Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Monday, 13 January 2014

FARAID | Cara Mudah Bagi Proses Harta Pusaka

Assalammualaikum | Pasti ramai yang pening kepala tergaru-garu walaupun tak gatal terpikir-pikir macam mana nak uruskan harta pusaka arwah ahli keluarga kita kan ? Mesti ramai yang fikir susah, leceh, kena keluar duit, takde masa, penat, sibuk dan macam-macam lagi .. Sebenarnya prosesnya taklah sesukar yang disangka .. Meh Nina tunjukkan step by step bagi menyenangkan lagi proses anda so tak perlu nak berlari kesana kemari sampai timbulnye kes penipuan .. Yelah, ini berkaitan dengan harta .. Tapi apa yang Nina kongsikan ni hanya perkara yang perlu anda buat dan sediakan bagi menyenangkan proses faraid itu berlangsung, anda tak perlu lagi nak kelam kabut mencari dokumen dan blur tak tahu ape nak buat dan blur tak tahu nak kemana ..

Google
Step 1 :
- Sediakan 2 salinan Kad Pengenalan anda, ibu, ayah, suami/isteri dan anak (jika arwah sudah berkahwin dan mempunyai anak) dan adik beradik (jika arwah belum berkahwin) , geran tanah, kereta, motor atau rumah (apa-apa sahaja harta arwah yang perlu ditukar nama atau dipindah milik) serta sijil kematian arwah ..

Step 2 :
- Pergi ke mana-mana pejabat PEGUAM SYARIE yang berdekatan dan katakan pada kerani/peguam yang bertugas, anda mahu memfailkan kes faraid .. Dan berikan dokumen Step 1 diatas kepada kerani/peguam dan sertakan bayaran pemfailan .. Nina tak boleh confirmkan bayaran sebab bayaran bergantung pada firma guaman dan daerah di tempat kediaman anda .. 

Google
Step 3 :
- Anda akan mendaapat paggilan dari pejabat guaman untuk mengambil dokumen permohonan faraid dan seterusnya bawa dokumen tersebut ke MAHKAMAH SYARIAH untuk melakukan proses pendaftaran kes dan melakukan pembayaran kepada mahkamah .. Dan pihak mahkamah akan memberikan tarikh kepada anda untuk SEBUTAN / BICARA bagi proses faraid .. Kehadiran anda pada tarikh tersebut adalah WAJIB .. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah anda boleh meminta mahkamah untuk menunda kepada tarikh yang lain ..

Step 4 :
- Setelah selesai kes SEBUTAN / BICARA tersebut, pihak mahkamah akan mengeluarkan SIJIL PERINTAH kepada anda dan dengan PERINTAH tersebut anda boleh membahagikan atau menukar nama di pejabat tanah, amanahraya atau sebagainya yang berkaitan dengan harta arwah sama seperti yang telah tertulis di dalam PERINTAH tersebut..

Perkhidmatan guaman boleh dilakukan bagi menyenangkan anda supaya anda tidak perlu menyusahkan diri untuk melakukan pemprosesan tersebut sendirian kerana semuanya akan dilakukan oleh peguam syarie yang telah anda lantik dan segalanya akan menjadi mudah dan peguam syarie akan melakukan proses tersebut dari mula sehingga harta tersebut berjaya dipindah milik dan ditukar keatas nama waris .. Tetapi jika anda tidak mahu menggunakan khidmat guaman pun boleh juga, bezanya anda perlu bergerak dengan sendiri .. 

Jangan dibiarkan sahaja harta arwah tersebut beku (tidak diuruskan) kerana suatu hari nanti ianya pasti akan menyusahkan anda kembali akibat terjadinya pembekuan harta setelah berlaku kematian berlapis-lapis yang tidak duiruskan ..

Sumber Dan Idea Asal : Nieyna Zainal


2 comments:

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)