Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday, 5 April 2015

HIJABEY 2015 | IDCC MALL SEKSYEN 15 SHAH ALAM

ASSALAMUALAIKUM

Meriah baq ang IDCC Mall di Seksyen 15 Shah Alam sepanjang 3 hari berturut-turut .. Pelbagai jenis tudung yang ada dijual dengan harga umphhh memang tentu tentu korang akan rambang mata sama macam Nina .. Nina ni pun di kawal kawal nafsu shopping nye tapi tak terkawal bila ternampak aksesori tudung .. Allah .. Rambang mata teruih !!! Banyak kali berapa kali pusing satu dewan sambil sambil Nina snap beberapa gambar untuk korang tatap biar korang pun merasai bahang nya .. Hahaha kejam sungguh ayat den ..
























Bukan tudung je ada .. Makanan , Jubah , Make-up , Produk Kesihatan , Produk Kurus , Perfume Berjenama dan banyak lagi !

Harini last call untuk soping sakan di IDCC Mall Seksyen 15 Shah Alam bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 malam .. Dan LELONGAN dibuat pada HARI INI !!!!!

Ape lagi? WAZE dan SERBU CEPAT !!!

Saturday, 21 March 2015

Movie Review | Chappie

ASSALAMMUALAIKUM


Lambat noo nak review nye .. Maklumlaaa zaman kemalasan melanda .. Ini lah jadinye .. Taknak malas tak boleh kan nak buat ape pun liat nye Nauzubillah .. Okay for the first time Nina review movie .. Sebelum ni nengok wayang takde nak review pun .. Main tengok je pastu enjoy .. Hahahaha .. 

Okayyy komen jujur telus dari hati Nina pasal movie Chappie .. Chappie ni merupakan robot polis dimana robot ini lah yang menggantikan tugas polis kat muka bumi ni dalam membanteras jenayah yang berlaku sampai penjenayah nak buat kerja jahat pun takut dengan robot polis ni .. Design robot ni tak sehebat macam Transformers dan Real Steel tapi robot ni agak simple rekaannya .. Eh dah kenapa aku cerita pasal binaan robot kahkahkah .. 

Plot cerita, salah satu robot polis yang sepatutnya dihapuskan sebab dah tak boleh guna .. Robot ni kena tembak ngam ngam kat dada iaitu di tempat baterinya dimana bateri robot polis ni merupakan bateri yang takboleh di tukar atau dipindahkan .. Sekali dah rosak memang akan rosak terus dan terus dihapuskan .. Salah satu robotnya adalah Chappie .. Chappie ni merupakan robot yang sudah rosak yang menjadi bahan ujikaji terbaru oleh penciptanya dan merupakan satu satunya robot yang boleh berfikir seperti manusia malah lebih bijak dari manusia serta genius teramat sehingga mampu berfikir melebihi akal manusia .. Haaaa acano tu?????


Komen telus Nina, cerita ni memang sedih tapi ada sedikit kemengarutan .. Dekat situ dah boleh nampak yang orang barat ni memang amat takutkan kematian .. Kenapa Nina kata macam tu? Sebab dalam apa-apa movie sekali pun termasuklah Chappie ni orang barat ni akan lakukan pelbagai cara untuk terus 'Hidup' walaupun dalam keadaan yang tidak masuk akal sehingga memindahkan kesedaran manusia keatas robot yang lain dek kerana jasad manusia takboleh diselamatkan lagi .. Janji terus hidup .. 

Peningkan? So kalau nak solusi cerita korang pergi lah tengok sendiri .. Jangan mencarut dalam panggung sudah lah ye .. Kang tak masal hujan popcorn dalam panggung .. Hahahaa .. Rate Nina untuk movie ni adalah 3.5 bintang ..

Apepun terima kasih kepada abang Ben Ashaari sudi lanje untuk pertama kalinya dan Izzudin yang sudi jadi driver saya sejak pertama kali jumpa bhahahaha .. Tenkiyuu sangat *lap airmata

Jom Terjah Sini >>> KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Friday, 20 March 2015

Pendedahan Sebenar Punca Enot Semakin Kurus !

ASSALAMMUALAIKUM


WOW, ENOT BERJAYA TURUN 28 KG DLM 35 Hari je.......

Really amazing.......
Macam X percaya kan, hanya sapu2 je pon blh kurus..
Enot sendiri dah beri bukti Produk 6 Inch Body Serum Xtra Power ni memang Powerfull....

Kasi ayat gempak sikettt .. Haaa .. Ramai kata enot kurus sebab sakit .. Bukan sakit la deyyy .. Dia pakai ubat kurus .. Enot sihat walafiat tau .. Haaa daripada Enot yang seberat 125kg sekarang dah turun 97kg dalam masa 35 hari je weyy ... Itu diaaaa !!!!! Produk ape la yang enot guna ni sampai turun mendadak sebulan lebih .. Sebulan lebih je k .. Meh Nina reveal produk yang Enot guna .. Ramai artis guna dah tau .. Haa .. Tak baik la kalo kurus sensorang sebab tu Enot nak share kat kita semua apa rahsia mujarab enot kurus dalam jangka masa yang singkat yang ternyata BUKAN SEBAB PENYAKIT seperti yang di announce kan ..

Disini disertakan bukti enot sendiri tau yang cakap ni haaaaa ... Meh play je video ni ..


Haaaaa inilah yang Enot dok guna tuuu BODY SERUM XTRA POWER !! Jom layan testimoni kejap ..




Haaaaa .. Ini lah serum kurus yang Enot guna .. Bagi yang payah bebeno nak telan ubat tak istiqomah nak minum collagen tu jangan risau sebab serum ni takpayah susah susah pun nak guna .. Tinggal sapu je .. WHATT??? SAPU JE? Yela sayang sapu je .. Kalo telan kang jadi ape pulak haaa payah lagi Nina kena melawat kat wad mintak maaf sebab baca kat blog Nina, Nina kata ubat ni ubat telan .. hahaha .. Takde la gurau je .. 

Antara kelebihan Body Serum Xtra Power ini ialah:-

✿ Stem Cell Formula
✿ Produk 100% Bebas bahan kimia
✿ Produk 100% Bebas Paraben
✿ 100% Terjamin keberkesanannya menurunkan 6 Inch dalam tempoh 48jam
✿ Menghilangkan parut & selulit lama
✿ 100% Membakar lemak, membentuk struktur badan, mengekalkan kecantikan badan

Masa korang sapu tu serum ni takkan mendatangkan masalah kat korang sebab serum ni tak panas, tak melepuh dan tak berbau kuat macam serum panas yang lain .. Dalam erti kata lain korang boleh pakai anytime anywhere tanpa teragak agak dan terganggu dari segi emosi .. Memang senang la takdenye nak pakai time kat umah je kan .. Pakai anytime korang nak ..

Selain tu Enot pun macam korang jugak tau mempersoalkan keberkesanan serum ni .. Nak tau enot kata apa?

Enot kata, "SAPU JER BOLEH KURUS KE ?? Inilah soalan pertama enot sebelum guna & yakin utk menggunakan 6 Inch Body Serum Xtra Power ni..... Tetapi setelah menggunakannya selama 35 hari, Alhamdulillah sgt2 teruja & bersyukur xsangka Produk 6 Inch Body Serum Xtra POwer betul2 miracle & powerfull gilee... Kak enot dah berjaya turun hampir 28 kg hanya dalam 35 hari shj.. 5 STAR kak enot bg kt produk ni..."

Meh Nina share lagi testimoni pengguna lain ..



Haaa ini yang Nina nak bagitau ..Ramai dah tau artis lain guna dan salah sorangnya Diva AA (Azwan Ali) yang memang kebaboom ni .. So pasti korang tertanya tanya mana laaa nak dapat serum ni .. Dari tadi baca tak jejumpa detail pasal serum .. Macam biasa la Nina akan bagitau di penghujung entri ..

Enot bukanlah sakit seperti yang diwar warkan .. Takdenye Enot sakit .. Makin sihat tau .. Haaaa .. Jangan salah anggap .. 

Dan lagi satu .. Meh terjah follow instagram Enot di https://instagram.com/enot_78 kalau nak lebih banyak testimoni dari enot sendiri  dan bukti bahawa Enot semakin kurus bukannya sebab enot sakit .. Haaa .. Ini betul betul tauu tak tipu .. 

Serum ini boleh didapati di:-

Facebook

Whatsapp
0169778323


Monday, 2 March 2015

Forum Aduan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

ASSALAMMUALAIKUM
Pastinya dalam kehidupan kita, ada sahaja servis yang tidak memuaskan hati kita sebagai seorang pengguna bukan? Telah berkali-kali kita melakukan aduan terhadap servis yang tidak memuaskan namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jadi apakah jalan penyelesaiannya?

APA ITU CFM?

CFM adalah Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang merupakan sebuah organisasi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia .

Antara peranannya ialah:

- Menyediakan saluran tambahan untuk aduan susulan, mengendali pertikaian dan rungutan yang tidak dapat diselesaikan oleh pembekal perkhidmatan.

-Memberikan cadangan (bergantung pada situasi).

-Menggalakkan pengguna untuk mengamalkan kawal selia kendiri (pemantuan).

- Menjalankan kempen kesedaran mengenai hak-hak pengguna.

- Membangunkan kod-kod pengguna untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap mutu yang memuaskan.

Fungsi utama CFM

Penggubalan Kod
  • Untuk merangka, membangun, menyediakan, meminda, mengubahsuai, mengkaji semula dan mengemaskini Kod.

Undang-undang
  • Untuk menasihati Majlis mengenai keperluan undang-undang dan pertimbangan

Keahlian
  • Untuk mendapatkan dan mengemaskini keahlian CFM

Pendidikan dan Promosi
  • Untuk memaparkan objektif dan menyiarkan aktiviti CFM dan menyediakan saluran untuk penyebaran maklumat dan pengetahuan am tentang hak pengguna

Pengendalian Aduan
  • Untuk menyediakan saluran membuat aduan berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan pengguna. Untuk memberikan panduan bagi mengendalikan aduan dan rungutan dan untuk mencadangkan penyelesaian bagi aduan yang dibuat

Pematuhan dan Pemantauan
  • Untuk meningkatkan kefahaman Kod Pengguna Umum (GCC) di kalangan pembekal perkhidmatan, untuk menggalakkan penggunaan GCC dalam prosedur, pembekal perkhidmatan dan amalan dasar, untuk memastikan tahap pematuhan dengan GCC dan untuk menyediakan industry bagi pengawalan kendiri.

Antara aduan yang boleh dilaporkan kepada CFM:


Aduan yang tidak pernah selesai atau tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib termasuklah rangkaian komunikasi seperti:-

1. Pertikaian bil dan caj, caj yang tidak dilanggan/digunakan, caj yang tidak betul.

Contoh

2. Kualiti liputan tidak memuaskan seperti kelajuan internet yang perlahan, panggilan terputus, tiada liputan atau liputan tidak memuaskan.

Contoh

3. Lain-lain seperti SMS, promosi/iklan yang mengelirukan, data peribadi digunakan untuk melanggan atau mendaftar perkhidmatan.


Antara cara-cara bagaimana CFM akan membantu

Selalunya pemberi perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab jika kerosakan yang berlaku di luar kontrak dan pastinya akan membuatkan anda merasa rugi dan tidak puas hati kerana anda telah melanggan rangkaian mereka. Dalam kes ini, anda boleh terus membuat aduan kepada CFM.

Sebagai pengguna, anda boleh mendapat manfaat berikut apabila mendapatkan penyelesaian menerusi CFM:

  • Hak anda sebagai pengguna dilindungi di bawah undang-undang.
  • Menjimatkan kos guaman yang mahal yang sepatutnya dibayar sekiranya anda memilih untuk menyelesaikan aduan anda menerusi sistem mahkamah.
  • Menjimatkan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan aduan anda berbanding sistem mahkamah yang memakan masa.
  • Menyediakan cara yang mudah untuk anda menguruskan aduan anda dalam talian.
  • Anda boleh memasuki portal aduan dalam talian kami dan menyemak status aduan anda pada bila-bila masa sepanjang hari dengan sambungan internet.
  • Menunjukkan kepada anda saluran maklumat dan bantuan yang betul dan sewajarnya sebagai usaha untuk membantu anda menjadi pengguna yang termaklum.

Jelas sekali bahawa CFM akan menyelesaikan permasalahan kita sebagai pengguna dan kewujudan CFM adalah suatu yang amat diperlukan oleh masyarakat kini. 

Untuk membuat aduan, boleh terus layari ke laman sesawang http://www.complaint.cfm.org.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CFM dan boleh terus ke laman facebook CFM www.fb.com/consumer.forum.malaysia untuk melihat lebih lanjut aktiviti yang dijalankan.

Consumer Hotline : 1-800-18-2222
Nak Iphone 6? Ipad Mini atau Ipad Mini 3? Jom sertai contest “Name the CFM Mascot & Win”. Contest ini bermula 2 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015. Senang sahaja nak menang. Hanya perlu beri nama yang unik dengan cara yang kreatif! Tak kisah la dalam bentuk pantun ke, seloka ke, gambar ke. Janji unik dan kreatif! Hantarkan penyertaan anda di >> SINI <<

Wednesday, 25 February 2015

Stress !!!

ASSALAMMUALAIKUM

Merapu ape ni Nina ui pepagi dah stress ni .. Orang baca blog ang pun stress tau dak? Ekcelli dah stress dari semalam lagi .. Kengkonon nak format fon .. Bekap duluu sebelum format .. Dengan penuh yakin den g format lepas bekap ..

Mental aku oi !
After format tu tau ape jadi? Bukan kata empon jadi baru dan ringan .. Dengan benda yang dibekap pun ilang sekali dia sapu habis licin baq ang .. Seb bek kontek aku bekap kat simkad gambar kenangan manis tak terhingga aku save kat pendrive 2 in 1 aku tu .. Terbaik sayam ! Nak mummy gantikan awak dengan Oppo N3 pulak ke? Grrr !! Dahlah internet takde .. Argh !

Monday, 16 February 2015

GIANT BUBBLE PUTRAJAYA

ASSALAMMUALAIKUM



Selama ni dok tengok je orang main .. Seronok bahagia kemahen je tengok dorang .. Kali ni Nina ngan family try la main Giant Bubble Putrajaya ni .. Pestime tau main benda alah ni .. Hahahaha .. 

Masa mula mula dok celup tu .. em em .. Bahagia sungguh perasaan nya .. Dari mana perasaan tersebut muncul pun tak tau la .. Padahal buih je pon (-_-) Nina pilih yang stick (s) RM2.00 .. Dan satu senduk air sabun tu berharga RM2.00 je .. So total kakak bayar RM4.00 .. Nak topup pun kekal RM2 sesenduk .. Haaa .. Sekali korang main memang tak puas .. Lagi lagi kalau ada angin bertiup memang gelojoh celup celup angkat lelaju gegelung tu .. Bila nampak buih tu besar gile panjang macam ulat gonggok size gergasi perasaan bahagia nya tu memang tak mampu di gambarkan ..

Kemahen mak main ..

Nak tambah bersenduk senduk just tambah rm1.00 je ..

Yang ni harga sewa stick or gegelung bubble .. Nina amek yang RM2.00 tu ..

Inilah dia stick bubble yang pelbagai pattern tu ..

Yang ni selalunya kanak kanak yang baru pandai berjalan main.. Kemahen melompat lompat suka .. Seronok tengok dorang main haha .. Ini lah round stick (s) ..

Yang ni sabun khas untuk bubble ..

Ni laa akak yang jual bubble tu .. Sekali akak ni main terus Nina kejar semata nak snap gamba .. Semua orang syok je tengok dia main .. Gaya akak ni main memang menarik perhatian semua orang yang ada kat situ .. Terbaik akak !

So sesape yang dok Muar tu mai serang Dataran Tanjung Emas Muar reramai main bubble giant kat situ .. Selalunya Nina tengok mak ayah budak kengkonon nak bagi anak anak main last last mak ayah pulak yang syok main bubble tu .. Hahaha bertabah lah nakk ..

FACEBOOK :
https://www.facebook.com/gbpmuar

 Jom Terjah Sini >>> KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Wednesday, 11 February 2015

KUIS | Tawaran Sambung Belajar

ASSALAMMUALAIKUM

Dupdapdupdap je tunggu keputusan permohonan dari KUIS ni .. Haishh .. Takut jugak kalau tak diluluskan .. Sebab target memang nak tahun ni jugak tak kira .. Usha punya usha Nina pilih KUIS .. Sebab apa? Senang kalau pape hal , environment yang sesuai dengan jiwa raga , cepat dapat keputusan dan ada course yang Nina nak ..


So tak sampai seminggu pun nak tunggu .. Nina check hari-hari website KUIS dan semalam Alhamdulillah rezeki Nina dapat tawaran untuk study kat situ dan apa yang penting Nina dapat course idaman Nina hahaha .. Tempat yang strategik dekat dengan kakak di UKM dan dekat dengan family #KelabBloggerBenAshaari lelep muah manyak kasih sayang Nina .. Hahaha naik jemu la dorang nanti asek asek muka Nina je yang muncul .. Krikrikrik .. Lagipun kawan satu kelas masa Dip dulu pun ada jugak kat situ .. Termasuklah rakan facebook .. Wah ramai bebenor senior .. Haha .. Takde laa rasa keseorangan nanti terkial kial kat tempat baru kan .. Siyes tak sabar nak bulan 6 cecepat !!! Urghh !!!

Andai masa mampu dipercepatkan .. Em em ..

 Jom Terjah Sini >>> KELAB BLOGGER BEN ASHAARI