Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Friday, 10 January 2014

WOW ! Alza 2014 Baharu yang Murah !

Assalammualaikum ..

Google

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga paling kompetitif di pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000.

“Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan.

“Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga varian berbeza), sekali gus menyahut seruan kerajaan supaya syarikat automotif melakukan pengurangan harga kenderaan secara berperingkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Perodua Alza Generasi Baharu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Perodua menyasarkan 4,300 unit Alza baharu itu dijual setiap bulan tahun ini, berbanding 3,800 unit setiap bulan bagi model sebelum ini pada 2013.

"Kami sasarkan peningkatan sumbangan jualan Alza kepada 26 peratus daripada jualan keseluruhan Perodua tahun ini, berbanding 23 peratus tahun lalu,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada November 2009 sehingga Disember 2013, sebanyak 169,000 unit Alza berjaya dijual.

Menurut Aminar, jumlah keseluruhan MPV yang dijual daripada 2010 sehingga 2013 di Malaysia adalah 396,000 unit, menjadikan Alza MPV paling banyak dijual sepanjang tempoh itu.

Perodua Alza generasi baharu ditambah baik melalui ciri-ciri keselamatan lebih baik, rekaan dalaman lebih versatil dan penjimatan penggunaan minyak.

Ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu standard dan edisi Khas dengan transmisi automatik dan manual, serta Versi Advanced transmisi automatik serendah RM52,400 sehingga RM64,000 seunit.



Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

ALERT | Bahaya Dan Bahana Santau !

Assalammualaikum | Kali ni Nina nak share mengenai SANTAU .. Walaupun benda ni jarang berlaku tapi kita kena alert mengenai hal macam ni sebab kita tak tahu jika ada seseorang yang menaruh dendam dan dengki terhadap kita dalam diam lantas tanpa kita duga terjadinya perkara sebegini .. Nauzubillah .. Moga di jauhkan lah .. Jom Nina kenalkan apa itu SANTAU ..

Gambar Hiasan

APAKAH SANTAU ??


Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaiton. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan; di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dan/atau sebagainya; dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.

PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; atas kehendak amalan sihir berkenaan.

JENIS-JENIS SANTAU


Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT SANTAU


1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU


Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).


Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):

1) Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2) Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3) Demam dan/atau selsema.
4) Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5) Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6) Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7) Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8) Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9) Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.


Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:

1) Batuk berdarah.
2) Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3) Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4) Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5) Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6) Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7) Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8) Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

MERAWAT PENYAKIT SANTAU


1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syariyyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).

3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.


WOW ! Extreme Chocolate Kini Ke Pasaran Antarabangsa

Assalammualaikum ..



LANGKAWI - Selepas lebih 13 tahun produk coklat jenama Extreme Chocolate, yang diusahakan oleh rakyat Malaysia, dipasarkan di luar negara, jenama tersebut kini mula diperkenalkan di pasaran Malaysia.

Produk Extreme Chocolate, yang dihasilkan di kilang di Balakong, Selangor, telah lama memasuki pasaran di Los Angeles (Amerika Syarikat), Jeddah (Arab Saudi), Dubai (Emiriyah Arab Bersatu) dan Tokyo (Jepun) selain turut dipasarkan di Hong Kong dan India.

Pengarah Urusan Extreme Success Group Sdn Bhd Othman Mohd Said berkata syarikat merasakan sudah tiba masanya produk Extreme Chocolate dipasarkan di negara sendiri bagi memperkenalkan jenama tempatan itu.

Beliau berkata syarikatnya bermula pada 1999, dan mula memasuki pasaran Hong Kong pada 2000, sebelum ke pasaran Los Angeles setahun kemudian.

Semasa menjelaskan kenapa beliau memilih untuk memasuki pasaran luar terlebih dahulu, Othman berkata ia berlaku secara tidak sengaja kerana sebaik beroperasi, syarikat mendapat permintaan daripada pelanggan di luar negara.

"Ada kawan yang memperkenalkan pembeli di Hong Kong. Kemudian pasaran menjadi semakin besar. Jadi kami putuskan kami keluar (pasaran luar) dulu, baru masuk negara sendiri," katanya.
Beliau berkata syarikat mempunyai outlet sendiri di beberapa negara dan ada juga yang dijual kepada pengusaha kedai coklat.

"Bagi kami, dengan memasuki pasaran luar dan kemudian baru pasaran Malaysia, membuktikan kualiti produk kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Outlet Extreme Chocolate di Oriental Village di sini.



Outlet itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pada 19 Disember lepas.

Beliau berkata syarikat memilih Langkawi, yang sinonim dengan produk coklat, sebagai lokasi pertama untuk diwujudkan outlet Extreme Chocolate dan berharap ia akan menjadi permulaan yang baik untuk jenama itu.

"Ketika ini kami hanya ada outlet di Langkawi. Ini adalah yang pertama di Malaysia dan harap dapat dikembangkan ke tempat lain. Selain itu produk kami juga dijual di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," katanya.

Othman berkata syarikat masih mengekalkan kebanyakan 180 jenis produk yang dihasilkan untuk pasaran eksport kerana pasarannya yang besar dan berharap untuk mengembangkan lagi ke negara lain.

"Dalam masa setahun dua ini kami merancang untuk ke Australia dan kemudian ke Eropah. Tiap-tiap negara berbeza cita rasanya, jadi penghasilannya coklat untuk sesuatu pasaran itu berbeza," katanya.

Beliau berkata produk syarikat dibuat oleh orang Islam dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, yang membolehkannya memasuki pasaran negara-negara Islam.

"Kami mempunyai peralatan sendiri yang mampu memenuhi permintaan. Kami ada mesin (di Balakong) yang mampu menghasilkan empat tan coklat dalam masa dua jam. Semua coklat kami bancuh, hasilkan sendiri," katanya. - Bernama


Nota Jari | Sedapnyee cokelat .. 

Thursday, 9 January 2014

Hadiah Pertama Give Away

Assalammualaikum ..

Bukan main suka lagi bila dapat hadiah GA yang buat pertama kalinya .. Maklumlah baru aktif blogging kan .. Selama ni part-time je lagipun memang blog Nina menyorok dan malu untuk mendedahkan diri di khalayak ramai .. Segan katanya .. 

Nina mula tertarik dengan GA ni sebab senang je nak join .. Senang-senang pun persaingan sengit tahuu .. Itu la yang perlu kita hadapi .. Blogger perempuan lebih menggemari GA macam Nina lah jugak lagi-lagi kalau hadiah yang berkaitan dengan produk kecantikan, gadget, buku, shawl atau apa-apa yang berkaitan dengan para gadis .. Gadget tu blogger lelaki pun suka sape tak nak gadget kan ? Haha .. Okay ni lah hadiah pertama yang Nina dapat ..


Sebuah buku nota (NoteBook) .. Nina pun konpius jugak mula-mula Notebook ngn Netbook tu sama ke tak sama .. Yela dah seharian bekerja otak pun dah terputus wayar .. Berharga tahu hadiah ni sebab ni hadiah GA pertama Nina .. Thanks WanrusWaniee dan Aisyah (^_^) ..

Nota Jari | Dok gelakkan diri sendiri sebab sengal mereng .. Maklumlah Nina ni jenis semangat je manjang .. Semua benda nak bersorak .. Haha~

KISAH SEDIH | Pengorbanan Seorang Ibu

Assalammualaikum ..

Google | Gambar Hiasan 
Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanyam khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya… “Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa… Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah S.A.W : "Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!"


Nota Jari | Hargailah ibu sementara mereka masih ada .. Amat besar pengorbanan mereka terhadap kita ..


Kenali MADDI JANE

Assalammualaikum | Bagi yang tak kenal Maddi Jane mesti pening kan dok terpikir-pikir sape laa Maddi Jane ni .. Maddi Jane adalah salah seorang artis youtube yang berbakat besar bagi Nina sebab Nina memang minat gila kat Maddi Jane ni dari dia kecik sampai lah sekarang dia stay menyanyi di youtube dan membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya .. Nina start kenal Maddi Jane ni masa lagu Price Tag tengah popular meletop-letop yang dinyanyikan oleh Jessie J dan masa Nina dok search lagu Price Tag tetiba Nina ternampak nama Maddi terpampang cover lagu tu .. So Nina pun click lah sebab Nina ni sebelum nak play Nina tengok komen dah likes dulu .. Memandangkan Maddi dapat pujian je manjang so Nina pun play lah .. Tak dinafikan suara Maddi ni memang mantopp .. Tak percaya ?? Jom dengar ..


Haa yang ni suara asli lagi original .. Malatop .. 


Best kan suara dia ? Haha .. Lagi best dari Justin Bieber tu (eceh padahal dulu minat jugak kahkah) .. Dan Maddi juga telahpun mempunyai lagu tersendiri yang bertajuk Barricade , Love Somebody dan Beautiful .. Cover terbaru Maddi adalah Dark Horse nyanyian asal Katty Perry .. Namun Nina lebih suka Maddi yang nyanyi sebab suara Maddi lagi best dari Katty Perry .. Sorry para fans Katty Perry, ini adalah pendapat peribadi Nina .. Maddi nyanyi lagi sempoi dan relax .. Jom dengarkan ..



Nota Jari | Tengah buat kerja dok layan je lagu ni non-stop .. Siap buat entri lagi .. Nampak sangat fanatik dengan Maddi Jane .. HAHA ~