Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Thursday, 7 November 2013

Emosi Dan Blog

Assalammualaikum .. Nina bersetuju dengan pendapat rakan blogger comel Nina MUJA | THE LADY WORRIOR mengenai blog peribadi di dalam entri beliau .. Sekian lama Nina mendiamkan diri dari blog Nina sendiri .. Namun jauh di sudut hati , Nina teringin sangat nak update mengenai peribadi Nina yang sekian lama tersimpan dan terpendam dek kerana diri Nina telah terjun dalam dunia blogger .. Kalau dulu blog Nina tersangatlah freedom dan terasing sebab takde siapa yang kenal Nina jadi Nina selesa untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati ke blog Nina .. Jadi , sejak berkenalan dengan rakan blogger yang lain , Nina mengambil keputusan untuk mengubah cara Nina .. Maklumlah , ada segelintir orang yang tidak boleh menerima blog peribadi kerana blog yang sentiasa ada visitor ni di anggap umum ..


Jadi sekarang Nina dah tak kisah dah .. Nina setuju sangat dengan pandangan Muja pasal blog peribadi dan blog umum tu .. Haha .. Dah memang niat Nina create blog adalah untuk personal Nina sendiri dan satu-satunya tempat untuk Nina meluahkan apa yang Nina suka untuk dikongsi .. Apa yang diharapkan bukanlah publisiti tetapi kritikan , pandangan dan pendapat serta komen yang murni sahaja dari visitor yang sudi singgah di blog -blog personal .. Jangan sesekali membuat entri yang menjatuhkan blogger lain akibat personal entri yang dilakukan .. Tegur biar kena pada cara ..

" Kita semua juga manusia biasa hanya mampu untuk menegur dengan cara yang baik dan mampu diterima emosi "

4 comments:

  1. apa la sangat yang kita tulis sampai meluat sangat.. kalau tahu dah meluat.. buat ape baca.. aku tak paham betul laaa.. huhuu.. sabar jela nieyna orang yang suke buat entry mengutuk ni.. dye boring sangat la tuu.. huhhuu

    mujadafewa.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe .. pening kepala kalo spesis yang suka menjatuhkan org ni .. nak bersuka suka kat blog sndiri pun susah .. huhu

      Delete
  2. mesti keja cik anon tu kan..hurm, sabar je lah.. :)

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)