Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Saturday 11 January 2014

Kad Pengenalan Haiwan Di Malaysia !

Assalammualaikum | Mungkin ada di antara kita ramai yang terkejut kini haiwan juga boleh memiliki kad pengenalan. Sebelum ini, isu kad pengenalan untuk haiwan telah dibangkitkan dan ini merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memudahkan pemilik haiwan dalam membuat satu-satu urusan terutamanya dengan pihak veterinar mahupun menyelesaikan kes kehilangan haiwan kesayangan. Ini kerana setiap kad pengenalan yang dibuat, haiwan berkenaan akan dimasukkan satu cip untuk memudahkanproses mengesan haiwan.

Click

MUNGKIN ramai pecinta haiwan di negara ini tidak tahu yang kerajaan ada menyediakan KAD PENGENALAN untuk binatang kesayangan anda itu.

Ia merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia di bawah Projek Malaysia Animal Traceability Systems (MATs).

Kad pengenalan haiwan (pet passport) merupakan satu medium maklumat penting mengenai haiwan kesayangan anda dalam bentuk dokumen yang mengandungi pengesahan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan.

Kad pengenalan ini hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinan Bertauliah (VB) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953.

Click

Projek perintis telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2010 di Hospital Veterinar Cheras, Kuala Lumpur.

Seramai 42 orang pelanggan telah mendaftarkan 63 ekor haiwan bagi mendapatkan kad pengenalan terbabit. Haiwan kesayangan yang telah didaftarkan ketika itu adalah sebanyak 47 ekor kucing dan 16 ekor anjing.

Projek ini bertujuan menyediakan sistem tanda pengenalan haiwan secara rasmi di samping meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menjamin kebajikan binatang peliharaan.

Bagi individu yang memelihara anjing dilarang, JPV tidak mengambil haiwan mereka, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada pemiliknya bagi mengelak ia membawa masalah.

Pemilik anjing baka terlarang dan terkawal juga disaran mengembirikan haiwan mereka bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat.

Proses pendaftaran haiwan kesayangan turut dikembangkan di klinik-klinik veterinar swasta yang telah bermula di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Malah, proses membuat kad pengenalan ini hanya mengambil masa pendek dengan bayaran berpatutan.

Ini kerana maklumat penting kesihatan haiwan itu dicatatkan dalam satu buku saja yang secara langsung menjamin kebajikan dan kesejahteraan haiwan berkenaan.

Selain itu, dengan adanya 'pet passport' ini mempercepatkan proses pemeriksaan pihak berkuasa di setiap pintu masuk negara

Tujuan kad Pengenalan haiwan :

Memberi tanda pengenalan haiwan kesayangan
Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
Memperbaiki kecekapan menjejak haiwan kesayangan
Menjamin kebajikan serta kesejahteraan haiwan terpelihara

Faedah mendaftarkan haiwan kesayangan anda :

Memudahkan proses mengesan haiwan kesayangan yang hilang
Pengesahan pemilikan haiwan kesayangan melalui mikrocip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
Maklumat penting kesihatan haiwan kesayanagn berada di dalam satu buku sahaja.
(Pet Passport )

Memudahkan kawalan penyakit di kalangan haiwan peliharaan

Bayaran

Harga untuk pendaftaran Pet Passport :-

Kucing, Anjing dan Arnab : RM 15
Kuda : RM > 15

Harga termasuk pemasangan mikrocip, pemeriksaan fizikal, gambar dan lain-lain perkhidmatan.

Kepada yang berminat untuk mendaftarkan haiwan kesayangan mereka, bolehlah berkunjung ke:

Pejabat Perkhidmatan Veterinar di seluruh Malaysia
Klinik Veterinar yang telah dilantik sebagai pendaftar Haiwan Kesayangan



No comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)