Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Wednesday, 20 November 2013

Tips Rumah Tangga

Assalammualaikum ..

Bersesuaian dengan tajuk entri Nina pada kali ini yang direka khas untuk pemilik blog DENAIHATI sempena Ulangtahun Perkahwinan beliau pada 20hb November.


Antara Tips Rumahtangga:-


  • SALING MEMPERCAYAI

- Apabila telah memasuki alam perkahwinan, sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain perlu diperkuatkan kerana ia merupakan salah satu faktor untuk mengekalkan keutuhan rumahtangga dan memberi kehangatan yang stabil dalam rumahtangga. Apabila pasangan telah memberikan kepercayaan kepada anda maka anda perlulah menjaga amanah itu sebaiknya kerana kepercayaan adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi.

  • KEJUJURAN

- Kejujuran merupakan suatu elemen penting di dalam rumahtangga dan ia juga saling berkait rapat dengan kepercayaan seperti yang dinyatakan di atas. Dengan adanya sikap jujur dan telus ini maka secara automatik keharmonian rumahtangga pasti akan anda miliki serta mampu untuk membuatkan pasangan anda berasa selesa terhadap anda tanpa ada sebarang rahsia. Jujurlah dalam apa jua perkara sama ada pahit ataupun manis.


Credit | Google

  • BIJAK BERKOMUNIKASI

-Komunikasi bukan saja melalui percakapan atau kata-kata yang dikeluarkan tetapi dengan gerak geri mimik wajah serta 'body language' juga merupakan sebuah komunikasi. Melalui percakapan anda perlulah bijak ketika mengeluarkan kata-kata dan lebih berhati-hati kerana kadangkala niat anda hanyalah gurauan semata namun anda tidak sedar bahawa kata-kata yang dianggap gurauan tersebut telah pun menyinggung perasaan pasangan dalam diam. Sesetengah pasangan bijak menyembunyikan perasaan namun anda perlu memainkan peranan penting untuk menjaga hati pasangan anda dengan sebaik mungkin dan ringan-ringankanlah mulut anda untuk menyataan perkataan maaf kepada pasangan.

  • BERSIKAP TOLAK ANSUR

-Perkara yang paling penting dalam rumahtangga adalah saling bertolak-ansur dalam apa jua perkara. Dengan sikap ini secara tidak sengaja anda dan pasangan akan menjadi semakin rapat dan membuatkan pasangan anda berasa selesa untuk membuat apa sahaja ketika bersama dengan anda. Jangan terlalu membebankan pasangan untuk mengarahkan apa sahaja yang anda inginkan. Lakukannya bersama-sama dengan pasangan, ianya akan membuatkan rumahtangga anda menjadi lebih tenang.

  • SOKONGAN MORAL

-Apa sahaja yang menjadi kegemaran serta hobi pasangan seperti memancing atau bersukan dan sebagainya, anda perlulah sentiasa menyokong selagi ianya tidak membawa kepada kemudaratan serta tidak melanggar apa yang dilarang oleh Islam. Rajinkan diri anda untuk melakukannya bersama-sama pasangan sebagai tanda bahawa anda akan menyokong apa sahaja yang digemari pasangan. Lama-kelamaan perkara tersebut akan menjadi kenangan terindah dan sentiasa kekal dalam ingatan terutamanya pada kehidupan akan datang.

*Hargailah suami/isteri anda dan jagalah sebaiknya amanah yang telah Allah tetapkan kepada anda.

Disini Nina ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-25.

10 comments:

  1. Tips yang menarik. Semoga bermanfaatt kepada semuaaa.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah semoga dapat belajar sesuatu dalam entry ni :)

    ReplyDelete
  3. Jutaan terima kasih kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  4. As salam.
    Memang tips terbaik utk diamalkan. Bijak berkomunikasi antara tips terpenting.

    Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)