ASSALAMUALAIKUM
Semalam Nina rajin pulak meng-google pasal kesihatan diri sampai Nina terjumpa sejenis penyakit yang memang tak mustahil untuk berada kat anggota bada kita .. Geleman la weyy bila tengok gegambo kat google tu .. Bila dah tertarik mula la nak buat entri untuk di share kat member facebook honeyheart Nina .. Ingat kulat ni tumbuh kat pepokok dedaun tetanah je ke? Kulat pun boleh membiak kat badan kita tau .. Haaa jejaga .. Jom kita berkenalan dengan kulat ..
Kenali Kulat
Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka.
Jenis Kulat
- Tinea capitis (kulit kepala)
- Tinea corporis ( badan)
- Tinea manuum (tangan)
- Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
Faktor Utama Jangkitan Kulat
- Bersesak-sesak di kawasan yang panas dan lembab
- Amalan cara hidup yang tidak bersih
- Lain-lain masalah perubatan
-seperti Penyakit diabetis mellitus yang tidak terkawal, HIV atau masih dalam satu rawatan perubatan yang panjang yang mana ini melemahkan sistem immunisasi (cth: rawatan cancer)
Petanda Dijangkiti Kulat
- Kuku menjadi rapuh
- Kasar
- Kusam
- Herot benyot (bentuk)
Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
Terjadi di antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain.
Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah
Tinea capitis (kulit kepala)
Keadaan kemerahan di kulit kepala
Rambut menjadi rapuh
Boleh menyebabkan ada bahagian yang botak.
Tinea corporis ( badan)
Badan kemerahan dan bersisik di bahagian tengah kulit yang dijangkiti.
Mungkin juga menjadi ruam berbentuk bulat
Gatal-gatal.
Rasa gatal ini akan lebih ketara apabila berehat.
Cara Merawat Jangkitan Kulat
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosa yang tepat supaya itu rawatan yang betul dapat diberi. Cara menguruskan penyakit ini termasuklah :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik
-Gunakan anti-septik seperti KMN04 (Potassium permanganate) untuk kulit basah.
- Antikulat
-Ubat-ubatan yang diberi samada suntikan atau secara oral.
-Krim/Gel untuk disapu
Cara Pencegahan Dari Dijangkiti Kulat
- Amalkan jagaan kebersihan diri
- Jangan berkongsi tuala mandi, tukar stokin dengan kerap
- Pakai alas kaki bila berjalan/ bermain dan jaga kebersihan kuku.
- Basuh kaki dan jari-jari dengan bersih sekurangnya sekali sehari
- Jangan memakai kasut yang terlalu ketat.
- Keringkan kasut anda setiap malam
- Pakai pakaian longgar.
Nota Kuku : Jadi kalau nak elak daripada ditumbuhi, dijangkiti kulat kat anggota badan korang kebersihan memasing wajib dijaga .. Erghh (-_-)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)