Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday, 24 November 2013

First Give Away By Eyda

Assalammualaikum...

Haa .. Kali ni Nina join GA yang di anjurkan oleh Kak Eyda dan hadiahnya sangat menarik .. Sesuai untuk perempuan kot .. Hehe ..

| Click Gambar Ni |

Rugi kalau tak join tau .. Haha ..
Antara Hadiah yang ditawarkan ialah :
  • Satu Bedak Tanaka 'Saiz Besar' x 2 pemenang
  • Satu Set (Satu Bedak Tanaka 'Saiz Kecil' +  Lip & Eyes Collagen + Sheiheido Mask) x 3 Pemenang
  • Top Up RM5 x 2 Pemenang
  • Sehelai Pashmina x 1 Pemenang
  • Keronsang Ekslusif x 1 Pemenang

Takkan ade hadiah je ? Mesti ada syaratnya kan ?
Hee .. Meh Nina senaraikan syarat-syaratnya :

  • Follow Blog Ini CLICK dan Blog Ini CLICK
  • Click Iklan Pada Setiap Blog (Kalau Ada)
  • Follow Facebook Ini CLICK (Kalau Tak Ada, Abaikan)
  • Buat Satu Entri Tentang Give Away Ni & Letakkan Gambar Give Away
  • Tinggalkan Link Entri di RUANG KOMEN Ni

.. Pemenang akan dipilih secara random ..

Nota Jari : Semoga berjaya kepada semua peserta termasuk diri Nina sendiri .. Hee ..


Wednesday, 20 November 2013

First Giveaway by Aidil dan Waniee


KLIK BANNER UNTUK JOIN !!

Disponsor oleh :

Wanie | Aidil | Dedeq De Wishes | Hananabyllah | IAmIzzati | Aisya Fatima | Mawar Berduri | Aina Zairulnizam | Diamond Friends | Djdanchef | Yan Saflina | Ikha Mohd MVP'S | Nur Izzati

Senarai hadiah :

Barangan pos ~
Untitled K-Shop (2 pemenang)
Buku ilmiah (1 pemenang)
Notebook (2 pemenang)
Tudung bawal (3 pemenang)
Tudung pashmina (1 pemenang)
Casing phone (1 pemenang)
Keychain (2 pemenang)
Penanda buku (2 pemenang)
Ribbon clip (2 pemenang)
Penanda buku (5 pemenang)
Buku 'Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah' (1 pemenang)

Topup ~
RM5 (2 pemenang)

Barangan blog ~
Review dan bloglist (1 pemenang)
Header (5pemenang)
Review (2 pemenang)
Vector (2 pemenang)
Header (3 pemenang)
  37 PEMENANG DICARI !! 
MEH JOIN :)


Tips Rumah Tangga

Assalammualaikum ..

Bersesuaian dengan tajuk entri Nina pada kali ini yang direka khas untuk pemilik blog DENAIHATI sempena Ulangtahun Perkahwinan beliau pada 20hb November.


Antara Tips Rumahtangga:-


  • SALING MEMPERCAYAI

- Apabila telah memasuki alam perkahwinan, sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain perlu diperkuatkan kerana ia merupakan salah satu faktor untuk mengekalkan keutuhan rumahtangga dan memberi kehangatan yang stabil dalam rumahtangga. Apabila pasangan telah memberikan kepercayaan kepada anda maka anda perlulah menjaga amanah itu sebaiknya kerana kepercayaan adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi.

  • KEJUJURAN

- Kejujuran merupakan suatu elemen penting di dalam rumahtangga dan ia juga saling berkait rapat dengan kepercayaan seperti yang dinyatakan di atas. Dengan adanya sikap jujur dan telus ini maka secara automatik keharmonian rumahtangga pasti akan anda miliki serta mampu untuk membuatkan pasangan anda berasa selesa terhadap anda tanpa ada sebarang rahsia. Jujurlah dalam apa jua perkara sama ada pahit ataupun manis.


Credit | Google

  • BIJAK BERKOMUNIKASI

-Komunikasi bukan saja melalui percakapan atau kata-kata yang dikeluarkan tetapi dengan gerak geri mimik wajah serta 'body language' juga merupakan sebuah komunikasi. Melalui percakapan anda perlulah bijak ketika mengeluarkan kata-kata dan lebih berhati-hati kerana kadangkala niat anda hanyalah gurauan semata namun anda tidak sedar bahawa kata-kata yang dianggap gurauan tersebut telah pun menyinggung perasaan pasangan dalam diam. Sesetengah pasangan bijak menyembunyikan perasaan namun anda perlu memainkan peranan penting untuk menjaga hati pasangan anda dengan sebaik mungkin dan ringan-ringankanlah mulut anda untuk menyataan perkataan maaf kepada pasangan.

  • BERSIKAP TOLAK ANSUR

-Perkara yang paling penting dalam rumahtangga adalah saling bertolak-ansur dalam apa jua perkara. Dengan sikap ini secara tidak sengaja anda dan pasangan akan menjadi semakin rapat dan membuatkan pasangan anda berasa selesa untuk membuat apa sahaja ketika bersama dengan anda. Jangan terlalu membebankan pasangan untuk mengarahkan apa sahaja yang anda inginkan. Lakukannya bersama-sama dengan pasangan, ianya akan membuatkan rumahtangga anda menjadi lebih tenang.

  • SOKONGAN MORAL

-Apa sahaja yang menjadi kegemaran serta hobi pasangan seperti memancing atau bersukan dan sebagainya, anda perlulah sentiasa menyokong selagi ianya tidak membawa kepada kemudaratan serta tidak melanggar apa yang dilarang oleh Islam. Rajinkan diri anda untuk melakukannya bersama-sama pasangan sebagai tanda bahawa anda akan menyokong apa sahaja yang digemari pasangan. Lama-kelamaan perkara tersebut akan menjadi kenangan terindah dan sentiasa kekal dalam ingatan terutamanya pada kehidupan akan datang.

*Hargailah suami/isteri anda dan jagalah sebaiknya amanah yang telah Allah tetapkan kepada anda.

Disini Nina ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-25.

Monday, 18 November 2013

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE

Assalammualaikum .. 


Wahh .. Tajuk segmen Mak Dara pon dah macam panas jer macam best jer .. Haha ..
So ape lagi .. Nina pon join jela .. 
Perasan jap .. wakakaka ..


Tarikh tutup nye HARI INI (19/11/2013) !! Harap nina sempat la join segmen ni yer .. Haha Bukan Selalu .. 

Nih dia gamba Nina yang Macam Comel Jer Macam Cantik Jer ..


p/s : Jangan termuntah sudah .. Hikhikhik~


Sunday, 17 November 2013

Tentang Saya

Assalammualaikum .. 

Ini serba sedikit tentang diri Nina .. Salam perkenalan kepada rakan-rakan semua .. (^_^)

- B I O D A T A -

Nama : Nurul Sakinah Binti Zainal Abidin

Nama Gelaran : Nieyna 

Tarikh Lahir : 17 Mac 1992

Tempat Lahir : Hospital Umum Sarawak

Umur : 21 Tahun (2013)

Asal : Kuching , Sarawak

Tempat Tinggal : Muar , Johor

Status : Bujang

Adik-Beradik : Anak Tunggal (Spesis Nakal Bukan Manja)

Hobi : Nyanyi , Dengar Lagu , Hafal Lagu , Facebook , Blog , Youtube ,Tido , Makan , Usik Orang , Jenjalan

Sifat : Friendly , Potpet-Potpet , Cepat Tacing Tapi Tak Lama , Suka Bergurau , Suka Berkawan , Suka Mencuba Sesuatu Yang Baru , Lasak , Garang Bersebab , Mudah Menerima Nasihat & Memerlukan Masa Untuk Perbaiki Diri

Makanan Kegemaran : Nasi Goreng , Snek , Jajan & Pape Yang Sedap

Minuman Kegemaran : Sirap Bandung , Teh Ais , Nescafe Ais (Tin)

Ciri-Ciri Lelaki Idaman : Asalkan Sekepala , Straight , Sweet , Memahami & Pemaaf 
( No Sex Talking Before Married ! )

Cita-Cita : Menjadi Seorang Yang Berguna


Thursday, 14 November 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM


Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Monday, 11 November 2013

Hang Out With Bloggirls

Assalammualaikum .. Haha .. Memang bahagia lah terasa bila dapat berjumpa dengan geng satu kepala ni walaupun selama ni kenal pun melalui Wechat , Facebook dan Blog je .. Berangan punya berangan , tup tup akhirnya angan-angan tu jadi kenyataan .. Maklum lah masing-masing menetap di perantauan yang berbeza .. Perantauan ke? Haha .. Nina lari dari Muar semata nak jumpa kakak-kakak comel , cantik lagi cun ni .. Kak Uzu ngan Sheda .. Tapi still lagi rasa tak sempurna admin Bloggirls sebab Ena takde .. sobs sobs ..

Pertemuan bermula di KL Sentral yang pada mulanya Nina tersesat cane tah boleh ternaik monorail lak .. Haha ..  Nina jarang pegi KL Sentral ..  Tu yang boleh tersesat tu .. Tapi atleast sampai la jugak .. Lama Kak Uzu tunggu Nina kat situ .. Semuanya berpunca dari bas express yang Nina naik tu yang selama ni tak pernah berhenti rehat sebab 2 jam je kan perjalanan , tetibe je nak berhenti rehat kat perhentian Rawang .. Kononnye pemandu bas tu kata "Rehat 10 minit !" .. Last-last 15 minit agaknye baru bas tu gerak .. Haishh .. Setibanya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) , Nina terus berlari-lari anak mengejar masa dan seterusnya sesat ternaik monorail pulak .. Grr~

Sampai je kat KL Sentral , mata Nina melilau jugak nak carik Kak Uzu kat McD .. Nak jerit kang malu .. Haha .. Then terjumpa Kak Uzu , Nina pon tegur la .. Hehe .. Then Sheda mesej Kak Uzu , katanya dia dah sampai masjid india .. Nina ngan Kak Uzu terus la bergegas pegi masjid india .. Bukan senang nak jumpa Sheda ni tau .. Hehe ..

Sementara tunggu Sheda yang ilang entah kemana , Nina ngan Kak Uzu snap la gambar kat dalam kedai ni depan cermin .. Yela .. Bukan selalu jumpa kan .. 

Comel Je lesung pipit Kak Uzu ni .. hehe
Sheda sampai je , Nina perasan la melalui cermin tu macam Sheda je kat belakang Nina .. Nina toleh Nina tegur la .. Dengan tak semena-mena , Sheda jerit kuat gila sampai satu Muaz dengar suara Sheda .. Haha .. Terkezut mak nak .. Pastu ape lagi .. Snap lagi la ceritanya .. Tapi memang hepi yang teramat .. Haha .. Takleh lupa Sheda jerit tu .. Hahahahaa ...


Selesai je aktiviti bergambar sakan ni dalam gedung Muaz ni , kitorang terus pegi jenjalan dan lokasi seterusnya ialah McD masjid india .. 


Alang-alang dah jumpa tu , tambahan lagi dengan 15 Nov birthday Sheda , Kak Uzu hadiahkan Sheda patung Hello Kitty .. Comel gilee ..


Dah puas menghuha-huha kat McD tu , kitorang terus pergi jenjalan area masjid india .. So, takkan jalan je? Aktiviti bergambar belum habis lagi .. Memang penuh muka kitorang je .. Camera kitorang muka kitorang je yang conquer .. Haha ..


Sheda tak boleh nak stay lama-lama .. Jadi Nina ngan Kak Uzu meneruskan journey ke TS berdua-duaan .. 


Ingatkan nak lepak lagi lama tapi masa tak mengizinkan .. So next time bulan December 2013 , In Sha Allah Nina ngan Kak Uzu dating lagi sekali meronda-ronda KL ni .. Hehe .. Jom la join skali .. Boleh PM kitorang kat Facebook / WeChat dan lain-lain ..

Memang seronok yang teramat .. Tak rugi turun dari Muar ke KL gathering ngan admin Bloggirls ni .. Hehe .. Hope next time Ena ade .. Love you guys !

Ehemm .. Kak Uzu ade up entri tentang kitorang hang out .. 
Meh Terjah kat sini ---->   Kisah Emas Putih ..

" .. Thanks sangat-sangat Kak Uzu belanja Nina ngan Sheda .. Next Time Nina belanja Kak Uzu pulak okey ? Hehee .. "