Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday, 29 November 2015

Selamat Tinggal KUIS





ASSALAMUALAIKUM

Dah kenapa nak say gudbai pulak?? Sebab seperti yang dijangka aku fail subjek yang memang aku da jangka la senang citer .. Hahaha .. Patut la agreement PTPTN 3 kali hantar 3 kali reject .. Tapi tu memang petanda baik la sebab andaikata PTPTN aku tu lulus, boleh pengsan aku kena bayar 7k cash kat PTPTN tau .. Dari mana aku tau? Sebab aku temankan sorang member ni .. Senasib dengan aku jugak bezanya PTPTN dia dah diluluskan sebelum final exam .. Yuran untuk sem 1 sememangnya PTPTN dah pun bayar kepada kuis sebanyak RM 5,585 .. Dan bila dia rasa course Law Syarie terlalu berat untuk dia sama la macam aku ni .. Dah nama pun kawan baik .. Memang kami 3 sekawan ada masalah yang sama .. Erghhh ~


Google

Kebaikkan KUIS?

Hokkay nak story pasal kebaikkan study di kuis memang aku salute spring tabik bermantul mantul lah sebab sistem pembelajaran kat situ memang terbaik .. Belajar kompom masuk otak punya .. Ini based on pengalaman aku selama 3 bulan bersamaan dengan 1 semester kat situ .. Tapi apesal kami boleh terbabas? Haa satu je penyebab nye .. Nak raih pointer 3.0 keatas terutamanya dekan sememangnya target idaman setiap student .. Tapi untuk course aku ni Bachelor in Syariah With Law (Honours) kemungkinan agak payah sebab korang kena pandai arab .. Dah ada basic arab sahaja memadai lah pointer korang 2.5 untuk 1st sem tu .. Dan kalau korang memang pandai arab tinggi 3.0 dalam tangan .. Subjek takde la payah mana .. Sonang joo tapi haku ni tak reti arab .. Pernah aku jawab midterm bahasa melayu .. Ustaz puji jawapan aku tapi? Takde markah sebab jawapan bahasa melayu untuk subjek berbahasa arab tidak boleh digunapakai dan diambil kira .. Arab tetap ARAB hokkay tiada kompromi .. Basic tak reti apetah lagi yang Tinggi .. Kelaut~

google

Keburukkan KUIS?

Selain daripada pengurusan mereka yang agak aku malas nak mencarut serta andaikata dijodohkan dengan naqibah haku tu (khas untuk perempuan) yang aku selalu memaki kat pesbuk aku tu ialah diri kau sendiri lah seandainya kau adalah seorang yang boros, taknak belajar, enjoy, ambil mudah, makan shawarma 8 kali sehari tak kenyang kenyang, lepak tasik berdua duaan serta berpakaian tak berapa nak labuh (istilah labuh di KUIS adalah kaki baju mencecah lutut) .. Tak payah nak nak menyalahkan orang lain yer~ Kau kena tahu kau dikelilingi oleh senior yang bijak pandai .. Takde yang bodoh kat situ semua student pulun study tambah ilmu dan cintakan ilmu belaka .. Jangan ikut perangai tak senonoh dan kalau korang sekuliyah dengan senior yang berasal dari asasi kuis tu korang akan tahu betapa hebatnya diorang belajar dan present kat depan kuliyah .. Ikut jejak dorang jangan bawak kepala sendiri hokkay .. Cara KUIS tak sama dengan kolej lain ..Nak jumpa Ustaz Don? Tak payah cari kompom jumpa .. Nak masuk astro? Tengok la banner astro merata rata disetiap tiang dan penjuru kuis tu sampai muak ..

Google

Sambung balik pasal member aku yang nak kena bayar 7k kat PTPTN tu, memang nak taknak kena bayar sekelepuk sampai terjelepuk bersimpuh atas lantai PTPTN dengan jumlah Ringgit Mesia7k takde ansuran dan tidak mengenali apa itu kompromi apetah lagi diskaun .. Diskaun kejadah nye bertambah 2k lagi ade ler nak ... Nasib la geng , aku mampu teman ko je .. Semoga tabah .. Di situ aku terasa ada hikmahnya aku punya PTPTN tak diluluskan tempoh hari .. Jadi aku perlu bayar kepada kuis RM 5,585 sahaja sebab 1k aku dah bayar semasa pendaftaran dan ingin dijelaskan disini 1k time pendaftaran tu adalah untuk hostel korang .. Macam aku dapat type B memang RM 1,020 lah .. Setiap bilik lain harga dan type A paling mahal tak hingat berapa .. Nak murah amek type D iaitu DORM .. Nak mandi payah la kenn dek kerana kamar mandinya diluar ya buk .. Itu sukar bagi cewek cewek kerana abang abang maintainence selalu naik turun .. Tapi jangan risau .. Sebelum dorang datang dorang tiup wisel / menjerit atau menyanyi (jarang berlaku) ..

Walau bagaimanapun, aku pada mulanya berfikir nak tukar course Broadcast atau HR tapi aku rasa sokongan yang aku perlukan tak mencukupi untuk menaikkan semangat aku yang tengah membara .. Erti kata lain aku mendapat kata kata pemusnah semangat lah senang cerita .. Ujian bagi aku kot yang terlalu mudah tersasar ke arah sifat peberet saitonnn dan konco konco nya iaitu PUTUS ASA atau GIVE UP ..

Jadi aku mengambil keputusan untuk teruskan bekerja tapi bukan di tempat yang sama lah .. Dimana ada rezeki aku grab je ..

Wish Me Luck you guys :)


Friday, 16 October 2015

Punca Menyepi Dalam Arena Blog

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog .. Tak dinafikan agak melambak jugak la entri tertunggak .. Amat kemelambakkan baq ang .. Bhaha bahasa ape tew .. Jangan kena banned lepas ni sudah la hikhik .. Maaf .. Mampu update kat ig fb je sebab lepas eksiden dah tak sentuh blog sampai sekarang rasa give up tu nipu kalau takde .. Macam nak tutup blog je .. Ig pun dapat 10k polower dah malas nak sentuh jugak sampai la skang baru nak mengade ngade nak main balik .. Impak? Negatif la opkos semua merundum .. Hahah .. Tak leh nak kata apa .. Plus template blog yang agak bosan la mata ni nak menatapnye .. Lagi lagi header .. Acah cute je aku disitu yer .. huh~

Tambahan pulak life as a student tak sekaya masa zaman kerja dulu .. Nak apa semua dapat saje .. Cukup bulan nak itu ini .. Nak kata menyesal sambung study tu jauh sekali lah .. Sebab study pun nak kejar cita cita kengkonon nak jadi lawyer syarie la kann .. Pape pun sok lusa nak jadi apa Allah je yang maha mengetahui takdir .. Insha Allah cuti sem berbekalkan tempoh sebulan ni Nina akan jelaskan entri yang tertunggak .. Banyak yang Nina tolak sebab Nina sedar diri takde kemampuan nak handle event .. Entri basi pun basi lah den nak hapdet jugak ..

Jangan terlalu serius dengan personal entri Nina ni .. Just luahan je .. Takde kena mengena dengan mana mana hati waima hati ayam sekali pun jika digoreng enak rasanya .. Eh lawak stupittt pulak .. Mahap ..

Nah lanje selpi satu .. Welkem bek for myself ..


Kalau pengelike tegar ig Nina mesti muntah nengok gamba ni je .. Nak post berapa kali daaa .. okbai muah cikedddd :* (takde modal gini la) Kadang2 sengal kadang2 siuman .. Terima diriku seadanya .. Ewahh ~


Sunday, 5 July 2015

Notebook 2 in 1 Acer Switch 10 E

ASSALAMUALAIKUM

Agak lama menyepi dari update blog, kali ni Nina nak review notebook pulak .. Eceh tak pernah pernah Nina update gadget ni tetiba nak update pulak .. Haha .. Mana yang larat Nina akan update dan review sebab Nina part time lifestyle blogger .. Jadi apa yang Nina nak tunjukkan kelebihan Acer Switch 10 E ni, ekcelli ada kisah disebaliknya ..

Memandangkan laptop kesayangan Nina dah nazak dan mengalami kerosakan pada hard disk jem terus sampai tak mampu nak say "Welcome" dah, pada mulanya Nina takde la desperate mana nak kan laptop time minggu kedua belajar .. Bila masuk minggu ketiga baru terasa desperate nya tu sebab Nina dan kengkawan kuliyyah dah start terima assignment dari lecturer .. Nina pun whatsapp la mak yang Nina perlukan laptop MURAH yang ada microsoft word dan powerpoint je .. Tak kisah la ape pun yang penting kecik dan mudah dibawa kemana Nina pergi .. 

Then? Mak approve la ape lagi .. Memang mak ayah dah tau benda ni satu kepentingan bila dah masuk Kolej atau Universiti .. Nina target acer aspire one yang kecik molek tu je .. Dan Nina nak windows 7, sebab Nina ni mana reti guna windows 8 .. Dah boleh cop buta IT atau old school la kot .. Haha .. 

Lepastu, mak kata nak beli dalam minggu yang sama masa Nina mintak laptop murah tu .. Lepas tu tau notebook apa mak beli? Haaa ini lah dia .. 









Memang betul betul buta windows la citer dia .. Makan masa jugak nak godek .. Seminggu Nina cari microsoft word, powerpoint dan bahasa arab dan baru jumpa 2 hari lepas .. Apa kelebihan laptop ni? Meh Nina kongsi kat korang ..

Acer Aspire Switch 10 E Specifications (base)
ManufacturerAcer
Model nameAspire Switch 10 E
CPU typeIntel Atom Z3735F
CPU speed1330 Mhz
GraphicsIntel HD Graphics
OSWindows 8 / 8.1
Display Size10.1" 1280 X 800
Screen Type LED-Backlit LCD
Touch TechnologyMulti-touch
RAM2048 MB
Flash64 GB
Battery capacity30 Wh
Weight (Minimum operating)630gm / 1.39 pounds
Size262/180/11.0 mm
Size10.3/7.1/0.4 inches
Physical Interfaces
Docking connector
HDMI (Micro)
Headset i/f (Mic+Line)
SD slot (Micro)
USB (Micro)
Wireless Interfaces
802.11 a/b/g/n
BT 4.0
No Wireless WAN (e.g. 3G cellular)
Additional Specs and Accessories (can vary)
AC Adaptor
Accelerometer
Camera 2.0MP
Capacitive Touchscreen
Compass (Digital)
GPS
Gyroscope
IPS / Wide-View Display
Microphone
WebCam 2.0Mp
Optional Specs and Accessories (can vary)
LED Flash
Multitouch Touchpad

Nota Jari : Memang sesuai sangat untuk pelajar dan semua golongan masyarakat .. Tentang harga pulak, RM 1,399 .. Not bad la .. Bytheway .. Thank you mak abah .. Muah manyakkk .. kehkehkeh .. Jakun kejap ..

Thursday, 11 June 2015

Buffet Ramadhan Di Restoran Istana Bambu

ASSALAMUALAIKUM


Bila story pasal buffet ni semua dah mindset makanan yang sekali bayar makan sampai puas dan kaut apa saja jenis makanan yang disediakan .. Kalau bukak puasa memang best bawak family makan buffet sebab boleh makan sampai kenyang tapi jangan sampai membazir tau .. Syaitonnirojim suka baziaq baziaq ni .. Ambik sekadar muat perut je rasa sikit satu satu pun kenyang jugak hahaha ..

Okay .. Nina nak story Nina dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari pergi ke sebuah restoran yang terletak di Lot 841-842, Jalan Ulu Klang, 68000 Ampang ni yang bernama RESTORAN ISTANA BAMBU .. Ini kali pertama Nina review makanan tau .. Mane tau lepas ni boleh upgrade jadi foodreview pulak .. Kehkeh ..

Apa yang specialnya tempat ni? Sama ke dengan restoran buffet yang lain? Haaa ni yang Nina nak gitau kat korang .. Pada tahun 2015 ni Restoran Istana Bambu membuat tema "Indahnya Ramadhan" dengan berkonsepkan perkampungan buluh di tepi sawah padi serta suasana kampung yang memberi keunikan dan identiti tersendiri walaupun terletak kat pinggir bandaraya gitteww ..

Restoran Istana Bambu ni boleh muat sampai 600 orang tetamu dalam satu masa dan menyediakan 70 jenis juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan .. Buffet ini start pada 19 Jun hingga 15 Julai 2015 ..

Harga pulak RM52.45 bagi dewasa dan RM26.75 bagi kanak kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun.. Kanak kanak yang berumur 4 tahun kebawah FREE !

Tentang senarai juadah pulak dorang akan sediakan masakan ala kampung tradisional, masakan cina, thai dan western.. Anak muda macam Nina ni acah acah nak makan western saje .. Kahkah .. Okay juadah istimewanya pulak kambing golek, ayam bakar sunda, patin tempoyak, asam pedas istimewa, masak lemak daging salai dan macam macam lagi lah .. Jenuh nak senaraikan .. Memang banyak pilihan ..

Tentang kemudahan pulak Restoran Istana Bambu menyediakan tempat parking lot yang luas serta surau bagi memudahkan untuk tetamu solat .. 

Tentang masa operasi pulak Restoran Istana Bambu akan bukak pada pukul 6 petang sampai 10 malam .. Kalau nak try Restoran Istana Bambu punya penangan korang kena tempah awal awal tau untuk reserved tempat atau datang je terus ke Restoran Istana Bambu ni ..

Okay last, bagi yang nak buat apa sahaja majlis dorang ada sediakan pakej harga yang berpatutan .. Dah nak puasa ni .. Jom tempah awal awal di :

Pengurus : 012-249 7142 (Aida)
Bahagian jualan : 018-374 9920
Bahagian pengurusan : 03-4251 4717
Email : info@istanabambu.com.my

Alamat :
Lot 841-842,
MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor.

Jom layan gambar pulak .. 



















Friday, 22 May 2015

Agrofarmstay Durian Tunggal Melaka

ASSALAMUALAIKUM


Tanggal 15hb May hingga 17 May lepas Nina bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari pergi ke Agrofarmstay Melaka untuk review .. Lokasi Agrofarmstay ni korang waze je kompom jumpa .. Dan kalau nak kira dari bandar melaka ke agrofarmstay ni hanya 7KM je bersamaan 15 minit .. Tempat ni memang sesuai betul kalau nak buat majlis perkahwinan dan yang paling bestnye tempat ni siap ada karaoke you ollsssss wey .. 

Tempat karaoke tu siap berbentuk kasut tau .. Haaa .. Dan paling best skali dorang memang dah sediakan 60,000 buah lagu untuk sedara sedari sekalian nyanyi, gelek dan enjoy .. Nina memang paling suka keluar masuk bilik tu .. Karok time orang bujang takdop .. Kalo pasangan yang dah kawen tu takde rasa segan sangat nak menyumbangkan suara yang memang tersedia sumbang seadanya .. kuikuikui ..

Bilik karaoke
Okay beralih pada kenduri kahwin atau apa apa majlis yang korang nak buat kat Agrofarmstay ni, ingin Nina mention bold dan italic kan, area swimming pool kat Agrofarmstay ni boleh muat sehingga 200 orang guest .. So korang tak perlu pening kepala kalau ter-invite guest reramai .. Pihak Agrofarmstay akan buat servis yang tiptop untuk anda dan itu sudah semestinya okay ..

Swimming Pool
Selain kawasan swimming pool, Agrofarmstay ni ada ala ala mini zoo tapi bukan zoo ea .. Ada kuda, kambing, itik, arnab dan haiwan yang lain .. Yang paling Nina terpikat tercuit sanubari bila staff melepaskan kambing dua ekor jantan betina berkeliaran kat kawasan Agrofarmstay tu, kambing kambing tu boleh pulak faham bahasa kita dan dengar kata .. Memang awkward moment jugak la tapi Ohsemmmm !! Nak je Ninak gomol kambing dua ekor tu .. Dahlah bersih cantik pulak tu warnanya .. Aduhai .. Suka tengok gelagat kekambing tu .. 

Dan selain tu, kawasan Agrofarmstay ni ada bilik dorm macam bilik student tu siap ada katil double decker dan single, ada villa dan villa ni khas untuk yang dah berkeluarga .. Jadi andaikata jemputan perkahwinan atau apa apa event tu guest ada masalah berkenaan tempat menginap, jangan risau sebab guest boleh menginap di Agrofarmstay ni .. Memang telah tersedia khas untuk anda ..


Seterusnya, kawasan agrofarmstay ni kalau bab tempat berselfie korang tak perlu risau sebab kawasan agrofarm ni lebih kepada kawasan penginapan yang berbentuk perkampungan .. Aman damai tenang dan harmoni .. Paling best kalau korang berselfie kat pokok buluh .. Memang ohsem dan natural kejadian tau .. Tak payah pegi china bergambar background pokok buluh .. hahaha ..

Selain mengadakan majlis perkahwinan, kawasan Agrofarmstay yang berkeluasan 30 ekar dan ni dah tersedia aktiviti untuk korang antaranya aktiviti kayak, berenang, memancing, ber-camping, explorace, treasure hunt, jungle trekking, lawatan ladang, sukaneka dan lain lain .. So kalau nak bawak rombongan sekolah pun kawasan ni memang terbaik untuk korang buat pelbagai aktiviti terutamanya pengakap kadet polis pandu puteri dan lain lain persatuan ..

Dan kalau pasal makanan, Ninak nak mention sekali lagi, kat sini tersedia catering untuk korang .. Acaner? Menarik kan .. Kalau nak tau lebih lanjut jom singgah ke :-

Email : pertanyaan@agrofarmstay.my

Sunday, 12 April 2015

12 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

ASSALAMUALAIKUM

Haa kalau mata dah tak boleh nak tahan sangat tu sampai tersengguk sengguk kan kan kan .. Apa kata kita excercise sikit .. Ikut langkah kat bawah ni ea .. 

AMARAN ! 18+ Keatas SAHAJA !

google

CARA 1



Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

CARA 2



Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

CARA 3



wa..wa..aaa

CARA 4



Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

CARA 5



tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

CARA 6



Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

CARA 7



Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

CARA 8



Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

CARA 9



Hilangkan semua tekanan…

CARA 10



pusingkan kepala…

CARA 11



tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

CARA 12



Akhir sekali lakukan joget kucing…

Nota Kuku } Buat jangan tak buat ! Kalau malu buat kat tempat tersorok .. CARA sangat~

Punca Dan Cara Mengatasi Jeragat Di Muka

ASSALAMUALAIKUM

Ramai jugak yang mengalami masalah jeragat .. Bukan mat salleh je ada masalah jeragat .. Kita orang mesia ni pun ramai yang ada masalah jeragat .. Jeragat ni lagi liat nak hilang jika dibandingkan dengan parut jerawat yang tetompok hitam tu .. Nak hilangkan jeragat ni memang tak dinafikan ramai yang sampai berputus asa dan mengabaikan .. Janji dapat sorok guna bedak yedok?

Sini Nina kongsi punca wujudnya jeragat dan cara untuk mengatasi masalah jeragat ni .. Jom scroll bawah ..

google

PUNCA JERAGAT


SINARAN MATAHARI

  • Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

PERUBAHAN HORMON

  • Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

KOSMETIK

  • Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

KETURUNAN

  • Akibat daripada genetik.

"Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya."

CARA MERAWAT JERAGAT


PENGELUPASAN KIMIA

  • Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Agak berkesan untuk jeragat tetapi anda harus melaksanakan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya lebih kurang 50 hingga 70% melasma akan kurang.

LASER

  • Cara ini adalah lebih berkesan kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh ke dalam Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
  • Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Sangat berkesan bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

KRIM DAN SUNBLOCK

  • Ini merupakan rawatan susulan kepada rawatan di atas. Ia tidak mencukupi dengan hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan jeragat di atas.

L-GLUTAHIONE

  • Anda juga boleh mencuba untuk menggunakan produk berasaskan homeopathy dan biochemic. Selain itu pengambilan Glutathione juga membantu menyingkirkan toksin di dalam hati dan badan akibat penggunaan ubat berasaskan kimia.

PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT


  • Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lim minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih
  • Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
  • Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
  • Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.
  • Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok seperti scrub dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
  • Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Nota Kuku } Selamat mencuba dan harap tips kat atas ni sedikit sebanyak boleh membantu korang menangani masalah jeragat kat muka .. GOODLUCK WEH !