Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, 15 September 2014

REVIEW | APLIKASI EDISI BLOG

ASSALAMMUALAIKUM

Kalau dulu payah nak bukak browser or lappy kalo nak nengok blog baca artikel kan .. Sekarang mudah dah .. Takpayah dah susah-susah nak bukak tu semua khas buat mereka yang menggunakan android phone .. Tapi aplikasi ni baru lagi .. Walaupun baru, tapi artikel demi artikel telah mula dimuatnaik ke dalam applikasi tersebut ..

Ehh aplikasi ape Nina dok sembang ni?? Haaa nak tahu ini lah dia .. Tapi masa korang nak search kat playstore tu taip com.edisi.blog tauuu .. Baru boleh jumpa ..







Dari sini korang boleh pilih blogger yang korang suka dan boleh pilih juga kategori artikel yang korang minat nak baca ..

Khas juga buat para blogger, install dan daftar je terus untuk ping entri korang kat sini ..

Mudah kan? Ape tunggu lagi? Jom install atau terjah je kat SINI untuk install terus dari lappy ke handphone korang .. 

Untuk pengetahuan semua terutamanya para blogger, aplikasi ni boleh digunakan untuk android 4.2 kebawah je sebab masih dalam BETA lagi .. Selamat mencuba !! ^_^

Wednesday, 10 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI: IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER !

ASSALAMMUALAIKUM


LATAR BELAKANG NINA NIEYNA

Hai saya Nina Nieyna .. Boleh panggil Nina, Nenak, Nena or pape jelah asalkan ada bunyik Nina tu jangan panggil Sa'adiah sudah ler .. Nina adalah blogger Sarawakian dan menetap di semenanjung almost 7 years .. Berumur 22 tahun (2014) dan anak tunggal yang the one and only bak kata omputeh .. 

KELEBIHAN BLOG NINA NIEYNA

Nina pun tak tahu apa kelebihan blog Nina ni tapi Nina lebih suka kongsikan sesuatu yang menarik dalam kehidupan seharian seperti tips, fakta, isu semasa, product review dan sebagainya sebab blog Nina adalah random .. Tidak lupa juga untuk hal yang personal serta antara penggemar join contest give away atau segmen bagi memberi support hasil anjuran kengkawan blogger yang lain ..

IMPIAN NINA NIEYNA DALAM DUNIA BLOG

  • Impian Nina dalam berblogging adalah untuk kongsikan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka yang sudi singgah dan baca blog Nina ni ..
  • Mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan para pembaca serta blogger-blogger lain.
  • Seandainya diberi peluang untuk lebih dikenali, Nina nak ikut jejak Abg Ben .. Sama-sama naik sama-sama seronok dan saling membantu Insha Allah.
  • Ingin sedut segala ilmu blog yang diajari serta diberi peluang manfaatkannya sebaik mungkin.
  • Teringin nak membalas jasa dan menaikkan mereka-mereka yang banyak bantu Nina dalam arena blogging dan fanpage.