ASSALAMMUALAIKUM
Aku agak dah bukan korang je yang blur masa nak buat permohonan .. Rata-rata rakyat pun blur nak bawak ape je time nak file kan permohonan .. Tak kesah la permohonan faraid ke fasakh ke cerai ke poligami ke jual beli tanah ke hak penjagaan anak ke whatsoever la .. So kat sini aku nak marked apa yang patut korang bawak time korang nak buat permohonan .. Aku terangkan step by step .. Bagi orang yang kejar masa memang rata-rata dorang akan kata "aduuuh leceh laa" .. Sabar la pakcik makcik akak abang adik sekalian .. Dah memang prosedur macam tu tak leh nak kata ape la apetah lagi nak ubah rule yang ada kat mesia ni .. Apa yang aku terangkan ni adalah based on my experience bak kata omputeh .. So yang aku tak listkan tu korang boleh rujuk kat law firm berdekatan denagn korang ye ..
FARAID
pokcik google |
Firstly untuk permohonan FARAID ataupun pembahagian harta pusaka islam, pastikan alamat dekat IC atau Kad Pengenalan korang tu adalah alamat yang berdekatan dengan mahkamah yang bakal korang daftar nanti .. Kalau alamat korang kat Kuala Pilah contohnya tapi korang nak buat permohonan dekat KL so nak taknak korang pergi buat SURAT PENGESAHAN PERMASTAUTIN untuk menyatakan yang korang tinggal kat KL ..
Dokumen Wajib Photostate
Sijil Mati Arwah
Kad Pengenalan Waris
Harta Arwah
Okay mesti korang blur kann .. "Kalau arwah bujang lagi macam mana? Kalau ada waris yang dah meninggal macam mana ? Kalau waris arwah tu dah meninggal tapi si waris tu dah berkahwin dah ada anak, ada lagi ke bahagian si waris ? Isteri si waris arwah pun dapat ke walau pun bukan darah daging ? Kalau anak perempuan je semua cane?" Okay jangan fenin2 meh aku terangkan pada entri yang akan datang tapi aku tak janji haha .. Tapi aku tak terangkan kira2 ye .. Kalo aku pening korang lagi pening nanti .. Hahaha
Kalau arwah sudah berkahwin :-
Sediakan sijil mati arwah, kad pengenalan isteri / suami, sijil nikah dan kad pengenalan anak2 and kalau anak kecik2 lagi sediakan sijil kelahiran atau mykid serta harta arwah contohnya buku bank ASB ke Tabung Haji ke KWSP ke geran moto ke geran kereta ke .. Kalau tanah ke rumah ke sediakan geran jugak .. Dan sediakan kad pengenalan ibu dan ayah arwah .. Kalau dah meninggal sediakan sijil mati .. Selalunya orang tua zaman dulu ni ada yang sijil mati kadang tak jumpa .. Kalau rajin pergi buat carian sijil mati kat JPN dan kalau nak habis simple taknak amek nombor sume malas nak tunggu pegi kat pesuruhjaya sumpah ISLAM SAHAJA , buat akuan sumpah yang menyatakan bahawa ayah dan ibu arwah merupakan ayah dan ibu kandung arwah serta nyatakan tarikh mati skali .. Tak dapat tarikh tahun pun jadi lah .. Kalau tak dapat jugak boleh bincang dengan pesuruhjaya sumpah itu sendiri ..
Kalau arwah masih bujang :-
Sediakan sijil mati arwah, kad pengenalan ibu dan ayah dan kad pengenalan adik beradik serta harta arwah sama macam aku nyatakan kat atas .. Geran / buku bank la senang citer .. Sama je macam kat atas ..
Andai kata waris semua perempuan, So kena cari waris lelaki untuk menghabiskan harta contohnya pakcik korang .. Adik beradik arwah sahaja sama ada ibu atau ayah korang .. Kalau ibu meninggal tapi korang beradik semua perempuan, so adik beradik ibu korang pun akan dapat sebab ada waris lelaki ..
So mana-mana ahli keluarga yang dah meninggal dulu contohnya korang nak bahagikan harta ayah tapi ada salah seorang adik beradik korang dah meninggal dulu .. So boleh jadi kematian 2 lapis .. Bukan kematian selapis dah ea .. Sebab dah tentu-tentu adik beradik korang yang dah meninggal dulu tu akan dapat bahagian jugak terutamanya lelaki ..
Pesuruhjaya Sumpah
pokcik google |
Yang pasal pesuruhjaya sumpah tu korang kena tau tak semua pejabat peguam ada pesuruhjaya sumpah sebab peguam dengan pesuruhjaya sumpah ni adalah bidang yang berlainan .. Rata-rata orang kompius sampai ada yang kata "Masa buat yang mula-mula dulu kat KL, saya tak payah pegi kemana-mana pun masa buat permohonan walaupun masa tu saya takde sijil kematian arwah atok dan nenek saya .. Tetau dokumen dah siap dan lengkap" ..
Korang kena faham dan baca sign atau papan nama atau banner pejabat peguam yang korang datang tu dan baca ada ke tak khidmat pesuruhjaya sumpah kat pejabat peguam yang korang datang tu .. Ada pesuruhjaya sumpah india cina dan melayu .. Kalau permohonan faraid memang kena cop dan tandatangan pesuruhjaya sumpah islam atau melayu selalunya .. Jangan malas membaca ye please .. Kena alert kalau taknak susah lagi menyusahkan .. Kalau malas jangan salahkan staff .. Kang staff dah stress lagi menstresskan korang balik .. Sebab kena buat sendiri bukan peguam yang kena buat melainkan korang guna khidmat peguam .. Jadi kalau guna khidmat peguam just bawakkan dokumen yang peguam minta .. Senang kerja korang jugak khas bagi korang yang selalu takde masa sebab kerja yang sangat padat atau yang memang totally lost dan blur tak tahu nak buat apa ..
Mahkamah
pokcik google |
Selepas file siap bagi yang tak guna khidmat peguam tu korang hantar je terus file yang pejabat peguam bagi ke MAHKAMAH SYARIAH .. Bukan mahkamah malaya bukan mahkamah rayuan bukan pejabat agama bukan pejabat kadi dan bukan majlis agama ye .. Ada yang tanya "Bukan hantar kat pejabat agama ke?" , "Terus hantar amanahraya kan??" , "Eh kenapa nak lalu mahkamah plak? Sy bukan nak bercerai" dan ada lagi soklan yang boleh membuatkan aku rasa macam nak pengsan sebab nak menang aje sipulan yang bertanya tu .. Dia bertanya tapi dia jawab balik .. Ampuni aku Ya Allah :'( Bagi pengetahuan korang, Syariah bukan nya ngadap kes MAL sahaja ye .. Harap maklum ..
Ingin aku katakan kat sini pejabat agama takde kena mengena pun sebenarnya .. Amanah raya, KWSP, Pusaka kecil dan lain lain tu merupakan last step setelah korang lalui bicara kat mahkamah dan mahkamah telah mengeluarkan Perintah Faraid atau Sijil Faraid ..
Apa yang amanahraya nak korang bawak adalah Perintah Faraid dari mahkamah tersebut .. Dan perintah tersebut akan keluar setelah korang lalui proses pejabat peguam -> mahkamah syariah -> perintah -> amanah raya / kwsp / pejabat tanah / asb / saham dan lain lain untuk mengeluarkan harta arwah ..
Jom Terjah Sini >>> KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
bru bca dh rasa susah, kalo kna btl2 xtau la... tumpang sggh yer. jmpt sggh blog sya. ada shawl yg cntk dgn harga yg murah jer. n jgn lupa tgglkn jejak dgn menulis di guestbook kami...
ReplyDeletehttp: //arishaain. mywapblog. com
Kadang2 bila dah jadi,baru kita menggelabah tak tau nak buat apa..ur entry very informative utk sesiapa nakkan idea atau ilmu sementara nak tanya pada yang lebih pakar. Bila dah ada idea nak tanya,insyallah kita lebih mudah faham isu faraid ni. Cuma kene paham betul2 je..tak susah
ReplyDeletesalam perkenalan