ASSALAMMUALAIKUM
Lambat noo nak review nye .. Maklumlaaa zaman kemalasan melanda .. Ini lah jadinye .. Taknak malas tak boleh kan nak buat ape pun liat nye Nauzubillah .. Okay for the first time Nina review movie .. Sebelum ni nengok wayang takde nak review pun .. Main tengok je pastu enjoy .. Hahahaha ..
Okayyy komen jujur telus dari hati Nina pasal movie Chappie .. Chappie ni merupakan robot polis dimana robot ini lah yang menggantikan tugas polis kat muka bumi ni dalam membanteras jenayah yang berlaku sampai penjenayah nak buat kerja jahat pun takut dengan robot polis ni .. Design robot ni tak sehebat macam Transformers dan Real Steel tapi robot ni agak simple rekaannya .. Eh dah kenapa aku cerita pasal binaan robot kahkahkah ..
Plot cerita, salah satu robot polis yang sepatutnya dihapuskan sebab dah tak boleh guna .. Robot ni kena tembak ngam ngam kat dada iaitu di tempat baterinya dimana bateri robot polis ni merupakan bateri yang takboleh di tukar atau dipindahkan .. Sekali dah rosak memang akan rosak terus dan terus dihapuskan .. Salah satu robotnya adalah Chappie .. Chappie ni merupakan robot yang sudah rosak yang menjadi bahan ujikaji terbaru oleh penciptanya dan merupakan satu satunya robot yang boleh berfikir seperti manusia malah lebih bijak dari manusia serta genius teramat sehingga mampu berfikir melebihi akal manusia .. Haaaa acano tu?????
Peningkan? So kalau nak solusi cerita korang pergi lah tengok sendiri .. Jangan mencarut dalam panggung sudah lah ye .. Kang tak masal hujan popcorn dalam panggung .. Hahahaa .. Rate Nina untuk movie ni adalah 3.5 bintang ..
Apepun terima kasih kepada abang Ben Ashaari sudi lanje untuk pertama kalinya dan Izzudin yang sudi jadi driver saya sejak pertama kali jumpa bhahahaha .. Tenkiyuu sangat *lap airmata
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)