!