Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Monday, 2 March 2015

Forum Aduan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

ASSALAMMUALAIKUM
Pastinya dalam kehidupan kita, ada sahaja servis yang tidak memuaskan hati kita sebagai seorang pengguna bukan? Telah berkali-kali kita melakukan aduan terhadap servis yang tidak memuaskan namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jadi apakah jalan penyelesaiannya?

APA ITU CFM?

CFM adalah Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang merupakan sebuah organisasi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia .

Antara peranannya ialah:

- Menyediakan saluran tambahan untuk aduan susulan, mengendali pertikaian dan rungutan yang tidak dapat diselesaikan oleh pembekal perkhidmatan.

-Memberikan cadangan (bergantung pada situasi).

-Menggalakkan pengguna untuk mengamalkan kawal selia kendiri (pemantuan).

- Menjalankan kempen kesedaran mengenai hak-hak pengguna.

- Membangunkan kod-kod pengguna untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap mutu yang memuaskan.

Fungsi utama CFM

Penggubalan Kod
  • Untuk merangka, membangun, menyediakan, meminda, mengubahsuai, mengkaji semula dan mengemaskini Kod.

Undang-undang
  • Untuk menasihati Majlis mengenai keperluan undang-undang dan pertimbangan

Keahlian
  • Untuk mendapatkan dan mengemaskini keahlian CFM

Pendidikan dan Promosi
  • Untuk memaparkan objektif dan menyiarkan aktiviti CFM dan menyediakan saluran untuk penyebaran maklumat dan pengetahuan am tentang hak pengguna

Pengendalian Aduan
  • Untuk menyediakan saluran membuat aduan berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan pengguna. Untuk memberikan panduan bagi mengendalikan aduan dan rungutan dan untuk mencadangkan penyelesaian bagi aduan yang dibuat

Pematuhan dan Pemantauan
  • Untuk meningkatkan kefahaman Kod Pengguna Umum (GCC) di kalangan pembekal perkhidmatan, untuk menggalakkan penggunaan GCC dalam prosedur, pembekal perkhidmatan dan amalan dasar, untuk memastikan tahap pematuhan dengan GCC dan untuk menyediakan industry bagi pengawalan kendiri.

Antara aduan yang boleh dilaporkan kepada CFM:


Aduan yang tidak pernah selesai atau tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib termasuklah rangkaian komunikasi seperti:-

1. Pertikaian bil dan caj, caj yang tidak dilanggan/digunakan, caj yang tidak betul.

Contoh

2. Kualiti liputan tidak memuaskan seperti kelajuan internet yang perlahan, panggilan terputus, tiada liputan atau liputan tidak memuaskan.

Contoh

3. Lain-lain seperti SMS, promosi/iklan yang mengelirukan, data peribadi digunakan untuk melanggan atau mendaftar perkhidmatan.


Antara cara-cara bagaimana CFM akan membantu

Selalunya pemberi perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab jika kerosakan yang berlaku di luar kontrak dan pastinya akan membuatkan anda merasa rugi dan tidak puas hati kerana anda telah melanggan rangkaian mereka. Dalam kes ini, anda boleh terus membuat aduan kepada CFM.

Sebagai pengguna, anda boleh mendapat manfaat berikut apabila mendapatkan penyelesaian menerusi CFM:

  • Hak anda sebagai pengguna dilindungi di bawah undang-undang.
  • Menjimatkan kos guaman yang mahal yang sepatutnya dibayar sekiranya anda memilih untuk menyelesaikan aduan anda menerusi sistem mahkamah.
  • Menjimatkan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan aduan anda berbanding sistem mahkamah yang memakan masa.
  • Menyediakan cara yang mudah untuk anda menguruskan aduan anda dalam talian.
  • Anda boleh memasuki portal aduan dalam talian kami dan menyemak status aduan anda pada bila-bila masa sepanjang hari dengan sambungan internet.
  • Menunjukkan kepada anda saluran maklumat dan bantuan yang betul dan sewajarnya sebagai usaha untuk membantu anda menjadi pengguna yang termaklum.

Jelas sekali bahawa CFM akan menyelesaikan permasalahan kita sebagai pengguna dan kewujudan CFM adalah suatu yang amat diperlukan oleh masyarakat kini. 

Untuk membuat aduan, boleh terus layari ke laman sesawang http://www.complaint.cfm.org.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CFM dan boleh terus ke laman facebook CFM www.fb.com/consumer.forum.malaysia untuk melihat lebih lanjut aktiviti yang dijalankan.

Consumer Hotline : 1-800-18-2222
Nak Iphone 6? Ipad Mini atau Ipad Mini 3? Jom sertai contest “Name the CFM Mascot & Win”. Contest ini bermula 2 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015. Senang sahaja nak menang. Hanya perlu beri nama yang unik dengan cara yang kreatif! Tak kisah la dalam bentuk pantun ke, seloka ke, gambar ke. Janji unik dan kreatif! Hantarkan penyertaan anda di >> SINI <<

1 comment:

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)