Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday, 24 August 2014

KECANTIKKAN | 6 Tips Kulit Cantik

ASSALAMMUALAIKUM

Pasti ramai yang nak kulit cantik berseri-seri kan .. Yela sape taknak cantik .. Kecantikkan yang paling utama adalah tahap kesihatan kulit kita bukannnya paras rupa yang kita ada .. Kalau cantik tapi kulit kusam tak bermaya pun nampak tak cantik juga kan? Haaa jadi kalau nak cantik tak boleh la malas-malas jaga kulit muka kita .. Kena rajin dan sentiasa di manjakan .. Di sini Nina nak share serba sedikit tips untuk penjagaan kulit agar sentiasa sihat dan segar .. Jom scroll bawah :D
google

1. Makan Makanan Berkhasiat

  •  Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran. Pengambilan suplemen yang betul juga perlu untuk menambah keperluan nutrisi seharian contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang amat terkenal sebagai antioksidan dan juga vitamin untuk kulit cantik di mana untuk melawan radikal bebas.

2. Bersenam Dan Minum Air Putih / Air Masak

  • Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? Jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri. 

3. Cuci Muka Sebelum Tidur

  • Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan compact powder. Jangan pula anda tidur dengan makeup masih di muka dan gunakan krim malam ..

4. Tidur Yang Cukup

  • Tidur 8 jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai 'Panda Woman' disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata! 

5. Lindungi Kulit Daripada Matahari / Sinaran UV

  • Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. Berhenti Merokok

  • Haaa ! Kepada aweks-aweks yang merokok tu sila berhenti merokok .. Jangan kata kulit muka jadi tak cantik tetapi badan juga akan rosak akibat kandungan bahan kimia yang terdapat pada rokok yang korang sedut .. Bila badan sakit muka juga akan hilang seri serta hilang kecantikkan yang selama ini anda jaga dengan baik ..

NOTA JARI | Hmm .. Berkenaan dengan krim malam yang Nina nyatakan pada tips yang ke-3, Nina prefer korang guna Krim Herba Kemboja dan korang boleh dapat dapatkan krim ni kat >> SINI .. Hehehe sempat lagi tu >_<

-Sumber : Vita Sihat Cantik


2 comments:

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)