Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Wednesday, 8 January 2014

Belum Rainforest Resort

Assalammualaikum | Kali ni Nina nak update entri mengenai tempat-tempat percutian yang best dibawah anjuran Sahabat Media CC1M .. Bagi yang tak tahu nak berholiday kat mana bersama keluarga dan rakan-rakan tu , meh Nina sarankan satu tempat menarik untuk korang bercuti disamping terselit info dan travelling kami sepanjang perjalanan menuju ke destinasi .. Rugi tak pegi .. Jomm scroll ke bawah ..

Bersatu Dengan Alam Rimba Belum


Terima kasih : Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Perak, Belum Rainforest Resort, Yayasan EMKAY, ICEM, MATIC, PDRM,Pusat Pakaian Hari Hari, Kuala Lumpur Gallery, Kopetro.

Travel & Tours Sdn. Bhd & Volkswagen Malaysia


“Jika sebelum ini, Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia (SMCC1M) telah berkampung di Cherating, Pahang, kali ini SMCC1M menyelongkar khazanah Taman Negeri Royal Belum yang menyimpan sejuta rahsia menjadikan ia hutan hujan yang tertua di dunia".


Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia bertolak seawal jam tujuh pagi dari MaTic untuk ke Belum Rainforest Resort. Tepat jam 11 pagi, rombongan kami singgah di Kellie’s Castle. SMCC1M disambut oleh Pengurus Besar Kellie’s Castle, Encik Zamari bin Muhyi. Destinasi pelancongan warisan ini ternyata membuatkan setiap peserta kagum dengan keindahan senibina istana ini yang turut menjadi simbol kepada satu kisah cinta yang romantis. Sebelum menjamu selera, peserta SMCC1M sempat diberikan penerangan serba sedikit mengenai sejarah Kellie’s Castle sebelum meneruskan perjalanan ke Belum Rainforest Resort.

Pelancongan Eko Belum Rainforest Resort


Segala yang berhubung kait dengan eco, bagaikan sesuatu yang cukup asing bagi warga tempatan. Namun usaha Tourism Malaysia dan Belum Rainfores Resort yang dinaungi oleh Kumpulam EMKAY dalam mempromosikan aktiviti berasaskan alam semula jad ini seharusnya dipuji. Apa yang pasti Pelancongan Eko memerlukan lebih usaha tetapi hakikatnya pelancongan eko lebih menarik dan mencabar.

​Daripada 25 juta kehadiran pelancong pada 2012, jelas kurangnya tarikan mereka ini ke arah pelancongan eko. Belum – Temenggor merupakan destinasi paling ideal untuk menarik pelancong ke arah ini. Pelancong boleh memilih sama ada untuk melalui denai hutan untuk berkhemah dalam hutan ataupun memancing. Tepuk dada tanya selera. Pelancongan eko adalah trend baru hari ini. 

Dunia sekarang, manusia mulai mencari jalan untuk menyelamatkan alam sekitar. Hasilnya terjadilah pelancongan eko yang bermula pada awal tahun 1980-an. Cuma baru-baru ini ia semakin popular di kalangan pengembara.


“Pelancongan lestari telah dibangunkan dan segala aktiviti pelancongan harus dijaga dalam apa cara sekalipun untuk mengekalkan sumber warisan kita,” kata Tan Sri Datuk Dr Haji Mustapha Kamal yang ditemui di Belum Rainforest Resort.

Belum – Temenggor dipercayai telah wujud lebih daripada 130 juta tahun dahulu, menjadikan ia lebih tua dari Hutan Amazon. Di tengah-tengah hutan ini adanya tasik buatan manusia yang meliputi kawasan seluas 15,200 hektar. Belum – Temenggor terbahagi kepada dua bahagian hutan simpan iaitu Belum dan Temenggor. Ia terletak di negeri Perak sehingga ke selatan Thailand. Belum terletak di utara sempadan Malaysia – Thai manakala Temenggor di selatan Belum.

 “Pelancongan eko sesuai untuk individu yang sukakan alam semulajadi. Ia seperti kembali semula kepada asal dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita,” kata Chandra Arumugam, yang merupakan antara 'orang kuat' Green Ranger (Ranger Alam).

Jom Jadi Ranger Alam


SMCC1M berpeluang mengikuti program Green Ranger di Belum Rainforest Resort. Program ini bermula sejak bulan Mei 2013. Untuk menyertai program 3 hari 2 malam ini hanya perlu mengikuti pakej yang bermula pada harga RM400. Terdapat lima buah chalet dan dorm yang boleh memuatkan sehingga 50 orang. Sepanjang kami berada di sini, kami dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu yang tidak ada di dalam buku teks. 



​Menerusi program ini, layanan mesra yang diterima di Belum Rainforest Resort dan pengalaman menjadi Green Ranger menjadikan peserta-peserta yang terdiri daripada wakil media massa lebih dekat dengan alam semula jadi.

​Jika anda ingin melawat Royal Belum dan menyiasat keistimewaan hutan hujan Belum – Temenggor, program Green Ranger menawarkan satu pengalaman serba baru. SMCC1M dibawa melihat habitat hidupan-hidupan liar dan tumbuhan-tumbuhan liar yang belum pernah dilihat sebelum ini. Para pelancong boleh memilih beberapa pakej yang disediakan untuk menyertai ekspedisi ini.

Menjiwai Alam Semulajadi


Peserta ​SMCC1M juga berpeluang melawat taman herba yang terletak berdekatan Belum Rainforet Resort. Kami juga dibawa berjalan di laluan Banding Forest Trail untuk tujuan pembelajaran. Laluan semulajadi ini membenarkan kami merasai sendiri pengalaman dan apa yang akan dirasai apabila memulakan eksplorasi ke Royal Belum.Pelbagai spesies serangga unik dan burung-burung eksotik berwarna-warni dilihat menjadikan hutan hujan ini sebagai habitat mereka. Semua ini tidak akan dapat dilihat di kota-kota metropolitan. 

Peserta juga diajar mengenai kepelbagaian jenis-jenis burung dan serangga yang terdapat di sini. Kami dimaklumkan bahawa terdapat spesis burung Enggang yang semakin pupus iaitu Plain-pouched Hornbill boleh ditemui di sini. Spesies ini adalah yang paling sukar dijumpa di antara 10 jenis spesis burung Enggang di Malaysia. Satu lagi burung Enggang yang hanya boleh ditemui di sini adalah Great Hornbill.


​Untuk menghayati alam semula jadi di sini, kami berpeluang menginap di Banding Base Camp. Jika anda ingin melakukan aktiviti rekreasi air resort ini menyediakan aktiviti kayak sambil mengelilingi pulau-pulau di Belum. Kadar sewanya hanya RM30 untuk sejam. Jika inginkan sedikit kelainan, rakit juga disediakan untuk mereka yang gemarkan cabaran. Walaupun kami cuma berada di sini untuk tempoh 3 hari 2 malam namun ia ternyata menguji fizikal dan mental peserta. tapi Kenangan terindah begini bukan mudah didapati. Apa yang penting ialah semangat kerjasama dalam kalangan peserta nyata pasti satu hari nanti SMCC1M pasti kembali sebagai seorang Green Ranger.

Sebelum peserta berangkat pulang ke Kuala Lumpur, semua peserta telah diraikan dalam satu majlis penutup dan penyampaian sijil yang telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Kumpulan EMKAY dan pengasas Green Ranger, Tan Sri Datuk Dr Hj Mustapha Kamal. Kehadiran tokoh korporat terkemuka negara ini jelas menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan beliau terhadap kelestarian alam semulajadi negara.



Teddia wajah-wajah peserta Sahabat Media CC1M .. Nina tak join sebab ada urusan kerja yang tak boleh nak di elakkan ..
Nota Jari | Thankss kak Zira for the picture ... Jom terjah entri Kak Zira pulak !! Click SINI (^_^) Memang thorrbaekk !!


3 comments:

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)