Jom Terjah Entri Lepas !!

Ohsemmmm Friend's !!

Sunday 12 January 2014

TAKE NOTE ! Gantirugi Pertunangan

Assalammualaikum | Dalam pertunangan, semestinya mempunyai sedikit sebanyak harta dan wang ringgit yang dikeluarkan oleh pihak lelaki dan perempuan bukan? Jadi jika menghadapi masalah putus tunang dan anda tidak berpuas hati terhadap aset yang telah dikeluarkan tidak kira sama ada dalam bentuk wang ringgit, cincin atau lain-lain, anda boleh menuntut gantirugi pertunangan di Mahkamah Syariah .. Nak tahu bagaimana caranya?


Google

Caranya :-
  • Bawa 3 salinan kad pengenalan photostate milik anda, bekas tunang, ibu dan ayah serta bukti jumlah kerugian pertunangan.
  • Pergi ke mana-mana pejabat Peguam Syarie ( bukan sivil ) untuk membuat surat permohonan dan bergantung kepada anda sekiranya anda mahu menggunakan khidmat guaman ataupun tidak (jika ada apa-apa tambahan dokumen yang dipinta oleh pihak guaman, sila bawa kemudiannya sama ada esok atau pun lusa dan lebih bagus jika diberikan pada hari yang sama).
  • Jika anda tidak menggunakan khidmat guaman anda hanya perlu membayar kos surat permohonan yang telah dibuat oleh pihak guaman.. Setelah surat permohonan tersebut disiapkan, pihak guaman akan menelefon anda supaya mengambil surat permohonan yang telah siap .. Seterusnya anda boleh membawa surat tersebut terus ke Mahkamah Syariah di daerah anda ..
Google
  • Seterusnya, mahkamah akan mendaftarkan kes anda dan anda perlu membayar untuk pemfailan kes di kaunter mahkamah (tak tahu berapa RM) dan mahkamah akan memberikan tarikh untuk SEBUTAN KES dan anda serta bekas tunang anda juga PERLU HADIR pada tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah .. Jika anda mempunyai sebarang bantahan mengenai tarikh tersebut anda boleh memberitahu kepada pihak mahkamah secepat mungkin sebelum tibanya tarikh yang telah ditetapkan itu..
  • Selepas selesai menghadapi kes SEBUTAN, anda perlu hadir ke mahkamah sekali lagi bagi memBICARAkan kes dan memberi keterangan pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah pada masa akan datang .. Dan kehadiran anda adalah WAJIB ..
  • Setelah kes selesai dan tiada lagi keraguan dari pihak mahkamah dan setelah mahkamah mengeluarkan surat PERINTAH, anda boleh menuntut nilai gantirugi tersebut dari pihak bekas tunang anda .. Dan jika bekas tunang anda ataupun anda tidak menunaikan gantirugi yang telah diperintahkan oleh mahkamah, maka Plaintif @ Pemohon hendaklah melaporkan kepada mahkamah dan perintah SAMAN akan dikeluarkan terhadap bekas tunang anda ( Defendan ) tersebut untuk membayar gantirugi pertunangan anda ..

*PERINTAH akan dikeluarkan dalam masa seminggu atau lebih setelah kes selesai bergantung kepada mahkamah tersebut ..



6 comments:

  1. ena dulu putus tunang x minta apa2 pun sbgai ganti rugi.. sbb tunang dlu pun bukan meriah mana... biase2 jew... huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biase2 ok la .. kalau mahal sangat tu timbul rasa xpuas ati tu yg smpai nk gantirugi tu ..

      Delete
  2. Ada rupanya kes tuntutan putus tunang...baru tahu. Kalau putus tunang nati boleh diguna pakai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp boleh je .. org tak tahu sebab kes ni jarang sangat berlaku ..

      Delete
  3. kes kalau die dah bagi duit hantaran atau kes die gunakan duit untuk belanja barang hantaran..uishh banyak carala

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan jejak anda (^_^)