Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Thursday 11 June 2015

Buffet Ramadhan Di Restoran Istana Bambu

ASSALAMUALAIKUM


Bila story pasal buffet ni semua dah mindset makanan yang sekali bayar makan sampai puas dan kaut apa saja jenis makanan yang disediakan .. Kalau bukak puasa memang best bawak family makan buffet sebab boleh makan sampai kenyang tapi jangan sampai membazir tau .. Syaitonnirojim suka baziaq baziaq ni .. Ambik sekadar muat perut je rasa sikit satu satu pun kenyang jugak hahaha ..

Okay .. Nina nak story Nina dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari pergi ke sebuah restoran yang terletak di Lot 841-842, Jalan Ulu Klang, 68000 Ampang ni yang bernama RESTORAN ISTANA BAMBU .. Ini kali pertama Nina review makanan tau .. Mane tau lepas ni boleh upgrade jadi foodreview pulak .. Kehkeh ..

Apa yang specialnya tempat ni? Sama ke dengan restoran buffet yang lain? Haaa ni yang Nina nak gitau kat korang .. Pada tahun 2015 ni Restoran Istana Bambu membuat tema "Indahnya Ramadhan" dengan berkonsepkan perkampungan buluh di tepi sawah padi serta suasana kampung yang memberi keunikan dan identiti tersendiri walaupun terletak kat pinggir bandaraya gitteww ..

Restoran Istana Bambu ni boleh muat sampai 600 orang tetamu dalam satu masa dan menyediakan 70 jenis juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan .. Buffet ini start pada 19 Jun hingga 15 Julai 2015 ..

Harga pulak RM52.45 bagi dewasa dan RM26.75 bagi kanak kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun.. Kanak kanak yang berumur 4 tahun kebawah FREE !

Tentang senarai juadah pulak dorang akan sediakan masakan ala kampung tradisional, masakan cina, thai dan western.. Anak muda macam Nina ni acah acah nak makan western saje .. Kahkah .. Okay juadah istimewanya pulak kambing golek, ayam bakar sunda, patin tempoyak, asam pedas istimewa, masak lemak daging salai dan macam macam lagi lah .. Jenuh nak senaraikan .. Memang banyak pilihan ..

Tentang kemudahan pulak Restoran Istana Bambu menyediakan tempat parking lot yang luas serta surau bagi memudahkan untuk tetamu solat .. 

Tentang masa operasi pulak Restoran Istana Bambu akan bukak pada pukul 6 petang sampai 10 malam .. Kalau nak try Restoran Istana Bambu punya penangan korang kena tempah awal awal tau untuk reserved tempat atau datang je terus ke Restoran Istana Bambu ni ..

Okay last, bagi yang nak buat apa sahaja majlis dorang ada sediakan pakej harga yang berpatutan .. Dah nak puasa ni .. Jom tempah awal awal di :

Pengurus : 012-249 7142 (Aida)
Bahagian jualan : 018-374 9920
Bahagian pengurusan : 03-4251 4717
Email : info@istanabambu.com.my

Alamat :
Lot 841-842,
MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor.

Jom layan gambar pulak .. 



















6 comments:

  1. sedapnya... lapar terus tengok pics makanan ni semua hehe

    ReplyDelete
  2. cantik betul gambar dr lenovo ni kan!

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa telah tiba, jangan lewatkan kesempatan ini untuk membuat take away boxGreenpack. Dapatkan keuntungan spesial yakni dapat didesain dengan suka-suka pada bagian atas box. Misal, ucapan selamat berpuasa . selamat idul fitri, dll. Semua itu bisa anda dapatkan FREE 100%! Cek di sini http://www.greenpack.co.id/

    ReplyDelete
  4. kalau bab makanan memang laju..ahhaa

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)