Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday, 25 January 2015

Lawatan Ke Farm In The City, Sri Kembangan

ASSALAMMUALAIKUM



Lawatan Ke Farm In The City, Sri Kembangan | Lepas Nina pegi Legoland Nina pegi Farm In The City pulak untuk review .. Haaa .. Bagi korang yang sukakan haiwan yang boleh disentuh dibelai di gomol gomol tonyoh tonyoh kat muka tu, Nina sarankan inilah tempat yang paling sesuai .. Takde haiwan buas pun kat sini .. Memang best Nina sendiri pun sampai rasa macam nak round lagi sekali tapi memandangkan masa dan perut tak mengizinkan so Nina dan kawan kawan pegi ulang kat tempat burung je .. 

Untuk pengetahuan korang keluasan tempat ini adalah 7 ekar berdasarkan apa yang diterangkan oleh staff kat situ .. Dan haiwan kat dalam tu semua jinak jinak belaka .. Sesuai sangat kalau korang nak bawak family lagi lagi yang ada anak kecik .. Boleh bagi haiwan tu semua makan dan korang tak perlu risau tentang makanan haiwan tu sebab dorang memang sediakan makanan free dan anda tak perlu bayar just mintak je dekat staff kat situ dan hulur bagi je haiwan kat dalam tu makan .. 

Bagi Nina, Nina paling suka bagi burung dan itik makan .. Terutamanya itik la senang cerita .. Mula-mula takut jugak bukan takut ape .. Takut tangan luka terkena paruh dorang .. So Nina kasi kawan try dulu tengok dia okay dan tak cedera baru Nina berani hulur tangan bagi burung makan .. Burung kekecik tu Nina berani la tapi tiap kali Nina nak pancing burung atau itik, merak pulak yang datang haaa tang tu Nina tak berani sebab paruh dia tajam .. Kesian pulak rasa tak bagi bukan pilih kasih tapi takut luka haahahaa ..

Okay banyak bebel dah ni jom layan gamba yang Nina sempat snap kat Farm In The City ni .. Dan untuk detail lebih lanjut jom scroll sampai habis dulu ..

Kura kura ni sangat besar .. Nina tak ingat umo dia berapa yang Nina tau dia lagi tua dari Nina .. Nak angkat pun staff tu kata kena angkat sampai 2 orang skali .. Menunjukkan betapa besar dan beratnya pakcik sekor ni .. haha ..

Ini Nina tertonggeng tonggeng nak capai kekura ni kat dalam kandang dia kat sebelah tu ha .. Dalam sangat ..  Maklumlaa Nina ni pendek nak capai tak berapa nak sampai ni pun nasib baik tak terjatuh dapat jugak amek bawak keluar .. Pandai pulak kekura ni selpi cam tetau je hahaha ..

Haa yang menariknya kekura sekor ni, lidah dia macam cacing so itu adalah cara dia mengumpan ikan ikan yang serang lidah dia sebab ikan akan ingat lidah kekura tu cacing tapi ikan tu tertipu .. Last last kena makan balik dengan kekura buaya ni .. Dan kalau korang hulur jari korang staff tu kata boleh putus jari korang .. Haaa jangan bagi anak anak hulur tangan kat atas akuarium tu okay ..

Time Nina lalu Nina snap gamba yang depan skali tu dia dongak kepalanya .. Cam tetau je orang nak amek gamba .. ekekeke .. Dah macam perbarisan dah ..


Okay ular kat atas ni sebenarnya tengah menyalin kulit .. Nina perasan kat ular tu kulitnya tertanggal tapi tak semua .. Orang pun ular ni mampu telan sebab ular ni besar gila ..



Kuda tu Nina tak tau nama tapi ada sorang hamba Allah tu dia g panggil "Ahmad" .. Yang miraclenya kuda ni toleh dan terus datang kat kitorang .. Tak masal bebudak pun panggil kuda ni "Ahmad" jugak wakakaa .. Dan kuda ni sudi selpi ngan pompuan je .. Frust terus hamba Allah yang sorang tu ha .. hahahaa

Part ni Nina paling suka sebab time bagi itik tu makan geli gila vibrate kaw kaw tangan .. Hahaha .. Sampai rasa macam taknak balik .. Makanan tu sume boleh mintak kat penjaga kat situ ..


Kambing ni mesra je sebenarnya tapi Nina yang takut nak pepegang sebab kambing ni kejap elak kejap tak .. 

Hai kawan kawan ..

Yang ni tak tau la mesra ke tak sebab tak terasa pun nak pegang haha 

Okay rabbit ni comel .. Tempat rabbit dan guinea pig ni semua jinak jinak .. Korang bleh gomol pepuas .. Fluffy gilaa !


Kijang ni dia makan makan pastu lari Haha memang tak boleh nak sesentuh ape lagi nak peluk ..

Landak ni besar overdose .. Time nak hulur fon snap gamba ni pun takut takut .. Takut dia g attact ngan duri dia tu ha .. Panjang gila .. Dah boleh banding size landak dengan ayam dewasa  kat situ .. Sangat besar landak ni .. Teringat zaman kekecik dulu bulu landak macam ni la buat ngaji .. haha

Monyet ni sangat kecik .. Sangat sangat kecik boleh kata besar tapak tangan je tapi sangat agresif .. Do Not Touch ! Kalau taknak tangan kena gigit .. Bagi makan takpe dia baik sangat ..

Iguana ..

Anak ayam ni omeyy .. Time letak kat tangan pun boleh lagi tido haha .. Ni antara yang boleh di gomol gomol ..


Time Nina datang, takde ular pun yang ada cicak yang macam ular ni ha .. Cicak ni sangat jinak tak perlu takut .. Suka pegang cicak ni tapi tula kuku dia tajam .. Takde sampai mencederakan laa ..

Burung kakak tua yang hanya pandai menyebut "Hello" tapi rasanya dah 100x kot Nina jerit Hello Hello dia asek sebut "Arkkk Arkkk" je .. Frustnye lahai ..

Ni pun salah satu peberet .. Bagi burung kekecik ni makan .. Bulunya mak ai fluffy gila .. Kuku tajam tapi tak menyakitkan langsung ..

Ini adalah kedai souvenir di sini .. Korang boleh beli macam macam souvenir dan harga pun berpatutan .. 


Jom balikk !!
Dibuka Pada : 
Isnin - Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu & Ahad / Cuti Umum : 9.00 pagi - 6.00 petang
Harga Tiket :
Dewasa : RM30.00 (Mykad)
Kanak-Kanak : RM25.00
 
Alamat :
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan
.
Website :
http://www.fitc.com.my/

Jom Terjah Sini >>> KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

3 comments:

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)