Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday, 12 January 2014

TAKE NOTE ! Gantirugi Pertunangan

Assalammualaikum | Dalam pertunangan, semestinya mempunyai sedikit sebanyak harta dan wang ringgit yang dikeluarkan oleh pihak lelaki dan perempuan bukan? Jadi jika menghadapi masalah putus tunang dan anda tidak berpuas hati terhadap aset yang telah dikeluarkan tidak kira sama ada dalam bentuk wang ringgit, cincin atau lain-lain, anda boleh menuntut gantirugi pertunangan di Mahkamah Syariah .. Nak tahu bagaimana caranya?


Google

Caranya :-
  • Bawa 3 salinan kad pengenalan photostate milik anda, bekas tunang, ibu dan ayah serta bukti jumlah kerugian pertunangan.
  • Pergi ke mana-mana pejabat Peguam Syarie ( bukan sivil ) untuk membuat surat permohonan dan bergantung kepada anda sekiranya anda mahu menggunakan khidmat guaman ataupun tidak (jika ada apa-apa tambahan dokumen yang dipinta oleh pihak guaman, sila bawa kemudiannya sama ada esok atau pun lusa dan lebih bagus jika diberikan pada hari yang sama).
  • Jika anda tidak menggunakan khidmat guaman anda hanya perlu membayar kos surat permohonan yang telah dibuat oleh pihak guaman.. Setelah surat permohonan tersebut disiapkan, pihak guaman akan menelefon anda supaya mengambil surat permohonan yang telah siap .. Seterusnya anda boleh membawa surat tersebut terus ke Mahkamah Syariah di daerah anda ..
Google
  • Seterusnya, mahkamah akan mendaftarkan kes anda dan anda perlu membayar untuk pemfailan kes di kaunter mahkamah (tak tahu berapa RM) dan mahkamah akan memberikan tarikh untuk SEBUTAN KES dan anda serta bekas tunang anda juga PERLU HADIR pada tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah .. Jika anda mempunyai sebarang bantahan mengenai tarikh tersebut anda boleh memberitahu kepada pihak mahkamah secepat mungkin sebelum tibanya tarikh yang telah ditetapkan itu..
  • Selepas selesai menghadapi kes SEBUTAN, anda perlu hadir ke mahkamah sekali lagi bagi memBICARAkan kes dan memberi keterangan pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah pada masa akan datang .. Dan kehadiran anda adalah WAJIB ..
  • Setelah kes selesai dan tiada lagi keraguan dari pihak mahkamah dan setelah mahkamah mengeluarkan surat PERINTAH, anda boleh menuntut nilai gantirugi tersebut dari pihak bekas tunang anda .. Dan jika bekas tunang anda ataupun anda tidak menunaikan gantirugi yang telah diperintahkan oleh mahkamah, maka Plaintif @ Pemohon hendaklah melaporkan kepada mahkamah dan perintah SAMAN akan dikeluarkan terhadap bekas tunang anda ( Defendan ) tersebut untuk membayar gantirugi pertunangan anda ..

*PERINTAH akan dikeluarkan dalam masa seminggu atau lebih setelah kes selesai bergantung kepada mahkamah tersebut ..



TAHUKAH Anda ??

Assalammualaikum..

Google

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 4 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga bleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14.Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

15. Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda………. walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.



PANAS ! NASA Temui Sangkakala Malaikat Israfil

Assalammualaikum ..


PERISTIWA mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.

Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksudkan adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu bila dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114).

Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:
Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil)

INILAH rupa bentuk satelit WMAP
Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan sebahagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (Bentuk tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. 

Projek ini melakukan observasi terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta. Jangkaan umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau jangkaan lain menyebutkan bentuknya mendatar.

Alam semesta ini sebenarnya berbentuk seperti trompet
Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mengejutkan, kerana hasil penelitian tersebut menemukan bahawa alam semesta ini berbentuk seperti trompet. Subhanallah apa yang dikatakan Al-Quran itu sungguh benar! 

Pada bahagian hujung belakang ‘trompet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable), sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable).


“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68).

“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)

“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri". (An Naml: 87).

“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)

Banyak ulama tafsir mengatakan bahawa tiupan trompet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diertikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menghuraikan bahawa tiupan trompet di hari kiamat itu tiga kali. Pertama, tiupan yang menggentarkan, lalu kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan.

Kalau kita halusi, Al Quran menyebutkan bahwa tiupan itu selalu “didalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?

Penyelidik (WMAP) mengamati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik, yang menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Projek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara menyeluruh, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 darjah.

Ini menunjukkan bahawa ketika mengembang, alam semesta terjulur panjang. Sempit di depan dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk trompet berada di pertengahan. Penemuan ini tentunya menyangkal teori asal selama ini yang menyatakan bahawa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah.

Penyelidik WMAP yakin bahawa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk trompet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh hujung terompet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”.

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16).

“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2).

“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42).

Wallahu'alam ..



Saturday, 11 January 2014

FAKTA ! Mencuci Racun Otak Ketika Tidur

Assalammualaikum | "Otak menggunakan masa selama manusia tidur untuk mencuci racun- racun yang terkumpul setelah proses berfikir selama seharian" kata para penyelidik . Para pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat itu percaya bahawa sistem pembuangan racun adalah salah satu alasan dasar kenapa manusia perlu tidur.


Pengajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Science menunjukkan sel-sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antar neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak.

Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.

Sebelumnya telah terbukti tidur Klik berperanan besar dalam proses belajar dan memperbaiki daya ingat, tapi sebuah pasukan di University of Rochester Medical Centre percaya bahawa salah satu sebab utama tidur mungkin berkaitan dengan sebuah pekerjaan rumah yang harus dilakukan di dalam otak.

Berfikir atau tidur
Tidur juga meningkatkan aktiviti otak yang berkaitan dengan ingatan.

"Otak mempunyai tenaga yang terhad dan tampaknya bahawa ia harus memilih antara dua fungsi yang berbeza - terjaga dan sedar atau tidur dan membersihkan" kata penyelidik Dr Maiken Nedergaard .
"Anda boleh menganggap otak seperti halnya sebuah rumah untuk berpesta . Di sana anda boleh menghibur para tamu atau membersihkan rumah, tetapi anda tidak boleh benar-benar melakukan keduanya pada masa yang sama".

Sewaktu badan kita berada dalam keadaan rehat, 
otak bekerja keras mengeluarkan toksin yang dihasilkan
Kajian ini berdasar pada penemuan sebelumnya mengenai jaringan otak yang dikenali sebagai sistem glymphatic - yang membawa bahan-bahan buangan keluar dari otak.

Para saintis meneliti dengan menggunakan otak tikus. Kajian ini menunjukkan bahawa sistem glymphatic menjadi 10 kali lebih aktif ketika tikus sedang tidur.

Sel-sel dalam otak menyusut semasa tidur . Hal ini melebarkan saiz ruang antara jaringan otak sehingga lebih banyak cecair yang masuk dan mencuci racun-racun.

Dr Nedergaard mengatakan ini adalah fungsi penting untuk bertahan hidup, tetapi nampaknya tidak mungkin terjadi ketika fikiran terjaga.

Dia mengatakan kepada BBC: "Ini adalah murni spekulasi , tapi sepertinya otak kehilangan banyak tenaga semasa mengepam air dan itu mungkin tidak boleh dilakukan ketika proses pengolahan maklumat berlaku".



Hukum Menyapu Muka Selepas Berdoa

Assalammualaikum | Mesti ramai yang tak tahu dan ingin tahu apa hukum menyapu muka selepas berdoa beserta dengan hadis mengenai perkara ini bukan? Jom Nina kongsikan .. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat ..

Google

Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu muka selepas berdoa adalah SUNAT.

Di dalam kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi رحمه الله تعالى pada bab adab-adab ketika berdoa, beliau berkata: “Dan telah berkata Abu Hamid al-Ghazali didalam ihya, adab berdoa itu ada sepuluh. …….. Yang ketiga: menghadap qiblat, dan mengangkat kedua belah tangan dan menyapu keduanya ke muka pada akhir doa (setelah habis berdoa) …”

Di dalam kitab Fathul Muin, karangan Syaikh Zainuddin Ibni Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’iy, dituliskan: “Dan disunatkan waktu berdoa itu, mengangkatkan kedua tangan yang suci keduanya sampai sejajar dengan dua bahu, dan disunatkan menyapu muka dengan kedua tangan itu selepas berdoa …”

Google

Di dalam kitab Hasyiah al-Baijuri, karangan Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad As Syafie Al Bajuri, dituliskan: “Dan tidaklah disunatkan menyapu muka setelah selesai berdoa di dalam solat [contohnya doa qunut], bahkan terlebih baik meninggalkannya. Bersalahan dengan ketika di luar solat, maka disunatkan menyapu muka ……”

Hadith Saidina Umar yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: Sesungguhnya nabi SAW sekiranya mengangkat tangannya (untuk berdoa), baginda tidak akan meletakkan tangannya ke bawah kembali melainkan selepas disapu mukanya.

Ibn Hajar di dalam kitab Bulugh al-Maram dan juga Imam al-Son’ani di dalam Subul al-Salam menyatakan yang hadith ini diterima sebagai hadith hasan kerana banyak hadith-hadith saksi penguat yang lain, seperti hadith riwayat Ibn Abbas di dalam Sunan Abu Daud dan juga beberapa kitab hadith yang lain.

Wallahu 'alam.



Kad Pengenalan Haiwan Di Malaysia !

Assalammualaikum | Mungkin ada di antara kita ramai yang terkejut kini haiwan juga boleh memiliki kad pengenalan. Sebelum ini, isu kad pengenalan untuk haiwan telah dibangkitkan dan ini merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memudahkan pemilik haiwan dalam membuat satu-satu urusan terutamanya dengan pihak veterinar mahupun menyelesaikan kes kehilangan haiwan kesayangan. Ini kerana setiap kad pengenalan yang dibuat, haiwan berkenaan akan dimasukkan satu cip untuk memudahkanproses mengesan haiwan.

Click

MUNGKIN ramai pecinta haiwan di negara ini tidak tahu yang kerajaan ada menyediakan KAD PENGENALAN untuk binatang kesayangan anda itu.

Ia merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia di bawah Projek Malaysia Animal Traceability Systems (MATs).

Kad pengenalan haiwan (pet passport) merupakan satu medium maklumat penting mengenai haiwan kesayangan anda dalam bentuk dokumen yang mengandungi pengesahan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan.

Kad pengenalan ini hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinan Bertauliah (VB) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953.

Click

Projek perintis telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2010 di Hospital Veterinar Cheras, Kuala Lumpur.

Seramai 42 orang pelanggan telah mendaftarkan 63 ekor haiwan bagi mendapatkan kad pengenalan terbabit. Haiwan kesayangan yang telah didaftarkan ketika itu adalah sebanyak 47 ekor kucing dan 16 ekor anjing.

Projek ini bertujuan menyediakan sistem tanda pengenalan haiwan secara rasmi di samping meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menjamin kebajikan binatang peliharaan.

Bagi individu yang memelihara anjing dilarang, JPV tidak mengambil haiwan mereka, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada pemiliknya bagi mengelak ia membawa masalah.

Pemilik anjing baka terlarang dan terkawal juga disaran mengembirikan haiwan mereka bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat.

Proses pendaftaran haiwan kesayangan turut dikembangkan di klinik-klinik veterinar swasta yang telah bermula di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Malah, proses membuat kad pengenalan ini hanya mengambil masa pendek dengan bayaran berpatutan.

Ini kerana maklumat penting kesihatan haiwan itu dicatatkan dalam satu buku saja yang secara langsung menjamin kebajikan dan kesejahteraan haiwan berkenaan.

Selain itu, dengan adanya 'pet passport' ini mempercepatkan proses pemeriksaan pihak berkuasa di setiap pintu masuk negara

Tujuan kad Pengenalan haiwan :

Memberi tanda pengenalan haiwan kesayangan
Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
Memperbaiki kecekapan menjejak haiwan kesayangan
Menjamin kebajikan serta kesejahteraan haiwan terpelihara

Faedah mendaftarkan haiwan kesayangan anda :

Memudahkan proses mengesan haiwan kesayangan yang hilang
Pengesahan pemilikan haiwan kesayangan melalui mikrocip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
Maklumat penting kesihatan haiwan kesayanagn berada di dalam satu buku sahaja.
(Pet Passport )

Memudahkan kawalan penyakit di kalangan haiwan peliharaan

Bayaran

Harga untuk pendaftaran Pet Passport :-

Kucing, Anjing dan Arnab : RM 15
Kuda : RM > 15

Harga termasuk pemasangan mikrocip, pemeriksaan fizikal, gambar dan lain-lain perkhidmatan.

Kepada yang berminat untuk mendaftarkan haiwan kesayangan mereka, bolehlah berkunjung ke:

Pejabat Perkhidmatan Veterinar di seluruh Malaysia
Klinik Veterinar yang telah dilantik sebagai pendaftar Haiwan Kesayangan



Petua Kecantikan

Assalammualaikum | Semua orang pun nak cantik kan? Sape taknak cantik .. Haha .. Meh Nina kongsikan serba sedikit petua mengenai kecantikan .. Tapi Nina tak jamin akan berhasil 100% .. Untuk perkongsian sahaja .. Meh baca sampai habis naa ..

Gambar Hiasan | Google

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

CARA ini memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

MELEBATKAN BULU MATA

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil, embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

1. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
2. Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah...

MENCANTIKKAN RAMBUT

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
* Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
* Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
* Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya.
Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

HINDARI RAMBUT GUGUR

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

MELEBATKAN RAMBUT

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

MEHILANGKAN KELIMUMUR

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

RAMBUT BERBUAH

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

MELURUSKAN RAMBUT

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

MENCANTIKKAN PAYU DARA

Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.

2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

PAYU DARA MEMBENGKAK

Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

MENEGANGKAN PAYU DARA

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

* Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
* Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
* Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
* Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

SELAMAT MENCUBA !