Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Wednesday, 2 April 2014

Riwayat Hidup Rabi'atul Adawiyah

ASSALAMMUALAIKUM

Rabiatul Adawiyah adalah seorang ahli ibadah / abid yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Google

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Google

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah ahli ibadah / abid. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.



Tuesday, 25 March 2014

Suram Dan Cinta

Assalammualaikum .. Kebiasaanya aku akan bekerja dengan hati yang riang gembira dan tidak terkata .. Namun setelah aku menonton filem hasil lakonan beliau, hidupku menjadi suram, gelap, malam dan kelam .. Namun disebalik perasaan berunsur lebam ini menyelubungi diriku, aku tetap tertawa dengan aksi dan lagaknya .. Persis ciri lelaki idaman ku walaupun haram untuk ku mencari lelaki lain sebagai pendamping dunia dan akhirat .. Seperti yang aku cerita dan war-warkan .. Marilah aku kenalkan lelaki idaman tersohor di benak jiwa dan jantungku .. 


Kenal tak? Mustahil korang tak kenal lelaki ini .. Meh aku tunjukkan lagi gambar beliau .. Pasti korang jeles dengan ciri-ciri lelaki pilihan aku ni ..



Tak kenal jugak ? Meh aku tunjukkan video lakonan dia pulak ..



Siapa tak kenal dengan pelakon aksi terbaik tamil Rajini Kanth ni .. Aku kenal dia pun sebab kakak dengan abang aku suka tengok citer lakonan dia .. Selama ni aku kenal dia sebagai Paddayappa je sebab itulah nama yang selalu kakak aku dok sebut-sebut .. Tapi tak pernah tahu nama sebenar dia .. Bila aku google baru la keluar nama dia sebab selama ni tak pernah terlintas dalam akal, minda, fikiran, sanubari dan getusan hati kecilku untuk mengetahui nama sebenar beliau .. 

Walauapapun, aku tetap terpegun dengan lakonan beliau dan beliau berjaya membuka mataku untuk terus layan filem tamil hasil dari lakonan beliau sampai bengkak ..

Nota Jari | Aku dah lama nak update pasal Rajini Kanth ni tapi tak terhapdet .. Tapi seriously, aku memang minat dia .. hikss~

Monday, 3 February 2014

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Saturday, 18 January 2014

DR INSPIRASI | Sumber Motivasi Hidup

Assalammualaikum | Berkenaan dengan tajuk diatas, pasti ramai yang mengenali Saiful Izzuan atau lebih dikenali dengan blog Dr Inspirasi ini kerana ianya merupakan salah satu blog yang memberi 1001 manfaat kepada semua pembaca disamping membantu pembaca dari segi memotivasikan diri untuk menghadapi masalah hidup serta mendidik diri untuk menjadi seorang yang berjaya. Terdapat banyak tips yang berguna seperti tips belajar, tips kesihatan, tips kejayaan dan banyak lagi dan menjadikan para pembaca untuk menjadi seorang yang positif.


Disamping itu, blog Dr Inspirasi ini amat simple serta mudah untuk dikunjungi dan menjadikan para pembaca berasa selesa untuk membaca setiap artikel yang ada didalam blog tersebut. Tidak perlu untuk menunggu lama dan tiada iklan yang membuatkan kita bosan serta tidak membuatkan kita merasa jemu - muak sehingga membuatkan para pembaca menjadi serik untuk terus singgah ke blog Dr Inspirasi ini.

Ini juga merupakan laman yang sesuai untuk mencari Tips Motivasi Pengurusan Masa kerana saya sendiri juga mempunyai masalah pengurusan masa dan setelah membaca artikel didalam blog Dr Inspirasi tersebut, terdapat pengajaran yang boleh saya diperolehi bahawa masa itu tidak akan boleh dikembalikan sekaligus membuatkan saya tersentak bahawa masa tidak akan boleh diulangi atau diganti. Namun, masa yang berbaki kini adalah satu-satunya ruang untuk saya melakukan perubahan diri supaya lebih menghargai masa kerana masa itu adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Akan tetapi, menurut pandangan saya, dari segi penambahbaikan blog ini saya mencadangkan supaya ditambahkan sedikit warna ceria didalam blog kerana blog kelihatan sangat pucat dan tiada keceriaan dari segi warna. Warna juga merupakan salah satu elemen penting dalam menarik perhatian para pengunjung untuk mengunjungi blog dan mampu membuatkan suatu pandangan yang indah dah membakar semangat para pembaca untuk membaca artikel di dalam blog tersebut. Selain itu, warna juga mampu memberikan suatu impak positif kepada para pembaca terutamanya warna keceriaan seperti warna cerah, tenang dan terang.


Oleh itu, saya berharap agar blog Dr Inspirasi akan terus memuatnaik artikel yang berguna dan berfaedah kepada masyarakat dan akan menjadi sebuah blog Sumber Inspirasi yang disegani serta berterusan untuk memberi motivasi dan manfaat kepada setiap para pembaca yang membacanya. In Sha Allah .


Friday, 17 January 2014

FAKTA | 20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita

Assalammualaikum ..

Pasti lelaki tertanya-tanya camne la ciri-ciri lelaki idaman wanita ni .. Teringin nak jadi idaman wanita? Wanita pun sama nak juga jadi wanita idaman lelaki .. hikhik .. Meh Nina senaraikan ciri lelaki idaman ..

Google
  • Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.
  • Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".
  • Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.
  • Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.
  • Baik Hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.
  • Bukan Seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.
  • Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
  • Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.
  • Tidak Sombong/Tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
  • Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
  • Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
  • Bukan Mata Keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.
  • Bukan Playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. . Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
  • Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.
  • Terima Pasangan Seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.
  • Hormat Ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
  • Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.
  • Berjiwa Lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
  • Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.
  • Tak "Handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".

Ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi "idaman" wanita. Walaupun kadangkala wanita tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.



Thursday, 16 January 2014

Mengapa Wanita Haid Dilarang Solat

Assalammualaikum ..

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa wanita mengalami haid tidak boleh bersolat sedangkan solat itu adalah ibadah wabjib bagi umat islam .. Meh Nina kongsikan jawpannya ..

Google
Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.

Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.

Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?

Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah.

Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin.

Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.

Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid.

Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit.

Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.

Google
Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. "(Al-Baqarah: 222).

Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.

Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.

Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."

Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahu a'lam.