Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Thursday, 11 September 2014

Precious Giveaway

ASSALAMMUALAIKUM

Ini antara Give Away yang paling menguji ingatan untuk mengingatkan kembali perkara yang sangat suuwitt yang tak mampu dilupakan dalam hidup .. Btw, semoga berjaya dalam SPM buat Huda dan Zurnie Irmani selaku penganjur GiveAway ni .. Study Smart okay !! Jangan stress-stress (^_^)

Click Banner Untuk Join !!!!

Hadiah:

10 barang istimewa untuk 10 orang pemenang

Tarikh Tamat:

3hb Oktober 2014

PERKARA PALING BERHARGA DALAM HIDUP NINA NIEYNA

Antara perkara paling berharga dalam hidup Nina adalah boleh balik ke Sarawak 2 kali dalam 7 tahun Nina menetap kat semenanjung ni .. Seriously i really miss my dad, my siblings and my step mom :'( Hope next year boleh balik lagi insha Allah .. I miss Sarawak too .. Asal usul kelahiran ku :)

Wednesday, 10 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI: IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER !

ASSALAMMUALAIKUM


LATAR BELAKANG NINA NIEYNA

Hai saya Nina Nieyna .. Boleh panggil Nina, Nenak, Nena or pape jelah asalkan ada bunyik Nina tu jangan panggil Sa'adiah sudah ler .. Nina adalah blogger Sarawakian dan menetap di semenanjung almost 7 years .. Berumur 22 tahun (2014) dan anak tunggal yang the one and only bak kata omputeh .. 

KELEBIHAN BLOG NINA NIEYNA

Nina pun tak tahu apa kelebihan blog Nina ni tapi Nina lebih suka kongsikan sesuatu yang menarik dalam kehidupan seharian seperti tips, fakta, isu semasa, product review dan sebagainya sebab blog Nina adalah random .. Tidak lupa juga untuk hal yang personal serta antara penggemar join contest give away atau segmen bagi memberi support hasil anjuran kengkawan blogger yang lain ..

IMPIAN NINA NIEYNA DALAM DUNIA BLOG

  • Impian Nina dalam berblogging adalah untuk kongsikan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka yang sudi singgah dan baca blog Nina ni ..
  • Mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan para pembaca serta blogger-blogger lain.
  • Seandainya diberi peluang untuk lebih dikenali, Nina nak ikut jejak Abg Ben .. Sama-sama naik sama-sama seronok dan saling membantu Insha Allah.
  • Ingin sedut segala ilmu blog yang diajari serta diberi peluang manfaatkannya sebaik mungkin.
  • Teringin nak membalas jasa dan menaikkan mereka-mereka yang banyak bantu Nina dalam arena blogging dan fanpage.

IMPIAN | Fesyen Rambut Idaman

ASSALAMMUALAIKUM

Dalam hidup kita mesti ada impian kan .. Walaupun kita tak boleh capai impian tu, ianya tetap impian .. Nina pun ada impian jugak .. Nina teringin sangat-sangat nak buat fesyen rambut Emo HairStyle .. Sumpah lawa *bagi Nina la .. Dari Nina sekolah menengah lagi Nina memang minat gila emo hairstyle ni .. Penah bagitau mak, tapi mak tak bagi sebab ada colour rambut .. Sobs Sobs .. Sedih beb .. Tapi tu la .. Mampu tengok je .. Bila dah berhijab ni, sorry la memang tak kuasa i nak jaga rambut .. Yang penting muka cute pakai tudung pakwe-pakwe usha pun cair tengok *cair ke? kahkah .. Dah boleh cari calon suami Hahaha .. Gurau je .. Meh layan gamba pesen rambut yang Nina adore sangat tu ..

Google

Google
Siyesly pesen rambut ni sesuai teramat dengan jiwa Nina .. Cane jiwa Nina Nieyna ni?? Haa Nina penah update entri 21 FAKTA TENTANG NINA NIEYNA .. Im rock okay .. Muka je jambu air .. Jangan tertipu haha .. Nak tacing-tacing lebih fefeling serta perasaan yang mudah terusik dan terluka tu jangan kawan dengan aku sebab aku jenis tak kesah, susah tacing dan troller .. Tak caya tanya DIA ni .. Haha ..

Okay tu je la .. Hope nanti ada jodoh untuk berkahwin, mintak-mintak future husband bagi Nina buat pesen ni .. Lawa-lawa pun untuk dia jugak kan .. Ekekekekeke .. Eh jauh melalut .. Okbai :v


Sunday, 7 September 2014

Shawl Satin Dan Klip Comel

ASSALAMMUALAIKUM

Masa pergi Colmar aritu KAK UZU (EMAS PUTIH) ada bagi Nina satin shawl .. Nina tak sure reti pakai ke tak sebab ada satu satin shawl Nina, Nina tak pakai sampai sekarang sebab tak reti .. Licin .. So yang ni ada manik-manik memang lawa .. So Nina amek la .. Nanti try pakai dan malam ni Nina try pakai ..

Yang bestnye shawl Kak Uzu ni selesa dan senang bentuk tak macam shawl satin Nina yang Nina tak pakai tu .. Dan manik tu boleh centre kan yang mana nak kena belit so tak payah nak sukat sukat dah .. Haha .. Jom rabunkan mata layan gamba selpi Nina ni ..


Ceh acah-acah iklan syampu lak wakaka .. Shawl ni labuh, senang bentuk and i love it ! Thanks Kak Uzu (^_^)

Klip Comel Dari Zawiyah

Klip comel ni Nina menang GA ZAWIYAH .. Abang posmen tolong hantar kan siang tadi .. Haha memang comel ..


Nina tak tau mana atas mana bawah .. Huhu .. Maaf la kalau terbalik (T_T) Thanks Zawiyah :D


Saturday, 6 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

PANTUN | Kipas Kesayangan Hamba

ASSALAMMUALAIKUM

Bhahaha siang-siang buta ni Nina rasa macam nak berpantun pasal kipas kesayangan Nina ..  Jom Baca ..

Kipas kesayangan Hamba
Kipas kesayangan hamba nama diberi,
Ketika blackout kaulah yang aku cari;
Tiada apa yang boleh ganti,
Ketika ku panas kau menabur bakti.

Kipas kesayangan hamba milik Nina Nieyna,
Warna merah warna utama;
Ketika kipas letrik hilang fungsinya,
Kau lah harta pertama yang aku raba.

Kipas kesayangan hamba berpolka dot putih,
Satu kelemahan yang aku tak boleh;
Ketika mengipas aku mudah letih,
Inilah moment yang buat aku sememeh.

Kipas kesayangan hamba material nya kayu,
Di atasnya di hiasi dengan kain bling-bling;
Masa aku susah memang la aku iloveyou,
Masa aku senang terlipat kau aku baling.

Nota Jari | Jangan ganas-ganas pakai barang kang rosak masa perlu tercari-cari .. hee

Friday, 5 September 2014

21 Fakta tentang Nina Nieyna (INSTAGRAM)

ASSALAMMUALAIKUM

Haha kat instagram kemahen FATHIN cousin Nina ngan KAK UZU tag Nina 21 fakta tentang diri .. Wahh .. MalaS nak update kat insta sebab enset ni asek typo manjang last-last memang tak jadi lah citer dia kan .. So senang citer Nina update kat blog jela . Senang sikit nak pikir dan masalah typo pun kurang hahahahaa ..

Okayy ni la dia 21 fakta tentang Nina Nieyna :


  1. Kaki Jalan
  2. Laughing Machine
  3. Suka Aksesori 
  4. Selalu Kecewa Dalam Bercinta (skang heartless)
  5. Love Friends (jangan kacau please)
  6. Spesis Tak Kesah (gaduh skang baik skang with no heart feelings seriously)
  7. Open Minded
  8. Mudah Simpati
  9. Nakal
  10. Kaki Karok Weyy (depan orang bisu pulak -_- )
  11. Kuat Berangan
  12. Not A Food Lover (yang tengah diet tu boleh la kawan ngan aku hahaha)
  13. Sempoi / Chillex
  14. Cepat Tacing (kejap je)
  15. Gila Gadget
  16. Suka Mekap
  17. Kaki Selfie Of Course
  18. Benci Jerawat
  19. Benci Stress
  20. Animals Lover (kecuali labah-labah)
  21. Enjoy (travelling of course)
Lepas tu nak kena tag someone kan? Haaa .. Okay .. i tag you TYA SALMID, MAWAR BIRU, LENNY ZALINA .. Write it on INSTAGRAM :D